Monday, August 30, 2021

Saat Isterimu Meninggal

Indah penulisan ini, entah milik siapa lantas ai alih bahasa ke BM sepenuhnya dan repair memana yg patut untuk renungan para suami2 di luar sana..  (tapi bukan untuk my hubby ye sebab ai bukan kaki shopping on line, after all ai pun belum meninggal lagi.. hihi).





SAAT ISTERIMU MENINGGAL..

Kau terjumpa diary lamanya, kau baca keluh kesahnya dan cerita seharian yang ia tulis di sana... lalu kau membayangkan apa yang  ia alami di hari itu. 


Kau terjumpa hand phonenya, kau melungsuri status2 sindiran di sosial medianya... tanpa bisa bertanya lagi itu untuk siapa?.   Apakah untuk dirimu?.


Kau buka aplikasi shopping on line miliknya. Kau melihat rentetan barang yang memenuhi keranjangnya.  Berharap kau diberi kesempatan lagi untuk bisa membelikan barang impiannya.


Lantas kau pun termenung sendirian. Tak ada lagi bebelan rutin dari mulutnya. Tak ada lagi hidangan dengan rasa yang sama sesuai racikan air tangannya.


Air mata jatuh di kelopak matamu. Kau kehilangan separuh jiwamu. Kehilangan sebahagian dari hidupmu.


Berpikir... andai tahu akan sesingkat ini, pasti kau akan  bermati matian membahagiakan dirinya sebelum rohnya dijemput Ilahi.


Maka, jaga selagi ada, bahagiakannya selagi bersama, jangan nanti telah hilang baru tersedar.





Lukisan ai hari ini bertajuk :.  Mummy.


P/s:.     Tapi kalau ai yg meninggal... hanya redha dan kemaafan dari suami yg ai perlukan.







Saturday, August 28, 2021

Corelle 2014

Eh!.  Terjumpa pic ni. Corelle Aeon Tebrau 2014.    Rajin lah pulak masa ni  skodeng pinggan mangkuk.  Ok kita up semula ye sebagai penceria suasana, fikiran dah letih dengan pelbagai negative vibes in the morning kes2 orang meninggal, kita cari penawar plak lah.  

Sapa ada koleksi ni?.  Angkat keyboard.






Btw... I am no longer a collector of anything in this world tho.  Less is more.  Yang ada pun dah pening mikir nak letak, walaupun tak la sebanyak mana. Mujur lah My MIL baik hati tolong simpankan mana2 yg ditinggal kat Msia.   Bukan design yg ni.. ada lain, kaler hijau.



Friday, August 27, 2021

Smile..

Jumaat..   jom banyakkan berselawat.

Lukisan ai hari ni bertajuk... Smile.

Smile... coz we don't know what tommorow will bring.     



Bersyukurlah jika hidupmu selalu mendapat 'perhatian Allah'.   Diuji dengan pelbagai2 rempah ratus, onak duri.  Itu tandanya Allah ingin meningkatkan martabatmu.    Alhamdulillah.     







Thursday, August 26, 2021

Tip kelihatan "classy" dan menyenangkan orang lain...

 Assalamualaikum w.b.t...





Tak susah sebenarnya untuk kelihatan classy.   Satu je cara... tinggikan empathy.  If you can't be a pencil to write someone's happiness, then try to be a nice eraser to remove their sadness.  Orang tu mungkin dah "move on", usah lah diberat2kan lagi fikiran mereka.  Ingat semula konsep tiga hari.


GAMBAR TIADA KAITAN DENGAN TAJUK.. cuma kebetulan je terselfie.


Happy akhirnya terpakai juga hasil crochet summer yg lepas.   Skg kalau nak buat lagi macam ni.. mungkin dlm mimpi je lah.   Mood crochet dah ke laut.


Sunday, August 22, 2021

Lukisan 1 Juta Dollarss..😆

Melukis sambil diiringi Al Fatihah untuk allayarham guru lukisan kami, Cikgu Uyob Ismail.   Seorang guru yg sangat baik dan jujur.    Kalau tak kerana mengikut nasihatnya ambik subjek Pendidikan Islam masa SRP mungkin result ai lebih teruk agaknya ketika itu sebab melukis kena penghayatan yg lebih.     (Masa tu dilema antara 2 pilihan, Pendidikan Agama atau Lukisan).



Anak3 terperanjat pulak dengan hasil yg tak seberapa ini!.   Nampak sangat  Mama mereka tak pernah buat painting sepanjang mereka dilahir dan dibesarkan.  Sekadar sketch2 tu ada lah.    So mahal harga lukisan ini ye.. sebab Mama jarang melukis.  1 juta dollarsss.   Hahahahaha.





Dulu masa mereka kecik, setiap yg mama sketch adalah umpama doa2... dan kebetulan je mungkin malaikat tgh lalu dan sama2 aminkan (alhamdulillah) dan banyak yg ditunaikan.   Sebab tu lah takut nak lukis yg pelik2.  Hihi..


p/s.  :.   Sekarang mungkin belum 1 juta dollarsss lagi..  tapi tunggu la  anak3 Mama jadi one important person in the world.  Mesti ibunya pun dapat tempiasnya.  Hihi.. ok bye.   Happy weekend.





Friday, August 20, 2021

Kisah Batuk Di Mekah

Assalamualaikum w.b.t..

"Tempat2 (di Malaysia) dibuka kerana ekonomi, bukan kerana ia selamat (Covid 19).". 

Ai faham anda semua dah rindu untuk dine in serta sopim mopim.  Siapalah ai untuk menghalangnya dah lah hanya  seorang perantau (Australia) yg tidak pernah melalui keperitan itu (PKP yg berpanjangan).  Tapi harapnya jaga lah diri ye.   

Muncul balik gambar haji ni, masa ni ai diserang demam dan batuk akibat kecuaian sendiri.   In fact, hampir semua jemaah batuk2 pun.. cuma sebenarnya boleh je dicegah kalau 'rajin' dan kena caranya.  (Tapi ini sekadar  batuk.. bukan covid ye, saja imbas semula kenangan.)



Ketika tu, bila diberitahu ada taklimat lagi di hotel rasa lega. Sangkakan mereka akan membiarkan kami terkontang kanting dan berpandukan pengalaman umrah terdahulu semata2.  Maklum la keciciran kursus haji di tanahair, so hal itu sgt membantu.

Di sebuah bilik berhawa dingin,   hamparan permaidani, kami bersimpuh di lantai menghadap ucapan para mutawif bertauliah.

Batuk berirama telah berlaku di kalangan jemaah.  Kesan2 ribut pasir atau memang takdir mereka nak batuk.  Ai yg ketika itu dgn secawan air zam-zam membiarkan ianya di lantai tanpa berpenutup.   Tetiba ada sorang jemaah sebelah ai terbatuk sgt kuat, mungkin terplanting kot partikel2 droplet tu.   Demi menjaga hatinya ai minum je air yg berbaki.  Hihi.   




Balik bilik.. tekak mula perit.   Maka bermulalah episod batuk tersebut hingga berpanjangan.  Bertawakal tak kena cara.    Moga ada sesuatu yg dipelajari dari kisah ini... kalau rasa tak sedap hati nak dine in lagi, take away je lah uollz.

  

Belajar Dari Sekeliling

Assalamualaikum w.b.t..

Happy tengok wassap status kawan2 meriah dengan aneka menu bubur lambuk  sbg tradisi menyambut hari asyura nun di Malaya.   Berbalas menu dgn adik beradik dan jiran tetangga.  Moga menjadi asbab bertambah kuatnya tali silaturahmi dan silaturrahim anda semua.   Aamiin.

Whereas, ai yg diserang mood "m" semalam, dapat masak yg simple tu pun dah bersyukur.  Akibat terlampau simple sampai malas nak snap.☺.    



Tapi upload jugak lah sambal epal si Ain ni sebagai menghargai usahanya.   Ai tanya dia, macam mana boleh tiru resepi Kak Mira (anak sedara ai) bulat2 sedangkan Mama tak pernah ajar pun.

"Kak Mira pernah buat lah depan Ain masa umur 5 tahun...".  balasnya.

Aikkk!.   Cerita 5 tahun pun boleh ingat.  Haha.  Ya lah muda lagi.  Tapi itu lah kesimpulannya.. anak3 belajar sesuatu melalui pemerhatian di sekelilingnya.  

Teringat seorang kakak ni... buat majlis kawin simple je.   Baju pun buat sendiri.   Make up pun sendiri.   Then ai tanya.. 

"Wah!.  Make up sendiri ke Kak?.  Biar betul?."

"Ya la..  Akak belajar dengan Sam masa kita serumah.. ". Jawabnya yakin.

Terkejut ai!!. Sebab ai sendiri pun lupa kejadian itu.. pastu ai pun bukannya pandai bermake up sangat.  Pegi opis pun simple.  Harapnya beliau jelita lah hendaknya di majlis itu untuk suami tercinta hasil "tersilap menuntut ilmu dari orang yg salah".  Hihi..




Begitu la kisah2 orang yg belajar melalui pemerhatian semata2. Termasuk kawan ai penjual kuih akibat sering ternampak osmet kami buat kuih di zaman muda mudi.  Zaman dulu tak de YouTube macam sekarang.  Moga dengan kecanggihan teknologi yg semakin berkembang masa kini, memberi lebih banyak peluang kepada anda semua untuk mengembangbiakkan lagi bakat2 terpendam yg telah Allah anugerahkan kepada anda.

Ai quote jap apa yg ai terbaca semalam..

"Everybody is gifted for something, but the winning edge comes from our ability to work on our gifts and bless the world with it. The very best way to develop yourself is in the direction of your natural talents and interest. In order to live a fulfilled and impactful life, we need to work harder on our gift than our job. We need to discover our gift, develop it, and sell it. Don't bury your TALENT with your certificates."

Jangan kebumikan bakat semulajadi dalam diri anda dengan sijil atau degree yg telah anda ada. Setuju tak setuju?.  Maksudnya fokus pada bakat.   


Tuesday, August 17, 2021

Delete Post2 Bawang

Assalamualaikum w.b.t..

Rasa macam dah banyak yang ai delete atau dah set as "draft".   Tapi sekiranya teman2 blogger terjumpa post2 ai yang ada unsur2 bawang atau menyakiti hati orang lain, sudi-sudikan lah komen di sana ye.   Selalunya dgn komen2 anda di entry2 lama tu, ai akan view balik entri tersebut dan buat "audit".  

Nota :.    Tapi selalunya pun ai tulis tak sebut nama, sekadar entri luahan perasaan je.. di zaman2 belum matang.  


Dunia pun macam dah nak sampai ke penghujung.   Kalau boleh... ai nak pergi dgn aman damai, tak banyak hisab di akhirat.   

Bila dipikir masalah donia boleh jadi insomnia.  Jadi selalunya ai akan twist dengan meng'calculate' rahmat2 yang ada.  Contohnya macam hadiah2 yg kawan2 bagi.



Semalam dapat telekung dari kawan ai kat Perth ni. Thank you!.  InshaAllah nanti ai rasmikan ye.  Since beliau ni dah lebih dulu kehilangan ibu maka nasihat2nya sangat lah bernas sekali.   

Paling dicemburui ialah.. sempat mengajar syahadah untuk arwah ibu mertuanya juga sebelum meninggal walaupun mulanya her MIL bukan seiman.  Ko ado?.  Hihi..  Rare kan?.  Rezeki mentua beliau lah tu... dapat menantu mithali.  Moga kelak berkumpul semula mentua menantu di Syurga.  Aamiin.

Begitu juga nasihat2 teman2 blogger yg meninggalkan komen di sini contohnya Umi Alya yg lebih awal hilang emak. Thanks.



Rakan2 Aussie  buatkan kenduri solat ghaib untuk arwah bonda kami aritu di rumah mereka.   Lepas kenduri, hati macam lebih lapang nampaknya.   Mungkin ada doa2 mereka yg telah Allah angkat ke langit kot.



Moga kita tergolong sbg orang2 yg redho.. dan kawan2 di sini antara yg dpt memberi "syafaat" kepada kita semua andai lebih dulu memasuki pintu Syurga.   Aamiin..

Teringat Ustaz2 berseloroh tentang keadaan penghuni2 Syurga..

"Eh!.   Mana kawan kita yg sama2 ta'lim di dunia.?.   Mana Sam?.".

"Mana kawan blogger kita yg nama Sam tu?".  Then bergegas cari.  Ha gitchew.   Ok bye.



Friday, August 13, 2021

Damailah Kau Di Sana Mak

Assalamualaikum w.b.t..

Terima kasih atas semua ucapan takziah dan doa2 untuk arwah ibu saya.   Mulanya saya berkira2  kepergian bonda menjadi titik henti untuk saya mencoret lagi di blog ini (entah kenapa ingin membuat keputusan itu).. tetapi tetiba teringat, the main mission of this blog (as what you can see in our right hand side).  "Jika ada sedikit pahala dari blog ini, saya sedekahkan utk kedua ibu bapa saya yg saya sayangi".  So saya lupakan hasrat itu.

Islam itu indah.. teringat satu pesanan Kakak saya... "Jika menziarahi keluarga orang yg meninggal.. jgn lebih dari 3 hari..".  (Maksudnya supaya family tersebut tak teringat2 lagi).




Ternyata benar, setelah tiga hari (hari ini),  perlahan2 Allah berikan kekuatan, bermaksud proses2 kesedihan itu beransur "reda" setelah 3 hari...walaupun tidaklah secemerlang mana, tetapi tidak seteruk semalam.   Alhamdulillah..

"It's ok if you cry Ma.. that's a sign that you love 'nenek'".    Pujuk Cik Q.

"Mama kan masih ada org2 yg sayangkan Mama.. ada Cik M, Cik B....  dan.... " (sekadar menyebut beberapa nama my siblings).

Betul juga pujukan2 my kids tu..  Pakcik kami tentu lagi sedih... dah hilang kakak (my mom), now sebatang kara.. dulu mereka lah adik beradik terbahagia, selalu kunjung mengunjung.. rumah pulak dekat2, heaven sungguh mereka.  Bukan macam kami ni terpisah2 benua.




Sebagai menghibur2kan hati... saya ulang2 baca satu hadith ini.. kerana semalam kakak text, beliau lega arwah Mak berpeluh2 di dahi (same goes to my late dad long years ago), hingga Abang pun nampak sampai ke surau.. padahal hujan.  Hujan seketika pastu berhenti.


"Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya. - [HR al-Tirmidzi 982]."


Maksudnya tanda bergelut dgn rohnya sbg pengampunan atas dosa2 di dunia.    Aamiin..

Urusan pengkebumian juga Allah permudahkan.. proses cepat dan pantas.

Nasihat hubby juga memberi sedikit kekuatan..

"Tak mo sedih lagi...Mak pegi sbg muslim, lain lah kalau macam.. &$###*. .. Maknya tak sempat masuk Islam.... ".

Oh. Betul juga tu kan?.    Kita harus husnuzon.  Biarlah Mak pergi dengan aman.  Anggap lah Mak sedang bersuka ria dgn "Arwah Boss" (panggilan kami utk ayah) di Taman2 Syurga setelah terlalu lama Boss menunggu kepulangan Mak.  Dunia pun dah kacau bilau.. terperuk PKP berpanjangan.. biarlah Mak pergi.  

Kita yg hidup ni teruskan lah berbakti untuk mereka, mohon ampun untuk mereka, sedekah atas nama mereka dan menyambung silaturrahim untuk saudara mara dan handai taulan yg pernah mereka sayangi semasa hidup di dunia.


Dikelilingi teman2 yang kaya empathy..

Mungkin sebab Mak ni masa hidup sering berpesan pada kami.. "jiran meninggal, jgn bukak radio kuat2..".    Nampaknya Allah balas kemuliaan niatnya itu.. dah tiga hari group2 wassap saya senyap sunyi seakan "berkabung" untuk Mak.   MasyaAllah saya sgt terharu dgn empathy yg ditunjukkan.  Harapnya hari ni mereka kembali ceria dan meriah macam sebelumnya.. 'menghitung angka2 hitam' pandemic di Malaysia.    Mereka berhak untuk ceria semula.   Moga ibu2 mereka pjg umur.. cukuplah sekadar saya yg melalui peristiwa terpahit ini untuk tahun ini.   Tak mo kawan2 yg lain melaluinya.   Aamiin.


Kunjungan sahabat handai memberi "bahu" untuk
bersandar, memulih semangat yg hilang.



Sikap Mak yg harus saya teladani..

Mak tabah, tidak pernah mengeluh dgn kesusahan masa tuanya (ulang alik hospital cek mata).

Saya jauh pun Mak redho.  Selalu cakap.. "biar lah.. nak buat macam mana dah ada yg punya..". Ayat itu sangat melegakan tiap kali kami VC.

Walaupun Mak dah lupa2... tapi nostalgia haji tetap melekat di hatinya.   Mak sangat ceria bila saya nak berangkat, masa tu kami melepak lama di rumah Abang di Rengit.. terharu bila tiba2 Mak bagi saya duit, untuk jajan di Mekah dia kata. Mak cakap.. dulu dia pergi sorang, tak dengan suami, beruntung saya dapat pegi dgn IRP.

Mak... damailah kau di sana.   Moga rumahmu yg baru lebih indah, terang dan cantik.  Moga kelak kita berjumpa lagi sebagai sebuah keluarga yg bahagia di Syurga-Nya.   Aamiin Ya Robbal Alaminnn..


p/s :.   Kematian bukanlah perpisahan asalkan kita memiliki tujuan yg sama.  Kita sayang mereka, tetapi kena ingat dan mengimani bahawa Allah jauh lebih menyayanginya.


Thursday, August 12, 2021

Ibu Saya Telah Pergi

 إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون...

 

Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afiha wa'fuanha


 "Ya Allah, Kau ampunilah dosanya, berilah Rahmat-Mu, sejahterakan lah dia dan maafkanlah ia.."


"Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shaghira...." 

"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil"

Aamiin..


Asbab... SAKIT TUA..


Wednesday, August 11, 2021

Kenapa tangisi "kebahagiaan" mereka?.

Assalamualaikum w.b.t..

Saban hari ada saja berita kematian dari tanahair sehingga kadang2 ai trauma untuk membuka voice note especially dari family.  Kadang2 tak bukak hingga keluar text baru reply.  Cek2 rupa2nya bukan berita org meninggal.. kuss semangat.  

Bagaimana dengan kisah anda pula?.

Harapnya next time "mereka" lebih kreatif untuk menyampaikan berita2 sedih.   Mungkin selitkan dulu dgn hadith2 tentang syurga selepas mati dsbnya.    Atau boleh jadi dgn bahasa yg menenangkan jiwa.




Banyak yg perlu dipelajari dari persekitaran, dari kucing2 dan Peter and Jane (burung2). Ketabahan mereka melalui liku2 kehidupan tanpa insan2 tersayang.  Mereka tetap ada rezeki mereka, kebahagiaan mereka.   Ada org2  yg menyayangi mereka tanpa berbelah bahagi, iaitu Mama.




Kematian itu "malam pertama" sebuah kebahagiaan bagi roh2 orang yg beriman.   Jadi, kenapa ai perlu menangisi kebahagiaan mereka?.   Hidup di dunia pun mereka dah banyak sedih dan jadi perindu setia untuk insan2 terdahulu yg telah pergi meninggalkan mereka.  



Mari banyakkan makan buah2an


Ok la itu je.  Happy New Year. May Allah make this new year 1443 full of happiness, love, success and healings.   Aamiin.   Salah silap harap maafi.    Ingin pergi dengan tenang tanpa membawa dosa.. andai waktu dan giliran telah sampai.


Monday, August 9, 2021

Moga Syurga tempatmu

Apabila orang yang baik meninggal.. semua orang terasa, walaupun tak kenal.    Moga Syurga tempatmu Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.  

Maka.. Teruskan lah kita berbuat baik, walaupun sebesar kuman, jaga tutur kata.. kerana semua itu bakal dikenang.



Macam jiran2 ai..  selalu berbuat baik.   Tolong cabutkan rumput masa ai tak nampak. Selama ni bersih, ingatkan Tukang Kebun dah buat.. rupa2nya Gardener tengah cuti.  Patut la ada satu hari tu nampak kelibat dia kat bawah pokok.



Macam x-classmate ai ni... baiknya hati beliau hadiahkan kami tudung kayangan.. Jimmy Scarf.  Terharu sebab kami selalu bergaduh... Hahahahaha.   Ingatkan sapa lah yg bagi hadiah, puas berteka teki sampai seisi alam nama ai sebutkan pada Seller.   Seller tudung tu kawan kami, aritu tetiba PM.. minta address dan tanya nak yg mana satu.   So, dalam pada blurr dan terkejut tak tahu sapa yg nak bagi, ai pilih yg tak berawning sebab the rest yang berawning tu muka ai tak sesuai (anak yg cakap).     


Sekadar gambar hiasan


Alhamdulillah..  T.kasih ye.  Moga pahala berpanjangan.     T.kasih juga kepada abg kandung ai kat Malaysia yg tolong simpankan.     You guys memang awesome!.   

p/s. :.    Sarah..  Perjuanganmu di dunia telah pun tamat, bergembiralah kau di taman2 Syurga yg telah Allah janjikan.  InshaAllah.


Monday, August 2, 2021

Ibu Tetap Selalu Menjadi Google Bergerak Anak3

Walaupun ai tak kena menghadap PdPR seperti anda di Malaysia, tapi sebagai ibu tetap tidak boleh lari dari  menjadi  "Google Bergerak"  untuk anak3.   Well!. It's not a big deal!. Lagi ditanya lagi happy dan rasa dihargai.  Laluinya saja dgn bahagia.

Tajuk soalan essay anak ai arini ialah "Family has influence in one's academic success".  

Maka "menggoreng" lah ai bak Penglipur Lara.. biar dia dengar dan elaborate sendiri.   Kita tak mo MICROMANAGE anak3 kita.. biar sel2 otak mereka berkembang.. so, sekadar bagi point2 tak mengapa.




Of coz la Mama setuju dgn tajuk tu.   Tanpa sokongan keluarga, keadaan jadi lebih berliku, bukan lah tak boleh berjaya tapi cuma lebih mencabar.   Contohnya, baru nak sambung belajar, tetiba Mak Ayah suruh kawin pulak atau diminta bekerja membantu keluarga.

Sokongan pula bukan setakat moral support semata2 tapi juga kewangan.   Tak dop pitih, payoh ler, kang hari2 ikat perut plop.  



Teringat kawan Mama, sepulang "kem motivasi", terus gigih membeli macam2 menu untuk anak kesayangannya yg nak exam.😁😁
Sbb Fasilitator  pesan ibu kena sediakan menu yg sedap2.


Begitu juga kemudahan2 sampingan misalnya bantuan2 tambahan seperti extra tution, kursus2 dsbnya.   

Persekitaran Parents yg didampingi oleh orang2 yg "sukses" menambahkan lagi inspirasi.   Mungkin adik beradik, Makcik2, Pakcik2, jiran tetangga.  

Kesimpulannya.  Mindset ibu bapa sangat la penting kerana sesetengah orang meletakkan priority berbeza2.   Ada yg susah tapi alhamdulillah masih mampu meletakkan pendidikan anak3 sbg priority.   Mereka enggan terus terpuruk dan anak3 mengulangi sejarah yg sama spt yg pernah mereka lalui sebelumnya.

Begitulah..

"Ma... what is Antagonistic Commitee?".    Soalnya lagi..

Mama pun tertido... tak sempat jawab.  Nasib baik Joko dan Chanel cuma pandai mengiau.. kalau tidak, sampai 24 jam lah perkhidmatan "Google Bergerak" ni terpaksa berfikir.