Thursday, October 22, 2020

5 Tip Mengurangkan Pedas Pada Speghetti

Kelegaan yang sebenar bagi seorang ibu ialah apabila sarapan untuk anak3 ke sekolah telah berjaya disiapkan.

Tetapi.. bagaimana kalau ianya tidak seperti dirancang, mungkin akibat kurang fokus.  Speghetti olio TERpedas.  Selalu guna cili kering hari ni dgn cili flakes. Mungkin this kind of chillies made by hot peri-peri dan bukan cili biasa.  

 Sah!.  Ni kalau anak3 yang makan boleh menangis.  Haruslah buat sesuatu sebelum mereka bangun.




Well... well welll... jangan susah hati Dik Non.   Jadilah ibu yang bijak bistari.



Tip ini untuk speghetti 

1).  Jerang atas api semula dan tambahkan la air, sekira2 ia mendidih.. buang air tersebut.
Alhamdulillah pedas pun hilang. Seandainya hilang rasa, boleh tambahkan semula bahan contohnya garam, garlic dan sbgnya.

2). Tambahkan cheedar cheese 🧀 (walaupun kita tahu speghetti olio selalunya dimakan bersama parmesan).  Kelemakkannya membuat kita lupa akan rasa pedas tersebut.

3). Bagi speghetti goreng pula, mungkin boleh bubuh air asam.

4). Tambahkan "anasir2 luar" iaitu "binatang2" (udang dsbnya) atau lebihkan sayur, fishball, fish cake dll.. untuk mengurangkan kepedasan tersebut.  Make sure digoreng di kuali berasingan sebab speghetti tadi dah pun masak nanti lambat la pula untuk menunggu daging or ayam tu masak.

5).  Sedekah pada kawan yg tahan pedas.


Nota :.  Penambahan gula tidak sesuai untuk speghetti olio kerana sifat semulajadinya perlu masin.  

 

4 comments:

  1. no 5 tu saya galakkan hehe 😅😂

    ReplyDelete
  2. Nombor 5 tu kalau dah tak dapat diselamatkan dari kepedasan yang melampau tu.

    ReplyDelete
  3. Menarik cadangan ke5 tu.. Beruntungnya kalau sy ada disana... Confirm dpt free breakfast hahah

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.