Friday, September 6, 2013

Suami Memain Peranan Atas KeSLIMan Isteri (tip kurus)

Semalam bila Aisy Nasiha  buat entry pasal luahan kesalnya  TERmakan aiskrim di malam hari sbb takut G....,    aku pulak nak meluahkan "kekesalan" lain  sbb dah lamaaaaaaa sgt tak dibenarkan makan aiskrim di malam hari oleh "sesorang" (sapa lagi, laki aku ler).   


Lepas maghrib tadi, aku mencuba nasib... mana la tau kalau2 IRP dah berubah fikiran, tapi beliau tetap mengulangi ayat yg sama..

"Malam2 mana boleh makan aiskrim...".   Ayat tetap sama, lain kali record dlm tape je lah Bang.  Haha..


Tapi aku nampak beliau dah start enjin keta.  Nak keluar gi kedai la tu..  Yes!!. Harapanku kian menjadi kenyataan.. (terus terbayang2 kesedapan Magnum Almond yg ranggup lemak2 manis).    

5 minit kemudian.. 
Plastik sebunjut muncul depan pintu.
Tapi harapan ku musnah di tgh jalan.... plastik yg dipegang tak "menghasilkan" sebijik aiskrim  pun sebaliknya... Tadaaa!!.    Magic! (rujuk gmbr di bawah).




Sabor je la aku..
Tambah sabor lagi bila Qistina pun bertindak membela ayahnya..

"Mama ni.... malam2 mana boleh makan aiskrim!!!".  

Diorang dua beranak  ni bermuafakat nampaknya!.  Ewah2!!.  Sbg mempositifkan minda, aku membuat kesimpulan sendiri yg nampaknya  IRP mmg sayangggg banget ngan bininya ni.... ( suweetnya laki aku!!!.   Wekk... sila muntah).   Apa2 pun.... terima kasih la ye Cik Abang Syg.. sbb selalu jd perunding pemakanan tak berbayar.... mudah2an ai kekal sihat, kekal cekudud begini..   Aamiin..


*takut aku diabetes la tu sebenar2nya..

p/s  :   Dah mcm kawin ngan doktor pulak aku ni...kan puan2? ;).... 


4 comments:

  1. malam2 takleh mkn eskrem..mcm marah anak jerr

    ReplyDelete
  2. Amboi, senyap senyap bagi contoh nama saya ye.. Ni kalau saya jadi gemuk, dah pasti apa sebabnya... Hihi..
    Betul,kalau ada yang melarang macam IRP ni bagusla... Maintain badan jadinya... Patutla sam ramping je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisy - itu ari I ingat nak "mengadu domba" kat belog Aisy je tapi pikir2 mcm kes mengumpat somi pulak, tu yg buat entry kat blog sendiri (sbb tak dikira mengumpat la kot sbb somi baca blog ini... hehe).

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.