Thursday, October 21, 2021

Beli Mesin Jahit Mini je!

Assalamualaikum dan selamat bermalam Jumaat everyone!.


I'm pretty excited with my new toy, guyssss!!. Mini sewing machine. Sapa pernah beli mesin comel ni?. 


Mesin jahit yg terdahulu masih ai simpan lagi walaupun dah arwah (perlu diperbaiki) tapi kos repair lebih mahal dari harga mesin itu sendiri.  Maka biar lah dia duduk dlm "muzium" sebagai mengenangkan jasa2nya yg telah  membahagiakan ai di sepanjang mula2 sampai di bumi Australia ini.


Sbg ganti, sengaja beli mesin yg cenonet ini sebab takut kurang istiqamah, maklum saja hobi ai dah bercabang2 sejak pandemic melanda ni.  (Syukur sebenarnya dari tak de hobi langsung). Nak minimize ruang juga adalah alasan utama, kalau mesin besar gedabak mcm dulu asik tersepak2 bila nak lalu lalang.  Beli mini ni letak kat side table pun muat dah.







Tip  pengunaan :-

1).   Sebelum kita mula menjahit dan menekan pedal kaki, pastikan kita biarkan dulu jarum itu telah membuat at least 2 tusukan ke kain secara manual dgn memusingkan tombol di kanan. (Pix bawah).  Then baru lah mula menjahit, jika tidak benang akan lari2, putus dan anda akan menangis serta menyalahkan mesin ini tak berbaloi.

Cara isi benang pada bobbin - hanya perlu putarkan punat (tekan pada tombol tersebut nanti punat akan keluar) dan letakkan bobbin di situ. 




2).   Perlukan kesabaran yg tinggi.   Jahit la secara lambat pun tak pe, asalkan benang tak putus.  Dah nama pun mini kan.. tak kan nak samakan dgn mesin jahit industry.  Sambil2 tu anda teruskan berzikir dan berselawat dlm kesabaran.


Jika stuck semacam, mungkin benang tersekat di bahagian bertanda merah itu akibat kita menjahit terlampau laju.  Juga penyebab benang terputus2.   Tombol purple juga jgn gatal2 utk diusik kerana masalah2 akan berbangkit melainkan kita arif akan fungsinya.



Dlm package dibekalkan juga beberapa bobbin yg telah lengkap berbenang berwarna warni.   Termasuklah "mahluk" di bawah ini.  



Walaupun kecik tapi ini paling berguna dlm episod mini sewing machine ini.   Berbahagia la bondaku di alam sana (eh tetiba).  Andai zaman itu ada benda ni tidak la arwah bonda susah payah nak masukkan benang, berkaca mata bagai.   Ya Allah.. tempatkan la bonda di Syurga yg tertinggi.  Aamiin Ya Robbal Alaminnn.





Overall ok la.. sekadar untuk ada2 dari jahit guna tangan.  Buat masa ni dah pun menghasilkan sepasang baju kurung Kedah, 2 helai tudung (pix atas), sehelai skirt dan kerja2 mengalter baju anak3. (Skirt kat sini mostly terbelah2, lengan pulak kdg 3/4..  corak menarik tapi itu lah masalahnya).

Maksudnya berbaloi la jugak tu kan dgn harga mesin jahit ni yg tak sampai 100 Ringgit Malaysia pun. Sungguh pun comel dan murah tapi warranty 3 tahun.  Yg paling bestnya ialah dapat lah upcycle baju2 lama menjadi sesuatu yg bermanfaat.  


p/s.  :.     Suka gadjet yg comel2 skg ni termasuk gadget dapur.   Terasa kurang penat dlm menyelanggara dan badan pun lebih segar tak penat.    And now looking forward for a cute sling hand bag.   Kwn ai dah borong 3 hand bag rentas negeri aritu.   Hamboi3!!!!.   Comel2 belaka terasa ai nak upload je kat sini. Haha..

3 comments:

  1. Husband pernah belikan satu sewing machine sbb kilang ke warehouse ke nak tutup ntah. He bought it for only rm100. Bergunalah juga sampai saat tiba2 jarum patah dan bengkok pastu ammi tak reti nak godek.

    Dpt jahit pencil case anak buat letak pencil color yg besepah2 pun rasa mcm wowwwwwww.. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Suka medin jahit mini tapi belum ada lagi.. Pandai buat baju kedah, wah nak tengok :)

    ReplyDelete
  3. Wah memang berbaloi beli sebab guna.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.