Bipolar weather kata anak ai. Wuishhh budak ni. Kreatif sungguh buat vocab sendiri. Now memang cuaca tgh tak menentu. Belum waktu utk menyimpan jaket2 kerana masih diperlukan lagi bulan ini.
Tgh mikir, pokok apa nak tanam tepian kolam. Sejak ai clearkan pokok2 keledek akibat beluncas aritu, anak3 kucing ai addicted pulak dgn aktiviti out door. Pandai demand, tak suka semak samun budak2 ni rupa2nya ye. Kadang pukul 1 pagi ketuk2 pintu utama, tanda Chanel adik Joko minta bukakan pintu utk bermain kat luar. Mana boleh keluar malam.
Entah kan lada atau rumput, penat tanya Pak Google, tiada jawapan. So, ai tak akan cabut selagi mana waktu tak membuktikan kesalahannya.
Seingatnya ai semai pohon strawberry aritu.. tapi bila membesar macam lain je?. 🤭 So, ini pun ai akan biarkan di situ.. hingga masa merubah segalanya.
'Pak Guard' yang setia menunggu di situ siang malam. Di bawah pohon kemboja yg blom berbunga. Gardener baru pangkas aritu. Now di luar tgh musim cherry blossom.. so kemboja tunggu giliran.
Siapa kata 'rumput' tak cantik?. Cuba tengok pohon2 kuning kat tepian jalan ni.
Cuma, ada sejenis pohon kuning yg dibimbangi beracun yg dipanggil pohon yolk. Tapi selagi mana di rumah anda tak de budak kecik, itu bukan masalah yg harus diserabutkan.
Pandai tu guna vocab, cuaca tak menentu, kena google anak pokok strawberry ke rumput. Pernah beli pokok strawberry, hayat tak panjang. Ingat-ingat lupa bentuk daunnya.. Cantik permandangan sana.
ReplyDeleteAduh lewat pagi betul Chanel minta keluar. Terbantut hendak tidur.
ReplyDelete