Thursday, February 11, 2016

Langit

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ngeblog.. ngeblog juga..
Baca dulu mimbar pagi yg kawan ai kopipasta ni ye.. Sam.


Daripada Aisyah r.ha.,

Katanya.'"Bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya), 'Sesiapa yang melakukan kezaliman (di dunia) walaupun sekadar sejengkal tanah, maka dia akan ditenggelam lalu dikalungkan (di lehernya) dengan tujuh petala bumi (pada hari Kiamat kelak).'"

[Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari & Muslim]

Huraian Hadis.

Dunia dijadikan oleh Allah SWT adalah tempat bagi diuji olehNya untuk kekal di akhirat kelak. Jika berjaya dengan ujian tersebut maka senanglah selama-lamanya dan jika tewas maka terseksalah selama-lamanya. Lakukanlah kebaikan dan jauhilah kezaliman agar terselamat dari segala seksaan di hari Kiamat. Sesungguhnya hidup umat Nabi Muhammad SAW adalah pendek maka lakukan kebaikan selagi ada masa. Sesungguhnya hari Kiamat itu benar.......Wallahu'Alam

[Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi]


OK itu saja tazkirahnya... moga bermanfaat.   Tadi kawan  ai suruh tengok awan kat langit...(mendung kot kat Msia?.)  Ai cakap, kat Perth tengah tak ada awan la Nokzz.. langit tgh membiru, cerah..
Secerah hatiku menghadapi hari2 mendatang.  Kuharap kulitku pun akan bertambah cerah lepas ni... hihi...



Langit Malaysia..




Langit Perth...



Merenung ke langit adakala membawa keinsafan..  Mcm2 dlm fikiran..
Nak kerahkan kawan2 lain share "langit masing2" la jap lagi.. moga bertambah insaf.  k.bai.


6 comments:

  1. Bgus tazkirah ni insap sekjppp
    Merenung langit mmg fev ku dri kecil..sambil tgok kpl terbang bestnya klu terhmpas dpn mata mesti dpt harta....hahhahah..betul itulah ada di fikiran di kala kecil...terukkk...kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... mendambakan harta terhempas dari langit ea?
      Notty tau!.

      Saya plak suka tengok burung pulang ke sarang di waktu ptg.. best.

      Delete
  2. Bagus perkongsian tazkirah tu, subhanallah...cantiknya langit yg membiru itu

    ReplyDelete
  3. subhanallah cantik langit di perth tu. masa pi ausie dulu memang perasan langit kat sana tidak berawan. mungkin tengah musim gitu agaknya

    ReplyDelete
  4. Langit cuma satu..tapi macam=macam warna kan...:)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.