Tuesday, June 8, 2021

Cast Iron Skillet dan cara "season"

Claypot aritu terlalu kecik untuk menampung masakan kami yg adakala banyak.  Jadi terpaksa la  beli pan yg lain.   Try cast iron skillet plak.    

Sebelum digunakan ia perlu di"season" dulu.  Begitu juga untuk kuali "wok".    So.. ai nak tido dulu lah puan2.. kot mana tau bangun2 esok ia ter"season" dengan sendirinya.   

Oh ye.. sebelum beradu, saja ai nak cerita, dikhabarkan kawan ai  semakin pulih dari kobit setelah berminggu kami semua risaukannya sebab agak kritikal 50:50 di ICU.  Moga terus sembuh seperti sediakala. Tidak lah ai berhak untuk memperincikan biodata beliau.. sekadar info untuk motivasi bersama.   Sesungguhnya masih ada harapan untuk yg berdoa.  






How to season a brand new cast iron skillet??.

Ok kita ikut step2 berikut ye...


1).  Unboxing.

2).  Simpan resit dan warranty card jika ada.

3).  Tanggalkan tag.

4).  Cuci dgn air  guna span hingga bersih.  

5).  Lap dgn paper towel.

6).  Panaskan atas stove atau oven.   Ai  guna stove je lah senang... 





7).  Tutup api. Bila oven telah sejuk.  Letak cast iron atas meja yg berlapik tea towel bersih atau apa2 saja.. as long sbg alas kerja.  Oles dgn minyak menggunakan tisu ke seluruh permukaan cast iron.

8).  Cast iron sedia disimpan dan digunakan.


If you have the time and the patience, seasoning and maintaining your skillet will really pay you back in spades, inshaallah.. 


Kesilapan2 yg tidak harus dilakukan semasa dan selepas seasoning :-

1).  Menunggang terbalikkan cast iron dlm oven ketika process sdg berjalan.

2).  Guna terlalu byk minyak.

3).  Mengalihkan cast iron dari oven dan membiarkan sejuk melalui udara luar instead of tutup je oven dan biarkan ia sejuk secara perlahan2.

4). Memasak bhn2 berasid contohnya tomato etc sebaik cast iron baru saja diseason.

5).  Membiarkan cast iron terendam dlm sinki.

6).  Menindihkan peralatan lain ke atas cast iron semasa penstoran.


Sekian.   Moga bermanfaat.




2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.