Thursday, December 31, 2020

Entry Akhir 2020


Ni pic apa pulak?.   




Ini kot yg orang kata... "Fake it till you make it".  Photo credit kepada group BP. 


Ibarat zaman kanak2, kita main pondok2.. akhirnya bila sampai waktu Allah kabulkan jadi kenyataan.  Ada yg  jadi banglo, istana, mahligai dsbnya..  Semua bermula dari "olok2" begitu la,  dari lakaran minda.. akhirnya jadi reality.    Makanya to achieve our goal,  lakarkan la di mana2 buku, dairy etc.    



Kejap je dah nak tahun baru.   Alhamdulillah usia yang ku tunggu2 sedari kecik telah pun tiba.   Zaman kanak2 kalau stress dengan homework je, tak sabar jadi orang tua. 🤭.   Ha kan sekarang Allah dah kabulkan.  Well,  do not fear of getting older, 💁 because.... some people, no matter how old they get, never lose their beauty, they merely move it from their faces into their hearts...  Ha gitchew.   


Cerita Boxing Day

Boxing day 2020 telah berjaya dilalui dengan jayanya.   100% discount pada first day uollz.  Percaya tak?.   



Haha... 100% sale....sebab ai tak beli apa  26hb tu, bermakna zero belian.  Orang lain mungkin 40% to 70%  sebab shopping sakan.  Qistina anak mama yg HEBAT sampai pelik.. betul ke Mama telah insaf hingga tak beli at least sehelai baju?.   Hubby ai lebih2 lagi la peliknya..







Supaya mereka tak berterusan diserang keanehan dan kepelikkan, maka terpaksa la ai keluar lagi esoknya dan membuat beberapa pembelian kecil.   Sian pulak, orang tak ramai sangat tahun ni, tak baik pulak kalau ai tak membuat beberapa sumbangan pada Australia kan?.   Ahakz..    Atau maybe mereka malas berasak2 lantas membuat belian on line je kot?.




Cerita2 Lain Di Sini

Lately asyik dikejutkan dengan kisah2 orang meninggal.. sorang di Scarborough Beach, tapi tak tau apa kesudahan cerita.  Yg pasti bukan cobit.  Sorang lagi di tepian train.      Jarang berlaku kejadian sebegitu sebelum ini, maka akibat terkejut.. terpaksa la ai belogkan sbg kenangan dan kewaspadaan.


Sebelum mengakhiri penulisan... Ingat pesan ai tau, malam ni pukul 12 jangan masuk bilik air.. takut nanti tahun depan plak baru keluar.  (Haha... tak lawak).




Thursday, December 24, 2020

Update Belog Guna Status Wassap

 
Kita update belog guna status wassap je lah arini ye..


41 degree now in Perth..🔥🔥🔥🔥💥.. alhamdulillah boleh fefilling Mekah.. cuma bezanya takde nasi unta segala bagai.  Sedapnya kebab hati unta.  Sapa pernah makan?.




Tak faham dgn rule wassap, ai sangkakan hanya yg kita save number je berkeupayaan untuk baca story kita.  Ke sekarang dah lain konsep?.  Sib baik la ai tak tergedix kat sana.. cumanya tak berapa selesa jika segala rapuan (diambil dari perkataan merapu) dibaca oleh strangers.




Ada yang tidak seberuntung anda tetapi syukurnya melebihi anda.




 


p/s.   :.  109 hari menuju Ramadhan.


Monday, December 21, 2020

Jangan panic.. tenang2 saja..

Berada dalam community global begini, pelbagai 1001 cerita ditemui.   Masing2 ada persepsi tersendiri terhadap "penyakit misteri yg sedang trending skg" (ai pun dah malas untuk menyebutnya lagi penyakit itew).   Biar dia tak glamer lagi dan terus hilang dari rada.


Bimbang atau tenangnya seseorang menjalaninya bergantung kepada apa yg pernah mereka lalui sendiri terutamanya di negara masing2.. 


Suatu petang..


"Ma...  Ma nak tau tak, kawan saya neneknya meninggal semalam.. akibat 

****""".".    Kata anak bujang ai sepulang sekolah.


Ha??!!.😱😱    Mamanya terlopong kaget.


"Innalillahiwainnailayhirojiuun.. orang mana?.".   



"Syria..".   


Syria tengah musim sejuk sekarang, mungkin menambah teruk keadaan kot.


Semalamnya pula... kawan ai menangis temannya, 46 di Islamabad yg perlukan sejumlah bantuan untuk membiayai kos mesin pernafasan hospital akibat "penyakit tersebut" akhirnya telah tewas (tewas kalau dalam bahasa Indo.. meninggal dunia).   Sekali lagi ai terkejut...   sebab ai mengikuti kronologi sakitnya sedari awal.





Kadang2 mendengarnya boleh "sakit perut" (simptom2 stress).   Silap haribulan, muka  pun cepat keriput.. meski sejumlah modal telah dilaburkan untuk menambah kesihatan dan keserian wajah.   Tambah lagi kalau melihat muka sendiri dari selfie di iphone (kalau android kurang la sikit.. filter dia peloles  🤭).. memang boleh nampak beza.. wajah sebelum pandemic dan wajah selepas.  Hahahahaha..   So guyss pleaseeee cerita je lah yg indah2 supaya kita yg dengar dan baca pun boleh berasa lega.   Cerita tentang orang yg dah sembuh2 saja please.



Tapi guys...   Jgn la bermuram durja hingga anxiety memikirkannya,   syarat meninggal bukan harus sakit.. tapi sebab ajal dah sampai.   Syarat mati cuma satu je... iaitu HIDUP.    Teruskan saja jaga SOP dan tawakal pada Allah.  Ya.. mati bagi setiap manusia adalah pasti, tetapi menjaga nyawa adalah wajib.  Tingkatkan immune system.. dan jangan cepat panic.   Panic itu la sebenarnya yg menambah teruk keadaan.


Dikhabarkan virus "mahluk tersebut" memiliki frekuensi getaran 5.5 hz dan inshaallah ia akan mati di atas frekuensi 25 hz.    So.. Jika mengaji  suara haruslah dikeraskan, maksudnya suara dibunyikan, inshaallah dgn begitu virusnya akan melemah lalu mati. 


Melalui getaran tinggi dan positif di tubuh manusia maka infeksi dan iritasi ringan akan hilang sendiri. Namun sebaliknya pula jika frekuensi rendah, bakal menambah teruk keadaan. Beberapa contoh keadaan yang mengandung frekuensi rendah ialah spt ketakutan, fobia, syuudzon, cemas dan stress.    

Allahualam guysss.   Sila rujuk balik kpd yg lebih pakar.


Bila sebut pasal frekuensi2 ni.. ai tertarik dgn gelombang infrasonik yg hanya mampu didengar oleh binatang2 tetapi bukan manusia sbb kurang dari 20 HZ hingga 00001 HZ.  Kelebihan tersebut membuatkan "mereka" (cthnya gajah, cengkerik dll) mampu mengesan bakal terjadinya gempa bumi lantas berpindah tempat.   Masyallah.. so nice kan?.  


Ehh.. tetiba cerita topik lain plak.  Tak pe.. ilmu.



Ok back to the topic. Support system amat penting untuk ahli keluarga yg sedang melaluinya.   Sbg teman harus berikan kata2 semangat.  Berikan link2 youtube tentang orang yg telah sembuh, tentang kisah Wak Gan di FB yg kembali pulih (walau doktor yg merawatnya pun terkejut).   Perdengarkan semua kisah2 tersebut kepada mereka.  Usah ditambah derita yg melanda.


p/s. :.   Alhamdulillah kes di kg ai nun di "Kashmir" pun dah tinggal 4 orang.. means yg 18 aritu sebahagiannya dah discharged.  Alhamdulillah Ya Allah.   Lindungi mereka Ya Allah.  Aamiin..






Sunday, December 20, 2020

Tahniah Untuk Pengantin dan Memory FB

On kejap FB sekadar nak stalk anak sedara ai nikah je.   Tahniah Ila dan Syafik kerana telah disatukan.  (Gambar2 mempelai ada kat belog abang nun di bloglist).   Moga rumahtangga yg dibina kekal bahagia hingga ke Syurga.  Aamiin.   Jommm honeymoon umah Acik!.


Dalam pada ter ON fb... terjumpa balik "on this day memory ni plak.. 2016."





 

Kalau ikutkan.. memory ni agak sedih sebab ketika status itu dibuat, kakak ipar ai belum meninggal lagi..  lagu Awie tu mengingatkan ai padanya.   Lagu alarm handphone untuk bangun pepagi ke kuliah.   Dan  arwah antara yg rajin tinggalkan komen di sana.  


Tapi.. kejadian minggu lepas mengubah emosiku.   Tak semena2 ibarat mendapat indirect advice from Allah.. tapi disampaikan melalui seorang sahabat.   


Ceritanya begini...

Seseorang sedang menangis di balik batu. Entah la.. tak berapa jelas wajahnya.. dan tak kenal tapi ai tahu the reason kenapa beliau menangis.  Ajaib tak?.


Tak ajaib pun.. sebab terlebih dahulu kawan ai dah claim itu sbg kawannya.


"Eh kawan I tu napa masih menangis??.  Sepatutnya jgn begitu..   Itu namanya belum redho dan ikhlas.".   Ujar temanku merujuk pada kawannya yg menangis itu, kucingnya  meninggal kot..  (cerita digubah suai untuk melindungi sensitivity).


"Sepatutnya jgn berterusan menangis. Bila kita redho.. nanti Allah ganti dgn pahala..  dulu masa kucingku meninggal, aku hanya menangis sehari.. selepas itu aku ikhlaskan.. tak menangis lagi,  itu nasihat Ustaz".   Ujarnya lagi.


Daku tergamam.    Sambil teringat diri sendiri yg tidak sekuat itu tiap kali berlaku kehilangan.   Astagfirllah.. sib baik dia tak tau.  🤭


Esoknya beliau call lagi.. memberitakan tentang temannya kematian seekor kucing lagi... kali ini kucing yg paling disayangi pula...dan of coz menangis lagi.  Ibaratnya macam.... "sudah jatuh ditimpa tangga.".


" I told you.. kita harus ikhlaskan.. otherwise akan ada ujian lain yg lebih besar lagi..".  Ungkapnya di hujung talian.


Innalillahiwainnailayhirojiuun.

Kematian memang dah ajal... tapi ai rasa wujudnya cerita ini untuk diperdengarkan ke telinga ai pasti bukan saja2... pasti sebagai peringatan diri.   Masyallah.. insaf.


p/s. :.    Bukan la kucing... Itu just perumpamaan je.


Friday, December 18, 2020

Anniversary Yang Ke 23 tahun

Akibat disibukkan dengan pelbagai "cerita" dan telenovela.. sampai terlupa dgn Anniversary kami yg ke 23 tahun pada bulan ini.   Aduh duh duh.. Sammm..🤪.   


Alhamdulillah syukur..  Allah masih memberi peluang "menyambutnya" lagi.  Kita sambut kat belog je lah tahun ni.. Abg.   Adakala doa2 dari "insan2 ghaib" lebih ampuh dan ikhlas... lagi2 di Jumaat yg mulia ini.


Manakala.. ucapan untuk diri sendiri ialah..

"Be happy for what you have.. while working on what you want.    Bahagia kita tak sama dengan orang lain..  jadi berbahagialah dgn cara kita sendiri.    Alhamdulillah atas nikmat2 yg diberi. "







Alhamdulillah atas usia perkahwinan yg semakin bertambah, rupa2nya kematangan pun Allah tambahkan seiring masa.  Alkisahnyaaaa.  Begitu ghoper2nya...  Jiwa jadi lebih cekal dan priority lebih kepada anak2 instead of diri sendiri dan syok sendiri. 🤭.   Contohnya.. sekarang kalau nampak handbag.. mata tak nampak bag lagi dah.. tapi yuran skolah anak3 je.   Paling disyukuri diri dah mula terasa yg bila  pakai "coco" or "pulut dakap" pun tangan tak rasa comey dan blink2  lagi dah.. malah    terasa rimas2 belengas.. hahahaha..  moga berkekalan la hendaknya perasaan ini.   


Ni pun sepatutnya kami kena celebrate pencapaian si Ain... Abah dia dah pesan suruh belikan kek.... tapi lahaii.. budak yg nak dicelebrate manjang busy pulak.   For the time being mama celebrate dlm hati je la Ain.  


Akhir kata.. terima kasih kepada kedua bonda kami yg tercinta  yg selalu memberikan kata2 semangat dan doa2.  Semua itu pun faktor2 utama dlm  pengukuhan institusi keluarga yg dibina.


Thursday, December 17, 2020

Alhamdulillah

Hidup akan selalu ditakdirkan agar kita bersemuka dengan apa yang kita takutkan, mahu atau pun tidak, hadaplah apa saja  yang telah ditetapkan oleh-Nya dengan penuh keikhlasan dan redha.


Meski harapan semakin tipis, DOA adalah pengubah segala-galanya.  Terus yakin dalam berdoa pasti Allah akan kabulkan..


Bila kau mula redho... ketika itu perlahan2 kau akan mula rasa tenang dan wujudnya jalan keluar yg dilorongkan oleh-Nya.


Alhamdulillah.. kini segalanya telah berakhir.. dan ku titipkan semua gambar2 yg penuh bermakna ini..   segalanya terkandung 1001 cerita  yg tak mampu diperincikan di alam maya ini.. tapi cukuplah ianya sebagai "kenangan terpahit" dalam hidup yg alhamdulillah.. telah berjaya kami lalui.



Shopping groceries bersama linangan air mata..  Wah!. Gitu.   Kekeke..




Jgn susah hati, jgn nangis.. ini bukan ai punya guys.. tapi milik seorang sahabat sejati di bumi Perth ini.   She's my blessing and we love her so much.  Teman susah senang.  Happy sgt tengok dia shopping.
So ai patrikan di sini sbg kenangan.

Being happy for someone else's success make you happier.




Pohon yg telah menjadi saksi tiap untaian cerita..



Vitamin kecil..  yg menceriakan hari2 terpurukku kemarin..  yg sekor lagi tak de pic terbaru sebab asyik merayau je..




Bagels - sejenis menu Afghan








Penulisanku memang realistic guys... kerana memang itu lah sifat hidup manusia yg sebenarnya.. tak kira kita duduk di mana, ujian Allah tetap ada.  Mana ada orang hidup di muka bumi ini manjang indah sepanjang tahun dan keletak keletuk dgn but merah, winter coat bergaya manjang bawah pohon anggur?.    Tipu la semua tu!.   Lagi menakutkan pula.. dah macam diistidraj plak.   Haha..







Ok la guys... inshaallah nanti ai sambung penceritaan ini.   Tengah tunggu abang ai nun di Malaya  buat live anak sedara ai nikah arini.. tunggu2 tak de plak.   BTW.. as her aunt... mesti la ai sengih2 sampai telinga.. dan ini juga merupakan antara pelangi2 yg Allah hadiahkan atas segala storm2 yg telah ai lalui selama ini.   Terima kasih Ya Allah.   




Kepada semua followers dan teman2 di luar sana yg sedang melalui onak dan ranjau kehidupan.. teruskan berdoa.. dan ikhlaskan setiap apa yg menimpa, inshaallah... kau akan menemui satu keajaiban.   Percayalah..



#miracles 
#AllahMahaPenyayang
#sahabat2sejatikirimanTuhan
#baseontruestory





Monday, December 14, 2020

Punca Kawan Lari


Betul kata teman ai semalam..  kalau stress jangan biarkan diri terpuruk dalam bilik.  Nanti semakin dihasut syaitan.  Cara menghiburkan hati ialah bertemu sahabat2 yg menghiburkan hati. 

"Ya.. betul tu Sonia.. tapi masalahnya... duit I tak pernah laku tiap kali nak ngopi dgn Datin Merry.   Datin tak nak ngopi dgn I".  Ujarku berseloroh..
.
.
.
.
"Even you pun lari masa kemarin I sakit..". Sambungku lagi bergurau.  Ai pun tau Sonia bukan tau ai demam aritu...  dia bukan kaki sos med.



"Hahahahaha...".    Ketawa besar Datin Merry sambil mensinopsiskan insiden kenapa kami tak jadi ngopi aritu.


Motif penulisan ini adalah untuk renungan kita kaum wanita  ye.. puan2.


Jeng jeng jeng...  Cerita apa agaknya ni?.



Alhamdulillah dpt jumpa kawan2 malam tadi di suatu majlis.. setelah hampir setahun tidak berjumpa..



Jangan gedix dengan suami orang...


Alkisah.  Sebagai wanita kita harus tahu membataskan pergaulan,  menjaga adab sopan bila berbual, menjaga body language apabila  terpaksa berinteraksi dgn suami kawan2 kita.   Akhlak kita mencerminkan level kita.. dan cara pendidikan kita.   Be classy!.   


Maksudnya we should know our limit, jaga ikhtilat, jaga mata. Elakkan berbicara dgn gaya yg menggoda dan  suara manja. Berbicaralah dgn serius!.


Itu lah yg terjadi pada sahabatku tadi.. 


Petang itu kami berdua sedang duduk berbual di sebuah meja di pasaraya, baru nak ngopi.. tetiba didatangi oleh seorang wanita  usia mungkin 50an kot.   Rupa2nya kawan Datin Merry.   Datin Merry memang ramai kawan.  Temannya itu agak genit2  dan ramah.. walau itu first time ai nampak beliau di bumi kangaroo ini.   





Sempat ku berbisik dlm hati.. ok juga Makcik ni dibuat kawan.. walau tak berhijab, ceria dan menghiburkan.   Pandai pula berbicara agama..   Husnuzon pula ku tetiba.  Datin Merry di sebelah ai hanya tersenyum2 melayan keramahan temannya itu. 








Tak lama lepas tu..... Zassstttttt!!.  Makcik Genit tetiba bukak  phone dari handbag canggihnya.. ajak kami bertiga selfie... Oh ai ok je... Husnuzon lagi.   


Tapi sebaliknya Datin Merry tetiba berdiri.. menyorong troli dan bergegas lari.. so ibarat tindakan refleks ai pun sama2 lari lah.. hahahaha.. berlari mengekori Datin dlm keadaan terpingga2.


Agak2 kenapa puan2?.   Ce teka..




Tertanya2 dalam hati... Kenapa pulak Datin Merry ni... Selalu ok je  selfie welfie dgn ai... Ni tetiba kaburr tak cukup tanah.  Bukankah itu kawan beliau?.  Musykil juga ni.   Ai pun jadi paranoid sama.. lantas langkah semakin laju sambil tergelak2 menuju ke tempat parking hingga akhirnya jauh dari pandangan Makcik genit tadi.   Fuhhh lega...


Dalam keta.. beliau pun bercerita..  

Suatu  hari  Datin ngopi kat kedai bersama suami.. Makcik genit tetiba dtg.. dan telah terover ramah dgn suaminya.. dan padahal itu first time dia ditemukan dgn suaminya.


Bukan saja mulut yg ramah tapi masalahnya tangan pun sama2 ramah, hai2 kat peha suaminya bagai... 
Suaminya yg mualaf sampai terkedu terkesima, terperanjat.. guilty dan lain2, pening  dok pelik dan tanya.. beliau ni muslim lady ke bukan?.






Adab Berteman


Kawan pun bleh lari jika sikap kita tak selari dgn kata2 ye Dik Non.   Walaupun kita tak la halim mana.. tapi at least jaga lah hati dan hormati perasaan sahabat2 kita..  Nak bercubit paha bagai.. cubit je la kawan kita tu.. napa main cubit2 peha suami dia pulak?.
Aduh duh duhhhh... Ko sekolah tak???!!.  Pening Ahkak memikir.. 


Adab berteman - Menunjukkan rasa gembira ketika bertemu, mendahului beruluk salam, bersikap ramah dan lapang dada ketika duduk bersama, turut melepas saat teman berdiri, memerhatikan saat teman berbicara, mungkin berlainan frekuensi sekali pun  tidak pula  berdebat ketika  berbicara, menceritakan hal-hal yang baik, tidak memotong pembicaraan dan memanggil mereka dengan nama yang disenangi.  



Sekian. Ok bai.   Salah silap harap maafi.


Nota kaki :-

Nama2 di atas sekadar rekaan.. dan beliau bukan Datin pun ye..


Photo2 pula hanya lah sebagai gap sebab entry ni  panjang mcm cerpen.. kang ngantuk plak  baca kalau tak bergambar.  BTW.. itu semua menu2 kami untuk majlis mlm td.






Friday, December 11, 2020

Minyak Atar Menggamit Memory

Dah setahun tak pegi flea market, akibatnya dah tak jumpa lagi orang berjualan minyak attar.   Tetiba  minggu ni ada Pak Sheikh bukak booth  depan supermarket.. so  beli la sebotol kecik buat "hiburan".   Pemandangan sebegini agak rare di sini.. sebab negara omputeh kan..  


Terus fefilling Mekah, apatah lagi bila masak nasi arab  dan baju yg kita pakai telah dioles attar.   Kedua aromanya yg bersatu   menggamit kenangan.. seisi rumah terus rasa macam Sokhlail!. (Betul ke ejaan ni?.   I mean "night market" in Arabic).



Ashara riyal!!.   Ashara riyal!.  Eh bukan.. Ashara dollars!!


Setelah menghidu beberapa deretan botol tester di situ, diselang seli dgn secawan bijik kopi (bukan untuk minum.. tapi Syed  tu suruh hidu untuk menghilangkan bau perfume.. eh!. tak faham ai nak explain..  Ah gini.. maksudnya supaya bau perfume yg pertama tadi hilang untuk menghidu bau yg lain.. ha gitchew!).   Mulanya pun ai ingat dia pelawa ai makan bijik kopi tu.. ai pun dah rasa nak ngapp je.  Haha..




Tak sia2 juga ku dengar nasihat temanku, Hajah Sue Esa untuk beli.   Sebab beliau kata.. 

"Perfume modern kita dah banyak Sam.. tapi attar kan jarang ada.  So, kau belilah..".  Ujarnya melalui text wassap.


Betul juga tu.   Last ai beli pun seketul dan cenonet je kat Bin Dawood kot tahun lepas.  




 Ok lah.. itu je nak tulis... sekadar untuk beralih dari cerita ai demam tu ari.   Kita harus tulis yg best2 je... tak mo kisah sakit2.. nanti yg baca pun jadi sakit, kann?.    Hihi..




Tuesday, December 8, 2020

Berapa jumlah sahabatmu?

Thanks anakku Qistina tolong Mama memangkas pucuk2 keledek yg meliar.   Sejuk hati mama yg mengandungkanmu 9 bulan.. Ma doakan moga jadi asbab terkabulnya segala cita2mu dan berjodoh dgn lelaki yg beriman dan kaaaaaaaaCAK!.  (Tagline ni  kawan2 mama sampai hafal.. haha.. hingga tiap kali birthday anak3, begitu lah juga doa mereka buat anak3 Mama).  Thanks my friends.. Tapi dulu lah.. waktu ada FB.   Now not anymore.





As I told you last week,  kan ai sakit aritu.. alah sakit manja2 je.. tapi cerita mengalah orang nak meninggal plak kan?.  Bersiri2 penulisan.


Bukan apa, pelbagai pelajaran ku dapat dari hal itu.   Tika itu tiap kali pegi shopping mall rasa macam nak pengsan.. padahal dari rumah rasa macam dah sihat.   Kalau list barang ada 10.. dapat cuma 3 items je sebab bergegas balik diserang dedar2 badan, sakit perut dan pelbagai lagi  simptom2 flu.    Ya la.. ce bayangkan kalau tetiba ai pengsan kat Mall... mesti orang ingat ai sakit apa pulak.. musim2 wabak gini.     Hihi..




Uber Eat antara pilihan yg ada bila dah tak larat nak masak.. tapi mana kenyang sgt untuk sampaikan ke malam..



Baru ku sedar betapa berharganya rezeki sihat.    Lebih menyedihkan lagi bila anak3 pun sakit tika itu.. si ibu rasa bertambah sayu melihat mereka mengagahkan diri.  Sakit ketika exam week tiada pilihan lain selain harus dtg ke sekolah.


Dan2  terngiang2 balik soalan yg pernah dilaungkan oleh kawan2 di Malaysia beberapa tahun dulu masa memula sampai.. masa tu tak terpikir lagi akan semua ini..  Sungguh tidak terpikir!.


"Macam mana kau hadapi hidup di sana jauh dari sedara mara, Sam?.".


Tu lah... macam mana agaknya ada keajaiban itu?.   Pastilah hanya pertolongan Allah saja puan2.   Kawan2 pun musim2 pandemic ni tentu takut nak jumpa kita... Hahahahaha...  Mesti dorang ingat kita Covid.   Hanya view status wassap and go!.  Sobszzz.



Jiran rapat ai nak datang.. tapi ai kata tak payah la.     Lagi pun kesian pulak beliau pun tengah busy pindah opis.    Tapi kita take note la atas keprihatihannya itu dan akan tulis dalam diary.  Ha gitchew.     Hidup ini umpama roda2 yg berputar guysss.  Remember that.


Yeah, we are not all in the same boat.. but we are in the same storm. Some might have ship, some yachts, some canoes, and some most probably are drowning.. just be kind and help whoever you can.


Unfortunately, some of our friends are just like a shadow.. they follow us in the sun.. but leave us in the dark.





Antara yg menjadi penguat semangat..

"Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya". (HR. Bukhari no. 5641)




p/s.  :.      Jumlah sahabatmu hanya kau ketahui di saat kau kesulitan/kesakitan.  Selain itu?.   Bukan sahabat tapi  "Peminat" sahaja.   Ahakz!. 🤭.   Wakakaka...



Thursday, December 3, 2020

Al Fatihah Untuk Arwah Pakcik

"Pakcik J tu seorang yang baik.  Akrabnya dia dengan "arwah boss" sampai kadang ai lupa itu "adik betul" atau sekadar adik ipar.".   Ujarku selalu pada suami.. saja cerita supaya suamiku taksub sikit.  Hihi.    "Boss" adalah panggilan untuk arwah ayahku.   


Tak tau cemana nak describe lagi keutuhan silaturrahim yg terjalin antara dua ipar duai tersebut.  Pendek kata, ianya boleh dicemburui kalau itu tekit ke Syurga.. sebab segalanya berjalan dgn baik2 saja. Tanpa pernah ada sengketa atau masam muka.. walau rumah kami tak lah jauh sangat (tapi kalau dgn kereta lah.. berbasikal penat juga).   Malah hingga sekarang ku masih terbayang2 saat nazak arwah ayah, Pakcik J lah antara yg setia menemani di sisi malam2 buta.


Bondaku harus berbangga ada adik kandung sepertinya, penyabar, prihatin dan menghormati orang, pastinya hasil didikan seorang guru mengaji di kampung halamannya (arwah atok kami).


Terkejut tetiba dua hari lepas, Pakcik J telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.  


Innalillahiwainnailayhirojiuun...


Tak sampai hajat suami nak bawa arwah jalan2 sini (Australia).  Nampak macam Pakcik ok je nak ikut waktu tu.  Itu adalah antara pengharapan suami sebelum Pakcik J tetiba terlantar sakit terus tak boleh bangun.


Sedih..  tapi tak terucap.  Moga roh Pakcik tenang di sana bersama roh2 para Solihin.  Buat sepupu2ku.. terutamanya Puan Hajah Murni, Salwa dan lain2.. moga tabah menghadapi kehilangan ini.