Monday, June 29, 2020

Apa khabarnya crochet?

16 C.... Tapi terasa sejuk yang amat..
Mana taknya..
Selimut sedang ditenun...
Haha..





Harap2 tiada yg gelak..
Ini kan sekadar  "warm up" untuk melembutkan jemari yg dah kaku..
Nanti dah lembut baru buat bersungguh2..
dan buat pattern yg mencabar sikit..
Jika dilihat memang ada unsur2 "derhaka"
dalam crochet tu.. ada kecik ada besar..
ada senget..
Tapi yang penting benang yg dah terbeli tahun lepas tidak terbiar begitu saja ye..
Kita harus buktikan pada suami bahawa
telahannya tidak benar sama sekali..

"Sure tu nanti terbiar.. " .  Ujar beliau tahun lepas waktu ai membelinya di sebuah kedai kain.

🤭🤭.

Tak pe.. terbiar setahun je pun.. benang tu pun nak berholiday.




Kita harus teruskan perjuangan ini..
Cuba malu sikit dgn seorang kawan zaman muda mudi tu Samm..
Jarinya terputus (akibat masa kanak2 main ikat2 dgn gelang getah... tetiba pagi dah biru dan doktor terpaksa potong).
Walaupun tiada ibu jari.. tapi bila mengait Masyallah.. pejam mata je.
Macam2 pattern beliau buat..


CARA PENGIRAAN HARGA


Bagi yg ingin berniaga..
Cara pengiraan ialah :-

Jumlah harga benang diperlukan (contohnya sebuku) darab dengan dua.


P/S. :.  Next time beli kaler yg best sikit.. baru semangat nak siapkan jadi poncho..

4 comments:

  1. Mudah2an tahun depan dapatlah pakai selimut baru.

    ReplyDelete
  2. Kami pernah belajar mengait sekerat jalan je pastu sendu dan stop. hahaha.. usahkan selembar selimut, selembar sapu tangan pun tak sempat kami siapkan. ingat lagi, time tu kami guna benang merah.hehehe. semoga siap ye selimut kamu tuuu!

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.