Ya Allah mabrurkan lah haji kami.
Keluar balik memory ni kat FB.. tapi nak share kat sana segan plak tetiba. Post je lah kat sini.. kurang sikit segannya. Hihi..
Masa ni dah masuk Mekah semula, sepulang dari Arafah 1 malam, then mabit di Mudzalifah kumpul batu di sana then pegi Mekah utk tawaf tros balik hotel. Suasana jam di bawah hotel ketika itu.
Rupa2nya batu melontar tu kecik2 je. Kami ambik kat tepi2 tikar tempat kami duduk... masukkan dlm botol. Selama ni ai dok bayang nak kutip tu perlu berjalan sambil menyuluh macam kita cari lokan.
Seriau juga bila ada yg kata salah2 teknik bleh terkena kepala org atau lontaran org belakang terkena kepala kita. Inshaallah tidak begitu ye puan2. Tiap org kan dugaannya berbeza. Jgn lah takut mahu pun gentar.
Jom kumpul duit.. mudah2an menjadi tamunya lagi!!.
Saja je sebenarnya nak test dashboard baru ni.. macam tak de button draft (ke ai yg old school?). mau tak mau terpaksa publish terus entry ni. Pelik juga kan.. dah elok2 yg lama dipaksa tukar pulak. Ikut je lah.. dari ilang terus belog ni.
ameen ya rabb.. semoga ada rezeki akak jadi tetamuNya lagi. n rezeki saya pula semoga dijemput kesana..
ReplyDeleteAamiin.. Siti.
Delete