Monday, April 17, 2017

Flash Back Camping Tahun Lepas ( kemah digegar).

Sebelum bercerita tentang pengalaman perkemahan berkonvoi yang baru kami jalani sepanjang 3 hari lepas, nampaknya ai kena flashback balik kisah camping di persisiran pantai Rockingham yg kemah kena gegar tu (atas permintaan teman blogger)... sebab scroll punya scroll pun ai tak jumpa balik entry tu la Dik.. sebaliknya terjumpa entry 18sx ni pulak. (Oitt jgn klik kat situ... bahaya.. :P).




Masa tu ai temankan suami (IRP) memancing, bawak sekali anak3.   Exited la sebab first time merasmikan kemah yg baru beberapa hari dibeli.   Siap bawak bekal nasi, ikan masin, sayur lemak, sambal tumis, keledek rebus dan segala bagai.   (Tajam juga memory ai bleh ingat sume ye... haha).

Pegi dah agak petang...  Lepas kami solat maghrib, IRP pun sambung memancing lagi dan kami masih setia menemani dalam kemah sambil melayan wassap kawan2 sampai la ke larut malam.

Pemancing2 agak ramai tapi bila midnight... semakin berkurangan.  Suddenly di luar kemah kedengaran bunyi2 nakal ala2 orang mengorat.  Mula2 kami ignore je .... tapi makin lama makin agresif plak mereka.. mcm baling2 benda, gegar2 kemah.  Sah la ni... mesti remaja2 mabuk.   

Eh!.   Pastu lupa plak cemana suddenly my hero muncul... (tak ingat sama ada kami call IRP atau beliau nampak dari kejauhan).  So IRP arahkan kami berkemas dan balik.   Mcm frust jugak la ai sebab sangkakan boleh lepak2 situ sampai pagi.


By the way... pantai di sana memang cantik dan menjadi tarikan pemancing2 tegar,  cuma kalau nak camping.. kena balik awal2.. jgn sampai midnight.   Mesjid pun tak jauh dari lokasi, makanan halal?.  Ada kedai kebab.









No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...