Tuesday, March 22, 2016

Keta Mewah VS Keta Kapcai

Assalamualaikum... haiii... ;)

Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas pagi ni untuk menjalani sisa-sisa tua di bumi Perth yang semakin nyaman berawan.  Mendung seakan mengintai2 untuk menitiskan air matanya hingga memaksa kumengutip segala jemuran meski lelah dengan pelbagai tugasan duniawi yg tak pernah berpenghujung.

karipap untuk harmony day sekolah Shashal


Aroma asam pedas ayam begitu lazat merenehkan diri di dapur,  brokoli goreng tersendu sayu di balik longgokkan kailan.... seakan mengerti  akan nasibnya yg bakal jadi habuan makan malamku.

Esok ada kuliah.  Yeyyy!!  (sejak bila ku pandai menjerit riang untuk ke kuliah?).  

Ahhh...   Letih sudah mengeluh kemalasan selama ni.   Baik ku berteriak happy.  Bukankah ku dihantar ke sini untuk happy2?.  Rugilah kalau aku malas dan bermuram durja.

Bijak pandai ada berpesan, syukuri apa yg dimilikki.   Baik ku membayangkan bakal apa agaknya yg Qistina janji untuk bawa pulang dari sekolah.. hari ni ada jualan menu sedunia. Nyum2... sedapnya menu2 Afghan.

Btw... Tak semestinya kerana anak, kucing juga mampu menjadi asbab untuk anda ceria ye puan2. (Bagi yg ada kucing la... aku tak de).  Bukankah ia juga sebahagian dari anggota keluargamu.

Pendek kata..  kebahagiaan itu bukan diukur melalui piawaian mata orang lain ponnnn...  Asal dlm ati ada taman bunga dan kau mampu tersengih sepanjang hari.. sudah memadai.

Tadi kawanku baru mengadu domba.. once a upon a time.... hanya kerana keretanya yg comel.. temannya yg berkereta mewah memperlekehkan..

 "Kau tu sampai bila cuma berkereta kecik ni??".

Ish ish ish ishhhhhh..... Malang sungguh kau dapat kawan sebegitu.  Nasib kawanku kat sini baik2 saja.  Sume pakat2 naik bas walau duit berkontena2.  Lecturer aku pun naik bas.. relax je.   Aritu kat kelas tetiba dia cakap..

"Sam... You were in my bus!!".

Ya Allah.  Aku tak perasan pun.  Lepas ni aku kena bangun lagi awal la.. segan la beb bersaing dia.. haha.  Aku ni kan pemalu.


Oh ya... berbalik pada kisah kawan aku tadi... ada sambungan sebenarnya.. tapi tak sampai ati nak mendetailkan.  Pendek kata... endingnya membawa keinsafan pada penghina tersebut bilamana akhirnya terbaring kaku... kereta mewahnya pun tak mampu menolong mengubah kesihatannya.

Moral of the story...   jgn menghina orang.. harta hanya pinjaman.


*orang kalau nak memikat aku dgn menayang keta.. memang silap orang la.. (eh opss aku dah kawin.. maksud aku time bujang dulu).



6 comments:

  1. Haha.. faham intipati entry ni. Kisah yg sama saya duk bincang dengan kakak saya ttg si polan yang nampaknya fikirkan sangat duniawi ni.. macam2 manusia di dalam dunia ni kan? Penah tak sam jumpa orang yg kata dirinya susah walhal ada saving lbh stgh juta? Haha.. kelakarkan.. aset lain xkira lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu juga jumpa.. Aisy, org2 yg nampak susah rupanya jutawan. Yg nmpk bergaya.. rupa2nya utang keliling pinggang.

      Delete
  2. Biar tak ada apa Sam..
    Asalkan jgn hutang keliling pinggang...
    Arwah mak akak selalu berpesan jgn pandang yg berada diatas..
    Pandanglah yg berada dibawah..
    Maka disitu terbitnya sifat qanaah dlm diri kita...
    Allahuma rindu akak pada arwah mak.. alfatihah..
    Tiada lagi pemberi nasihat dan ingatan wlpn anak2nya dah beranak pinak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang sedih mendengarnya. Alfatihah untuk arwah Mak Kak Yatie.

      Delete
  3. Hidup bahagia tanpa hutang menjadi idaman setiap insan. :-)
    Sedap asam pedas di bumi Perth tu akak.

    ReplyDelete
  4. Ayat opening kat atas syahdu amat la he he. Pastu ada brokoli menyorok belakang kailan.. kelas gitu nyah.. hae a nice day ahead sis..

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...