Assalamualaikum uollz..
Tahun ni kami tak banyak sangat leftover kurma sebab beli pun tak banyak. Secoet yg berbaki itu mungkin nak buat cengkodox saja. Jika kena dgn cara menggoreng dan batter diadun dgn step yg betul, rasa pun tak lari dgn cempedak mahupun pisang goreng.
Bagi anda yg ada lebihan kurma yg banyak di rumah, ini ada 20 cadangan yg bernas untuk anda cuba.
1). Kurma goreng.
2).Sebagai subtitute untuk acar kismis.
3).Blend campur ke dlm sambal tumis. Tak payah tambah gula lagi.
4). Tepung Talam Kurma. Resepi sila google.
5). Buang biji kurma gantikan dgn badam kemudian salutkan dgn coklat.
6). Acar Ikan Talang Kurma. Resepi sila google.
7). Biskut makmur - potong kecil2.. gantikan kurma sbg inti biskut makmur.
8). Untuk tumis sayur, grill sayur, Sup sayur, grill ayam, kari ayam/daging/ikan Kukus, singgang ikan dll.
9). Ayam kampung masak merah letak kurma.
10). Puding kurma, kek kurma.
11). Gulai daging berkurma. Letak dlm 3, 4 bijik.
12). Ayam masak madu:-
Rendam 5/6 bj kurma yg telah dibuang biji.
Blend dgn 1 senduk madu dan segenggam kismis yg digoreng terlebih dulu.
Tumis dulu 4 beradik, bwg merah, halia dan bwg putih yg telah diblend...setelah wangi masukkan kurma yg diblend tadi dan serbuk cili..dah pecah minyak..masukkan ayam yg telah digoreng separuh masak,..biarkan hingga masak dan rasakan dgn garam dan gula.
13). Buat sambal ayam..blend skali dengan cili kering, halia, bwg merah, bwg putih.
14). Cengkodox kurma - sama je mcm jemput2 pisang, cuma kurma tu buang biji, gunting & blend je. Masukkan sedikit yis & gula pasir, garam secubit dlm tepung then goreng bulat2 mcm goreng cekodok.
15). Blend, masukkan dlm kuah mee.
16). Puding roti kurma bersos kastard kurma. Rendam dlm air dulu buang kulit baru blend.
17). Sambal belacan buah kurma. Kurma sbg pengganti gula.
18). Tart gulung inti kurma sbg pengganti nenas.
19). Buah kurma basuh dan buang biji, potong kecik2, tepung beras, santan, garam sukatan mcm kepala tepung talam tapi biar dia lembut sikit.. masukkan ke dlm loyang taburkan kurma, kukus sampai masak.
20). Ongol2 Kurma Kukus :-
Kurma buang biji
Susun dlm loyang
Santan pekat + tepung jagung sikit je +
garam gaul sebati
Tuang dlm loyang
Kukus dim 10-15 minit
Siap.
Selamat Mencuba.
Wah, cadangan-cadangan yang menarikla, tak terfikir pulak saya nak buat mcm ni..betul jg ni, daripada simpan je makan sikit tah2 akhirnya buang, baik gunakan dengan cara-cara mcm ni.....
ReplyDeletebila dah tak puasa... jd malas makan kurma. hehehe
ReplyDeleteWahhh idea yang bernas.
ReplyDeleteKat 🏡 ada 2 kotak lagi, boleh cubalah pagi esok untuk sarapan.
Oh dahulu emak pernah buat tart kurma. Hehe ada gulai daging kurma yang unik.
ReplyDeleteTak sangka kurma boleh dipelbagaikan. So far saya blend dengan susu, cara lain boleh cuba next time, good idea.
ReplyDelete