Tuesday, November 16, 2010

Ditinggal Kekasih Hanya Kerana Gambar Dot Dot Dot...

gambar hiasan - tudung dot dot I yg tersalah beli...



Kesian, simpati, sedih dan kesal..... itu je yang mampu I ucapkan setelah mendengar pengakuan sedih teman I sebentar tadi berhubung kes gambar 18sxnya yg tersebar di laman sembang baru-baru ini (telah I ceritakan kpd anda sebelum ini).

Kekasihnya lari meninggalkannya setelah "insiden itu" gara-gara percaya dengan fitnah besar yang disebarkan oleh seorang lelaki yang telah berjaya menceroboh dan mencuri passwordnya di FB. Memang zalim sungguh! Tergamak lelaki yang hanya dikenali di alam maya itu menyebarkan gambar2 superimposenya dengan pelbagai aksi tanpa seurat benang, malah bukan saja di post di internet tetapi diposkan ke alamat orang tuanya di kampung..... Oh zalim!

Uolls.... yang I nak cerita ini bukan kes si Nabil Raja Lawak... tapi tentang kawan I. Motif kes ialah wang. Ugutan dilakukan oleh pemangsa ke atas mangsa untuk memberikan sejumlah wang. Keengganan berbuat demikian mengakibatkan gambar2 teman I telah disuperimposekan dan disebarkan...

Sebagai pengajaran kpd kita semua :-

1) Berhati-hati menulis alamat rumah anda (especially di FB)
2) Jangan mudah percaya dengan orang yang tak dikenali.
3) Jika berlaku kejadian spt ini, segera report kepada Cyber Security.
4) Buat laporan polis.

p/s : I berdoa mudah-mudahan boyfriendnya kembali kepadanya dan tidak mudah mempercayai kata-kata pemfitnah itu... huihhh hensem sungguh boyfriend dia tau! Sungguh! Harap-harap segeralah I merasa nasi minyak mereka.

2 comments:

  1. wahhh!!!takotnye...sbb tu xberani approve org sebarangan kat fb...tp...kdg2 'kwn2' sendiri jugak yg buat..takot!

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.