Friday, July 3, 2020

Yang Pergi.. Lepaskan lah dengan rela.. inshallah ada pengganti.

Don't dwell on the past. Andai ada hari yg kita terpaksa kehilangan barang2 kesayangan yg bersentimental value...berlapang dadalah. Walau sukar, bisik pada
diri..Allah nak bersihkan rezeki kita supaya tak banyak yg dituntut
di akhirat.. so kita tak akan ada rasa ralat lagi.. malah akan rasa tenang dan berlapang dada.




Bagi yang pernah mengikuti blog ini dari awal.. pasti pernah terbaca penulisan ai di zaman belum matang.   Kehilangan album saja pun.. ralatnya dah macam kehilangan kucing kesayangan.

"Napa Sam?.  Kau nak buat scrap ke gambo2 tu?".  Tanya  ex school mate ai.. sebab dok pelik gigih naw ai mencari masa tu..

Tapi..  kuasa Allah mengatasi segalanya.  Ia muncul dalam bentuk lain.. sebahagian gambar2 tersebut dapat ditemui semula di social media hasil ihsan kawan2 yg rajin share.

Itu kisah album.   Kisah kedua ialah novel2 anak yg terpaksa ditinggalkan di Malaysia masa pindah ke sini. Ralat masa tu.. tetapi.. tak sangka..

Telah banyak Allah "gantikan" di sini.. novel2 sebegitu boleh dapat dgn harga yg murah saja di sini.. pokok pangkalnya sama ada ai nak beli atau pun tidak.. atau nak jadikan rumah jadi Gunung Everest??.

Moral of the story... tiap sesuatu yg tak mampu kita kawal.. berlapang dada sajalah.    Allah pasti ingin memberi yg terbaik buat kita.  Allah Maha Besar dan Maha Memberi..  percayalah dan yakini lah.. sekali pun nampak macam mustahil di fikiran kita.


P/s.  :.  Happy mlm ni... sebab doa kami yg dipesan oleh seseorang semasa kami di Arafah last year.. hampir tertunai.  Tahniah untuk kedua bakal mempelai. Masyallah we are so happy for you.


1 comment:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.