Thursday, March 15, 2018

Pelbagai Cara Buat Duit Di Zaman Sekarang

Bila dilihat pada older post, hujah2 Kak Mirror tidak disertai solution lagi.  Executive summary yg kurang ampuh.

So hari ni kita try berikan beberapa cadangan ye.. kpd suri2 rumah tersebut.  Jgn lupa buat analisa SWOT dulu sebelum bertindak,  lihat kekuatan2 dan kelemahan2.


Personal Shopper

Kalau yg kaki jalan memang seronoklah "hobi" yg mendatangkan duit ni.

Personal shopper adalah individu yg dibayar untuk membantu sesorang pelanggan membuat pembelian,  sama ada dengan menemani atau membeli bagi pihak.

Lazimnya dorang buat untuk jenis2 barang yg kena beratur panjang contohnya tudung2 jenama popular,  pembelian di luar negara dsbnya.  Upah bagi belian tudung, selalu yg ai nampak.. dorang caj RM10 selai. Bayangkan kalau ada 10 org yg kirim.. dah dpt RM100 dah sehari.  

Modal?.   Terpulang ler nak dulukan duit atau ikut ilmu akad niaga cemana.  

Strategi plan?.   Kena ler berbaik2 dgn  Mak2 Datin atau career2 women yg busy yg tak sempat keluar shopping tu.  Strategi seterusnya, wajah kenalah ikhlas, baru orang percaya.

Kalau berbaik2 dgn ai pun boleh... haha. sebab ai pun selalu berangan untuk mendapatkan khidmat personal shopper khususnya untuk membelikan barang2 kat Msia tu spt kain ela dsbnya.. sbb kain2 kat sini mahal mencekik darah.





Uber Eat

Tak tau ler kat Msia mcm mana skg, lama tak balik dah (terasa ku mcm baru keluar gua pulak).  Kalau kat sini penggiat2 uber ada buat servis uber eat untuk orang2 yg malas masak.  Adalah beberapa restoran yg dorang dah buat "MOU" untuk disinggahi dan sedia dihantar pada pelanggan2 yg menelefon.   So, uber eat ni pada ai dah mcm personal shopper lah jugak ai rasa.. sebab membelikan bg pihak pelanggan.  

Strategi?.   Pandai drive, berbaik2 dgn orang2 restoran.

Drebar Van Sekolah

Sambil hantar anak2 sekolah, beramah mesra ler dengan makcik2 kat situ.  Mana tau dorang tak sempat antar anak pegi balik sekolah.  

Ai rasa kerjaya ni kalau kat kg ai "Kashmir", memang kena sgt.. sebab tak de bas kat dlm tu.   

Intepreter

Kat Aussie ni.. laku keja ni terutamanya di hospital2 (pesakit nak berinteraksi dgn doktor takut tak faham).. upah pun mahal.

Oklah.. dah pagi plak... 
Idea2 lain telah disebut di entry2 lama.. so, kita cerita idea baru.   Moga bermanfaat.






9 comments:

  1. personal shopper tu memang menarik kak tapi nak menunggu tu alahaiiii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann - tidak dinafikan kejenuhannya tu.. lg2 kalau item2 yg hot dgn cuaca yg hot.

      Delete
  2. Singgah blogwalking, banyak cara nak buat duit dengan selesaikan masalah orang kan

    ReplyDelete
  3. Rezeki dah di tetapkan kita sahaja perlu usahakan

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang nie memang kena pandai laa cari duit lebih.. huhu..

    oh btw, w'in jual authentic coach & mk! hihi

    ReplyDelete
  5. aduhhh betul tu.. tp tulahh as perempuan pun kita mmg patut ade pendapatan sndiri tanpa mengharapkan kaum adam. lelagi ekonomi tghmerudum skrg ni

    ReplyDelete
  6. kak mirror...ada open PS tak? teringin nak makan pakai pinggan import..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafisa - PS gapo?. Pinggan set?. Brand apa U nak?. Nanti Kak Mirror tanya boss dia nak jual lg ke tak.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.