Monday, September 16, 2019

Masak2 Macam Biasa... Lama2 Sihat

Bohong la kalau tak rindu pada kawan2 kan..  especially teman2 wassap, si Comei, Hjh Sue, Hjh Ila dan lain2. (Sekadar menyebut beberapa nama). Menyepi diri seketika.. kerana sepulang dari kota suci, keadaan sangat sibuk.   Hanya pertolongan Allah je mampu melerai segala kesibukan.   Walau mulanya rasa...

"Masyaallah... Mampu ke untuk ku hadap semua ini?".

Ya la masa tu kan baru balik dan dapat pula "ole2" dari Mekah. Ole2?.   Apa lagi kalau bukan batuk.  Penebus segala dosa2 kecil.  Haha..  So terpaksa pula MC.  Otak pun blank.. Tak tau nak mulakan tugasan dari mana ketika itu, keluar masuk bilik air tiap kali batuk supaya tak menganggu persekitaran.. ianya benar2 sesuatu yg mencabar sebab memang dah lama tak kena. Rupa2nya orang2 sini pun ramai yg tengah hay fewer.

Ahh malas lah nak cerita pasal sakit... nanti terkurang pahala pula.  Menyembunyikan sakit itu pahalanya besar.. spt pernah ku baca.. (correct me if I am wrong).   Lagi pun sekarang ni ai dah kembali pulih.  Alhamdulillah. 

"Lawan sakit tu.. itu semua perasaan je".  Pesan IRP.   Ya.  Itu ai setuju.  Ai gagahkan diri masak dan buat kerja2 rumah macam biasa, lama2 ia hilang sendiri.


Ni first time update blog guna apps.  Upload pic pun tak lepas2. Tak berapa suka sangat dengan phone baru ai ni.. tapi redho je lah apa yg hubby dah belikan.    Cita2 kita kena tinggi melangit.. iaitu masuk syurga. Haaaa... So, tiket seorang isteri ialah jgn menyusahkan suami sangat.

Oh ye.. berbalik pada kisah gambo tu... dan nampaknya tak lepas2 pun.   Actually ambik dari group haji je.. punya malas ai masa kat sana nak snap gambo.. sebab ramai dah volunteer snapkan.   Sejadah ala Raudhah.  Ai tod ai tak beli.. rupa2nya selak2 luggage.. IRP dah hangkut 2 helai pulang ke Aussie.  Bagus juga beli tu.. sekurang2nya untuk mengekalkan ingatan2 kita pada kenangan2 manis di sana.   Kenangan ibuk2 Melayu - panggilan polis2 wanita di Madinah untuk kita rakyat Malaysia ni.

Ok itu je nak cerita sebagai sessi membuang sawang.  Actually tak tau apa yg ingin diceritakan.. lama sangat menyepi sampai idea pun tepu.   Untuk yg terkena jerebu di Malaysia tu.. jgn lupa jaga kesihatan.. pakai mask.


p/s.  :.    Batuk merupakan fenomena biasa di kalangan jemaah.   Tetiba teringat room mate ai sampai minum kicap untuk hilangkan batuk.   Tambah limau nipis makan dgn nenas sedap juga tu.

2 comments:

  1. 40hari ++ kat sana memang boleh mengundang macam2 penyakit. Masa gi umrah 2 minggu je pun..pun sama gak demam batuk selsema complete semua pakej.

    Jaga kesihatan ye

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.