Sunday, January 1, 2017

Entry sulong 2017 - utk remaja putus cinta

Eh dah 2017 dah?.   Huhu..
Buat rakan2 sebaya ~ Do not fear of getting older, some people, no matter how old they get, never lose their beauty, they merely move it from their faces into their hearts... ;) .....  remember that ok!.

Tgh menghias bilik si bujang.. blom gantung lagi frame tu..

Buat silent readers yg email Kak Mirror pasal masalah peribadi tu..  jadikan masalah tu sbg pemangkin untuk mendekatkan diri pada-Nya.   Manusia ni tak boleh berbuat apa2 pun.   Tak ada kuasa langsung.  Yg menjadikan kita gembira... Allah.  Yg bagi kita rezeki pun Allah.


Kak Mirror rasa guilty jugak tak dapat reply sepenuhnya (atas faktor masa) sebab Kak Mirror tahu betapa siksanya.. betapa deritanya bila kita benar2 perlukan seseorang untuk mendengar... tapi   dunia seakan lari meninggalkan kita.


Tapi kan Dik... andai alam enggan mendengar... itu sebenarnya tanda Allah sayang.  Allah nak suruh kita hilangkan pergantungan pada manusia dan banyak mengadu pada-Nya.


Putus cinta?.   Bagus!.   Elok la tu... boleh simpan duit cari awek yg lagi cun.  Haha.   After all... hilang asbab nak dating2.   Kan bagus tu.   Kak Mirror kadang macam buat lawak tapi sebenarnya I really mean it.    Teringat kawan lama Kak Mirror (kisah 20 thn dulu).. kupanggil dia "kakak".. hari2 nangis... tunang acuh tak acuh.  Macam tak ambik pedulik.  Mentang2lah gagah perkasa.


Sian sangat kakak tu sebab padahal muka beliau pun boleh tahan lawo.  Bahana bertunangkan orang yang tak berapa sukakan dia.. baik2 cun jadi monyok.. sebab hari2 tertanya2..

"Dia tak suka aku ke?".
"Napa jarang telefon?".

Satu hari Kak Mirror jumpa kat kedai letrik..

"Nak beli apa Kak?".  Tanya Kak Mirror.

"TV.   Sammm.... akak dah putus tunang Samm".

Tv?.  Putus tunang?.   Kami berpelukkan.

Kesimpulannya itulah...  angkara putus,  dapat pun beliau beli tv hasil menyimpan nak kawin.  Kalau tak... membazir je duit tu Dik Non buat pelamin.. bersanding dgn orang yang hatinya entah ke mana.  Dah jadi mcm Felisha plak nanti... terpaksa kengkonon pengsan sbb nak ngorat Iskandar.   Huahaha.... Lara Aishah.


Tak lama pastu  Kakak tu pun dipinang orang lain yg benar2 menyintainya.  Happily ever after... cehh.


Putus memang la sedih.. tapi cinta kan ada expired date jugak.    Bila orang dah tak suka.. lama2 kita pun tawar hati dgn sendirinya.   Mungkin ambik masa 2 thn.. 5 thn.. 10 thn... yang pastinya ia akan termati dgn sendirinya... tawar setawar2nya... percayalah.

Sekian.








No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...