Entry aritu mood blogging masih ke laut lagi, tu yg takde nak selfie welfie. So arini ai uploadkanlah "muka org tua" yg sedang beraya ni sbg memenuhi permintaan.
Kuih raya ai??.
Ni kejadian malam raya..
Makanya kuih2 tu nampak penuh lagi..
Sekarang dah tinggal saki baki..
KECUAKKAN DI MALAM RAYA
Agak cuak sikit bila all Asian Grocerries running out of stok "nasi impit" a.k.a instant ketupat. Mungkin telah habis diborong org2 Asia yg lain sempena raya.
Menjajar cari sampai ujung dunia baru dpt. So mlm tu lah baru dpt kelentang klentung kat dapur sebelum kami bawa ke mesjid utk potluck esoknya.
Selain bukan kerana potluck.. memang dah jadi tradisi ai untuk menyediakan hidangan raya buat suami and anak2. Tiada yg lebih indah selain melihat mereka gembira beraya di sini, walau banyak ingredients yg terpaksa kita skip especially utk bahan2 sambal goreng jawa.
Kebarung kuning petak2 antara baju raya ai tahun ni.. Beli kain tu kat sini time offer.. tak lah murah pun.. lebih kurang RM70 kot 4 meter tapi rasa2nya tahun depan tak nak lah beli fabrik ni lagi. Haha.. sebab lembik2 tak sesuai cuaca.
Pemandangan pagi raya. Beraya bersama muslimat seluruh dunia.
Ni yg ai bawak.
Konon tak nak tema raya..
Tapi akhirnya semua dapat sedondon hitam seisi keluarga.
"Untuk yg telah berkahwin (isteri orang), kepala kain haruslah di sebelah belakang.". Tapi kes ai ni haruslah dimaafkan sebab tailor ai blom tau lagi masa ni. Takpe.. perasan jadi anak dara jap. Lagi pun body guard ai ada 3 org tu.. nak perasan dara mendenya??.
Ok sambung lg topik tu. Untuk anak dara, kepala kain sebelah hadapan, balu kanan, janda kiri. Bukan ai yg cakap.... tp pakar pakaian2 traditional ye.
Antara open house yg kami hadiri..
Terpaksa sensor pix jutawan Indonesia ni.. manalah tau kalau2 beliau tak redho wajahnya dipotret di sini.. kekeke.
"Baru 2 hari dah penat mcm ni...
Mcm mana kat Malaysia boleh raya sebulan?". Kata Ain di seat belakang keletihan. Masing2 dah tukar kasut flat.
Haha.... raya kedua hari tu... kami sakan beraya, keluar rumah pukul 10 pagi.. balik pukul 11.00 pm memenuhi undangan. Sejak tu masing2 dah puas hati beraya. Sikit tapi padat.
meletopsss baju raya uolsss :D
ReplyDeleteWah meriah juga raya kat sana ek
ReplyDeleteSelamat petang Mama ucapkan. Siapalah agaknya jutawan indonesia tu kan
ReplyDeleteIbu singgah bertamu di petang hari. Harap sis senyum ceria di perantauan.
ReplyDeleteAssalamualaikum selamat pagi. Mama singgah lawat blog sis
ReplyDeletesalam aidilfitri seronok pengalaman raya ditempat orang ^^
ReplyDelete