Sunday, May 20, 2018

Ultra Violet Kaler Trend 2018

Puasa ke 4.   Assalamualaikum everyone!
Ada pun telah diisytiharkan bahawa kaler trend 2018 adalah ultra violet!.  Ia dipilih kerana mencerminkan kreativiti dan pemikiran yang berwawasan.








So...  ini lah kebaya Ultra Violet ai tahun ni sebagai memenuhi tema sedunia.  Cantik tak?.  Diserikan dgn kombinasi dusty pink di bahagian tangan dan dada dan kain A cutting unggu bersulam.. ternyata ai telah memenuhi tema sedonia. 😍😍.

Ya ya Aaa je kan ai ni?.   Padahal membeli tanpa sengaja.  This is the only size that suit me yg butik tu jual tempohari... in fact... I am not a big fan of purple punn.. beli sebab dah takde pilihan..  Tetiba jd kaler trending!!.  Wowwww!.

Emmm.   Nampak tak gaun Meghan, isteri Prince Harry yg iras2 Mila Jirin AF tu?.   Simple je kan?.  Solekannya pun simple. Tapi still elegant. Tak faham Mama kenapa.. puas mencari tak jumpa jawapannya. Haha..

So... anak2.   Mama tahun ni nak simple2 je.. sebab tu enggan menjahit labuci lagi.  Sapa2 nak berlabuci sila jahit sendiri.  Kalau malas nak jahit... gam UHU pun Mama dah beli.  Sekian.

P/S   :    elok la tu kaler unggu.. sekurang2nya ia tak mewakili mana2 parti.. bleh beraya dgn tenang.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.