Assalamualaikum Sahabat Syurga..
Jumaat 11 SEPT./23 MUHARRAM 1442H
"Orang yang berbuat baik hanya untuk dipuji akan kecewa jika kebaikannya tidak dihargai. Buatlah kebaikan demi keredhaan-Nya. Jiwa akan bahagia walaupun tidak diketahui oleh sesiapa."
Ok intro kali ni ai copy paste je status wassap teman sebilik haji... sesuai dgn Jumaat yang mulia. Sepurnama ke sana ke mari bersamanya di Tanah Suci, berkongsi washroom, kongsi sambal.. balik baru tau rupa2nya beliau Ustazah. Itu pun tau dari anak beliau yg rupa2nya kawan Si Ain. Stay low keynya beliau ni. Ish ish ishhhhhhh.. (Siapa lagi yg nak puji kawan sendiri kalau bukan kita). BTW.. what a small world kannn?. Anakmu kawan baik anakku ghoper2nya. Sib baik ai tak wat hal kat sana.
Pepagi macam ni kita sememangnya disaran mendengar hal yg baik2 sahaja, elakkan buat hal di permulaan hari supaya jam2 yg seterusnya berjalan dengan lebih baik. Begitu juga di mlm hari sebelum tido. Lega ai dah block banyak YouTuber mengarut dgn tip2 mengarut tu. Terganggu malamku bila mana kadang terklik.. (masa tu blom pandai nak ignore mereka lalu lalang.. skg dah jumpa "tombol" dan tekan.. pic atas tu)
Eh!. Tetiba upload pic baju. :P
Ini pun teraphy pagi juga ni. Beli baju kat Millers semalam... sebab Winter dah bertukar spring. Cherry blossoms umah jiran pun dah berkembang mekar petanda spring dah bermula.
Ok lah.. itu je nak cerita. Bykkan selawat di Jumaat yg mulia.
Setuju sangat ni, mood jd baik kalau mulakan hari dengan benda yg menggembirakan dan baik..... lagu yang segar dan happy, senyuman kawan yg nampak ceria, dan baca sesuatu yang baik pun boleh menceriakan hari......
ReplyDelete