Assalamualaikum w.b.t..
Terima kasih atas semua ucapan takziah dan doa2 untuk arwah ibu saya. Mulanya saya berkira2 kepergian bonda menjadi titik henti untuk saya mencoret lagi di blog ini (entah kenapa ingin membuat keputusan itu).. tetapi tetiba teringat, the main mission of this blog (as what you can see in our right hand side). "Jika ada sedikit pahala dari blog ini, saya sedekahkan utk kedua ibu bapa saya yg saya sayangi". So saya lupakan hasrat itu.
Islam itu indah.. teringat satu pesanan Kakak saya... "Jika menziarahi keluarga orang yg meninggal.. jgn lebih dari 3 hari..". (Maksudnya supaya family tersebut tak teringat2 lagi).
Ternyata benar, setelah tiga hari (hari ini), perlahan2 Allah berikan kekuatan, bermaksud proses2 kesedihan itu beransur "reda" setelah 3 hari...walaupun tidaklah secemerlang mana, tetapi tidak seteruk semalam. Alhamdulillah..
"It's ok if you cry Ma.. that's a sign that you love 'nenek'". Pujuk Cik Q.
"Mama kan masih ada org2 yg sayangkan Mama.. ada Cik M, Cik B.... dan.... " (sekadar menyebut beberapa nama my siblings).
Betul juga pujukan2 my kids tu.. Pakcik kami tentu lagi sedih... dah hilang kakak (my mom), now sebatang kara.. dulu mereka lah adik beradik terbahagia, selalu kunjung mengunjung.. rumah pulak dekat2, heaven sungguh mereka. Bukan macam kami ni terpisah2 benua.
Sebagai menghibur2kan hati... saya ulang2 baca satu hadith ini.. kerana semalam kakak text, beliau lega arwah Mak berpeluh2 di dahi (same goes to my late dad long years ago), hingga Abang pun nampak sampai ke surau.. padahal hujan. Hujan seketika pastu berhenti.
"Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya. - [HR al-Tirmidzi 982]."
Maksudnya tanda bergelut dgn rohnya sbg pengampunan atas dosa2 di dunia. Aamiin..
Urusan pengkebumian juga Allah permudahkan.. proses cepat dan pantas.
Nasihat hubby juga memberi sedikit kekuatan..
"Tak mo sedih lagi...Mak pegi sbg muslim, lain lah kalau macam.. &$###*. .. Maknya tak sempat masuk Islam.... ".
Oh. Betul juga tu kan?. Kita harus husnuzon. Biarlah Mak pergi dengan aman. Anggap lah Mak sedang bersuka ria dgn "Arwah Boss" (panggilan kami utk ayah) di Taman2 Syurga setelah terlalu lama Boss menunggu kepulangan Mak. Dunia pun dah kacau bilau.. terperuk PKP berpanjangan.. biarlah Mak pergi.
Kita yg hidup ni teruskan lah berbakti untuk mereka, mohon ampun untuk mereka, sedekah atas nama mereka dan menyambung silaturrahim untuk saudara mara dan handai taulan yg pernah mereka sayangi semasa hidup di dunia.
Dikelilingi teman2 yang kaya empathy..
Mungkin sebab Mak ni masa hidup sering berpesan pada kami.. "jiran meninggal, jgn bukak radio kuat2..". Nampaknya Allah balas kemuliaan niatnya itu.. dah tiga hari group2 wassap saya senyap sunyi seakan "berkabung" untuk Mak. MasyaAllah saya sgt terharu dgn empathy yg ditunjukkan. Harapnya hari ni mereka kembali ceria dan meriah macam sebelumnya.. 'menghitung angka2 hitam' pandemic di Malaysia. Mereka berhak untuk ceria semula. Moga ibu2 mereka pjg umur.. cukuplah sekadar saya yg melalui peristiwa terpahit ini untuk tahun ini. Tak mo kawan2 yg lain melaluinya. Aamiin.
Sikap Mak yg harus saya teladani..
Mak tabah, tidak pernah mengeluh dgn kesusahan masa tuanya (ulang alik hospital cek mata).
Saya jauh pun Mak redho. Selalu cakap.. "biar lah.. nak buat macam mana dah ada yg punya..". Ayat itu sangat melegakan tiap kali kami VC.
Walaupun Mak dah lupa2... tapi nostalgia haji tetap melekat di hatinya. Mak sangat ceria bila saya nak berangkat, masa tu kami melepak lama di rumah Abang di Rengit.. terharu bila tiba2 Mak bagi saya duit, untuk jajan di Mekah dia kata. Mak cakap.. dulu dia pergi sorang, tak dengan suami, beruntung saya dapat pegi dgn IRP.
Mak... damailah kau di sana. Moga rumahmu yg baru lebih indah, terang dan cantik. Moga kelak kita berjumpa lagi sebagai sebuah keluarga yg bahagia di Syurga-Nya. Aamiin Ya Robbal Alaminnn..
p/s :. Kematian bukanlah perpisahan asalkan kita memiliki tujuan yg sama. Kita sayang mereka, tetapi kena ingat dan mengimani bahawa Allah jauh lebih menyayanginya.
Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga. Amin.
ReplyDeleteFaham perasaan tu, ambil masa untuk ubati.
ReplyDeleteBaru semalam 2 beradik beecerita mengenai atuk dan nenek, si kakak bercerita, dia sempat mengenali atuk sebelah abah, lain2 tak sempat.
Si adik pula menyampuk "Alya langsung tiada atuk dan nenek.."
Maklumlah kedua2 belah pihak telah tiada lebih 20 tahun lepas, tinggallah kami adik beradik saling bertanya khabar dari kejauhan...
Takziah. Moga diberi ketabahan buat keluarga semua. Moga arwah berada dalam kalangan orang - orang yang beriman.
ReplyDelete