Assalamualaikum uollz!.
Lampu bilik bagai tak ingin bekerjasama, sejak siang tadi menunjukkan tanda2 ajalnya semakin hampir. Malap2 macam nak terbakar gayanya. Mungkin nak sabotaj ai yg tgh menggembirakan hati kot. Hihi.
Tetiba berkobar2 pulak meng'recycle barang selepas terjoin geng DIY. Nyesal pulak terjoin.. sebab lelawo mereka share, lari dari philosophy "minimalist" yg telah ai amal selama ni sebab rasa terhasut nak buat semua.. (Just kidding).
Minimalist tak minimalist.. ada brg yg kita rasa sesuai, elok la simpan dulu. Set tembaga ni Ain beli untuk Arabian Nite Event tahun2 sebelum kobit.. Mamanya lah yg selamatkan sbb dia dah nak buang. Chandelier cristal kesayangan ai pun dia nak buang juga. Owh!!. Kids nowadays!. Tak pe.. Mama ampunkan..
Sebenarnya geng DIY buat frame bunga dgn kertas bungkus nasi lemak (jika di Msia). I'm sure you guys know what I mean.. kertas yg coklat2 tu. Mereka tampal dgn bunga2 pink dan lukis gambar pasu.. nampak la cantik dipandang antara kombinasi bunga pink dan background coklat dari kertas tersebut.
Tapi bila ai buat.. rasa mcm hodoh pulak, tak jadi lah nak tampal kat dinding. So, kita buat je lah alas teko ni. Let's see tommorow bila matahari dah muncul. Maklum la buat kerja dlm kepekatan malam sekadar berteman lampu sisi yg remang2..
Antara gambar yg mereka share. Cute juga senduk2 tu.
Kesimpulan
Konsep pun me'recycle... jadi ai kena pastikan ianya tak perlukan kos yg terlalu tinggi. Trend sekarang orang recycle benang2 jut jadi pelbagai bentuk dekorasi. Kalau zmn mak nenek senang la didapat guni2 beras yg cantik2. Tapi zaman skg, kalau sampai membeli, ianya dah lari dari niat asal "recycle".
Ok dah siang..
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.