Friday, August 17, 2018

Asam Rebus Ikan Merah + Teh Berserai

Assalamualaikum..
Asam Rebus ikan merah.   Sejak ada resepi kengsom (macam ai dah share aritu).. menu asam rebus ni macam dianak tirikan sampai ai terconfused tadi nak guna cili kering ke cili hidup.   Faktor2 penuaan membuat ku hilang ingatan jap.




ASAM REBUS MISS MIRROR STYLE

Ikan merah sekor -  siang dan basuh.
1 bwng besar 
3 bwng putih
Cili kering buang biji (segenggam)
Belacan 2 inci
Garam dan gula 
Asam jawa
Kalau tak sedap bubuh aji..
Kalau dah sedap tak payah

Sebiji nenas buang kulit dan potong.
Kalau pemalas.. guna je nenas dlm tin.
Ai ni rajin orangnya.. so I don't like convenience product hokay. Kekeke..

Kacang.. ehh lupa da apa nama kacang lady finger yg dlm pix tu?.  Bahaya betul duduk sini..
Nama sayur pun bleh lupa. 
Ok ok bender..


Cara

1). Blend semua bahan kecuali asam jawa dan ikan.
2). Tuang dlm periuk..
3). Renehkan jap bersama nenas.
4). Masuk ikan..
5). Tambah asam jawa.
6). Masuk garam, gula sikit.




Ada kubis yg dah macam nak layu kat peti ais.. so ai cepat2 goreng abiskan sebelum membazir.




Tadi ngeteh dgn hubby..
Beliau oder teh berserai ni kat 1 kedai
Mat Saleh tu.. sementara ai oder CHAI LATTE favourite..
First time pulak ai merasa teh berserai..
Uoll pernah?.




2 comments:

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.