Wednesday, January 13, 2021

Terjemahan Artikel

Selamat berPKP untuk yg terlibat.  Terbaca artikel omputeh ni tadi di suatu page  lantas beberapa netizen mengeluh..  

"Kenapa dlm B.I?.   I is tak faham B.I".


Ok la.. meh ai jadi intepreter arini.. tapi salah silap harap maafi.    Tapi ai percaya BM ai belum ke laut nampaknya.   Alhamdulillah.🤲.


Oh ye... untuk perkataan "Lockdown" ai tukar pada PKP je la ye.  Dok berkerut dahi mikir apa alih bahasa lockdown dlm kamus dewan.   🤣



 

Ibu bapa yang bekerja mahukan anak-anak kembali ke sekolah, kerana penutupan sekolah memberi kesan kepada mereka.


Guru pula tidak mahu sekolah dibuka kerana penyebaran covid di sekolah mungkin akan mengancam diri mereka. 


Kakitangan NHS mahukan penutupan sepenuhnya kerana pesakit yang sakit memberi kesan kepada mereka. 

Para peniaga mahu kehidupan terus dijalankan seperti biasa kerana PKP memberi kesan kepada perniagaan mereka. 

Orang yang ada masalah kesihatan fizikal mahu semua orang membuat penjarakkan sosial kerana Covid bisa mengancam nyawa mereka. 


Penderita sakit mental pula mahukan semua orang selalu di sisi mereka kerana pengasingan mampu membunuh jiwa mereka. 

Ada yang tidak sabar menunggu vaksin kerana mereka percaya akan mengembalikan kehidupan normal.

Sesetengah orang pula takut vaksin kerana mereka menganggap akan membahayakan diri mereka. 

Kita semua melalui keadaan ini tetapi dlm situasi yg berbeza2. 

Ada yang menghadapi cabaran kewangan, yang lain pula menghadapi keperitan. Apa yang terbaik untuk kita belum tentu menjadi yang terbaik untuk semua orang. Kita tidak dipaksa untuk memahami apa yang sedang dilalui oleh orang lain, tetapi kita perlu tetap teguh bersama dan saling mengasihi tidak kira apa perbezaan kita. Kita harus berhati-hati ketika beberapa keadaan berjalan seperti yang kita impikan kerana mungkin ianya juga boleh menjadi berita buruk pula bagi orang lain. Maka apa yg penting kita kena terus  bersikap baik. 

Pengarang tidak diketahui 
Dialih bahasa oleh Sam (Miss Mirror).

6 comments:

  1. ala..takleh right klil la pula,...hahaha

    ReplyDelete
  2. Betul itu, saya tiada masalah duduk rumah tapi ada orang tidak betah duduk lama-lama di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - Agaknya kalau saya pun depress. Salute pada orang2 Msia yg pernah & sdg melaluinya.

      Delete
  3. Saya menurut perintah. asal baik untuk diri dan semua orang. Barulah kena dengan hashtag kitajagakita tu.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.