Pohon2 unggu mula bertebaran mengindahkan lagi suasana "kampung anak3" ini. (Ai panggil sebagai kampung anak3 sebab di sini lah mereka dibesarkan.. sedari zaman gigi si bujang ai belum cantik tersusun seperti skg dan sering ditegur Ustazah mengaji mereka sebab mengganggu mahraj sebutan). Ada terjungkit gigi susu kat depan bertindan dgn yg baru tumbuh ketika itu belum sempat dicabut, Mamanya busy belajar dan kerja.. Ya Allah bila dikenang macam tak percaya kami telah mampu melaluinya dgn baik. Sedih dan terharu juga dikenang akan pengorbanan sang anak3. Ada ketika si ibu harus pulang hingga larut malam ketika itu.
Entah "cerpen" apa pula yg ingin ai nukilkan ini, cerpen SYUKUR kot... Yang sebenarnya ingin berkongsi resepi semata... lantas menjadi tukang garut pula (eh betul ke ayat ni?.).
Semalam akibat malas untuk menyinggah ke Asian Butcher sebab dah lambat dan penat.. so beli je halal burger kat satu supermarket ni. Tak banyak yg halal di situ.. sekadar daging burger, salami dan beberapa item. So terjadi lah resepi sempoi ni. Tak berani juga nak sebut nama supermarket untuk rujukan my followers.. kerana ada waktunya sekarang ianya Halal.. tetiba di suatu masa yg lain dah tak halal pula. (Maksudnya tetiba contrat mereka berjualan di situ habis).
Potatoes with Burger Miss Mirror's style
Burger 3 ketul - air fry selama mana yg anda impikan.. atau tak yah pun boleh.
Bawang bombay - sebijik (hiris).
Garlic - 3 ulas hiris
Kentang - Buang kulit.. rebus hingga empuk.
Brokoli - basuh bersih2.
Butter sikit
Garam, oregano, black pepper.
Cara.
1). Tumis segala bawang dgn minyak hingga garing.
2). Masukkan daging burger yg separuh masak tadi atau jika burger mentah (tidak di air fry) pastikan telah dipotong kecik2.
3). Bila burger telah masak mengikut kesukaan anda, masukkan la brokoli.
4). Last masukkan kentang rebus.. dan tabur mentega yg dipotong dadu, oregano, garam dan black pepper. Gaul sebati.
5). Tutup api dan siappp!!.
Cantiknya pokok purple tu.. Malaysia sekarang dah kerap hujan.
ReplyDelete