Saturday, January 6, 2018

Kisah Dengki Dan Irihati Pada Orang Kaya

Assalamualaikum guysss...

Ai buat "novel" arini.  Silalah baca.  Hihi..

Ada seorang miskin dan seorang kaya.
Si miskin ni tak puas hati kenapalah si kaya ni boleh jadi kaya plak. Padahal kelulusan sama je.   Sekalipun ada beza.. dari segi bentuk badan je. Si Kaya cekudud dan si miskin berbadan sado.




Kesepakatan dibuat untuk merungkai ketidak puasan hati itu.  Berjumpalah mereka akan seorang pengadil dgn masing2 sehelai sepinggang.

Jeng jeng jeng...



Maka pengadil pun memberikan mereka "task" utk dilaksanakan dlm tempoh tertentu.

Tugasannya ialah....


"Anda berdua diberikan cangkul seorang satu.  Pergilah kalian ke Kg Markonah di mana di sana terletaknya batu2 dan pelbagai khazanah.  Perbuatlah apa2 mengikut kebijaksaanaan kalian."


Bergegas si miskin dan si kaya itu ke sana.
Oleh kerana si miskin sgt gagah dan telah terbiasa dgn kerja2 berat,  maka mudahlah ia membuat kerja2 itu.


Sebaliknya pula dgn si kaya.  Belum sampai tengah hari dah keletihan. Badannya nan ramping tak mampu membuat tugasan itu.  Sikit saja hasil yg mampu diperolehinya.

Si miskin dpt pulang awal.  Gembira dgn hasil2 yg diperolehi dan menukarkannya dgn makanan2 idamannya serta perkara2 yg selama ini diimpikan.

Si Kaya.. dapat hasil yg sikit.  Duit itu disimpan di dalam tabung.  Terpaksa ikat perut.

Begitulah yg dilakukan keduanya selama seminggu.

Setelah duit tabungannya mencukupi, si kaya pun mengupah beberapa org penduduk Kg Markonah yg gagah dan sado utk melakukkan kerja2 itu.  Maka semakin byklah batu2 yg mampu dilombong.  Perolehan pun semakin byk dan si kaya boleh menumpukan kerja2 lain sementara pekerja2nya membuat kerja.

Si Miskin masih dgn cara lamanya.. mengunakan kudratnya yg gagah itu melombong seorang diri.  Tapi.. begitulah hasilnya.. tak lah sebanyak hasil lombongan si kaya dan pekerja2nya.

Prettttttttt!.   Wisel penamat pun berbunyi. Game over.

Si kaya telah berjaya dlm misi ini dgn perolehan yg lebih tinggi walau mulanya mengalami kepayahan.  Kebijaksanaannya mengendalikan urusan telah memicunya ke puncak kejayaan.

Kesimpulannya...  delegate task, use our commen sense to handle any issue.   Atau erti kata lain... kdg2 kita perlu khidmat yg lebih pakar untuk menjayakan misi2 kita.  Tak leh kedekut2.

12 comments:

  1. Ahhah kesimpulannya jgn kaya sorang2 kaya sama2..

    Assalamualaikum MM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam KM...
      Kesimpulannyaa.. klu KM dah buat gudang rempeyek.. jgn lupa panggil saya jd Manager. Haha..

      Delete
  2. kisah yangs sangat menarik dan memberikan inspirasi.. tuk saya secara saintifiknya.. buat saya berpikir..:)

    ReplyDelete
  3. Orang kaya akan berikan tugas pada mereka yang layak

    Orang miskin suka buat kerja sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah semuanya begitu..
      Ini sekadar perumpamaannya je..
      Simbolik.
      Hihi..

      Delete
    2. Tapi banyak betulnya lah mis mirror

      Sebab semua ni orang yang berniaga boleh nampak

      Delete
  4. Kelebihan kedua: orang kaya menggunakan duit untuk cari duit. Nice novel. Novel terpendek dlm dunia.

    ReplyDelete
  5. Suka baca kisah motivasi begini Miss Mirror. Kita boleh adopt with our current situation.. Cara Miss Mirror sampaikan juga santai, best!

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.