Monday, October 11, 2021

Pengalaman Vaksin di Australia

Assalamualaikum and morning!!.

Untuk mencapai ke tahap second dose ini, ai perlu melalui tidur yang tak lena, makan tak kenyang.. tapi mandi MasyaAllah berkali2.. sebab ai suka mandi, ia penghilang stress yg paling ampuh.   Makanya kena lah kita belogkan perjalanan cerita kita ini.



Second dose ditemani my son.

Pengalaman setiap orang berbeza2 sebenarnya.   Kita tak boleh generalise'kan sesuatu perkara itu dan membuat kesimpulan sendiri... lepas tu give up dan kemurungan.


Kalau ikutkan... ai boleh saja dapat tarikh lebih awal tapi asbab fobia, ai tunda berbulan2.    Sebelum pegi, kami kena buat check up dulu dan telah disahkan sihat.  Ini adalah prosedur yg perlu kami lalui. 


Sepulang medical check up.

Cabaran2

Sehari selepas ai  booking tarikh, tetiba kawan ai pulak pujuk ai supaya tak yah vaksin (padahal beliau dah dapat first dose ketika itu dan beliau orang yg paling optimis sebelumnya).   Mesti dok terbaca yg bebukan lah tu.   Tak apa, kita hormati segala pendirian, raikan perbezaan.


Layanan di pusat vaksin terhadapnya  membuat ai traumatic berhari2.  Kisah jarum, kisah lengan yg ditepuk2 ganas.  Oh what??.   


Maybe it just a matter of "unlucky" kot.. sebab alhamdulillah situasi yg ai lalui berbeza sekali dgn apa yg telah beliau sinopsiskan itu.  PPV kami berlainan tempat.  Tiada taklimat2 yg mendebarkan seperti yg diperkatakan.. dan alhamdulillah aman damai, segalanya berjalan lancar dan sistematik meski selautan manusia menunggu tetapi sistem penggiliran dilaksanakan dgn baik dan teratur.  Deretan kerusi di kiri utk penerima dose pertama, kanan pula utk dose kedua.


Setiap kali orang2 di barisan kerusi hadapan selesai, Pegawai bertugas akan memberi arahan kepada  semua yg duduk di satu barisan kerusi belakang  bergalih duduk ke kerusi depan secara serentak, begitulah seterusnya hingga giliran kita sampai, tiada berpanas berhujan  atau penat berdiri sebab ianya di sebuah dewan yg sangat besar dan adanya sistem galih2 kerusi ini.

Nota :   BTW, kawan ai tadi berjaya juga ke second dose  and it was inspiring me to get my first jab.


First Dose

Ai pegi lebih awal, penuhkan perut dgn roti canai kat bandar.  Masa ni lah tetiba ada stranger ramah sibuk sgt nak ajak bual 'interview' macam2, sorry lah.. ai layan acuh tak acuh sbb tgh melayan stress.  Terasa macam malas nak bual dgn sesiapa ketika itu, even dgn Ain yg meneman makan tu pun, ai hanya hangguk2 bila dia cerita apa2.. prefer diam  dan terus banyakkan berDOA  spt yg kakak ai ajar.


First dose.. ditemani Ain.  

Terleka

Tetapi sampai sana, Frontliner yg bertugas bagai memahami situasi.  Untuk menghilangkan debaran, beliau ajak ai berbual2 panjang hingga ai leka dan tak sedar pun jarum tu dah mencucuk lengan.   Bee sting hurts more.

Pendek kata alhamdulillah ai dapat layanan first class, keluar bilik juga beliau iringi hingga ke tempat menunggu. (15 minit tunggu dan diberi jus, jika ok boleh balik).   Esoknya ai tengok kat cermin... taraaaaa!! eh!.   muka ai jadi makin cantik dan flawless!.  (Gurau).


Second dose

Kalau kat Malaysia, tarikh second dose dan2 tu dapat kat My Sejahtera kan?.   Kat sini ai kena book sendiri.. tapi make sure not more than 6 weeks dari dose pertama.  

Selagi namanya hamba yg kerdil, second dose pun ai masih berdebar lagi, tapi ai kuat2kan semangat.   Ai fikir, sampai bila ai nak tido tak lena, makan tak kenyang dan mandi berkali2 akibat memikirkan hal injek menginjek ni.. so.. napa ai nak nervous sgt.. sedangkan waktunya telah sampai.   Lepas pada ni, ai dah boleh fokus untuk perkara2 lain tanpa "gangguan" ini lagi.   Let's gone be by gone.  

Begitulah kisah vaksin ai.   Sekian.


6 comments:

  1. Alhamdulillah dah selesai, bagus di sana buat check up terbaharu sebelum bervaksin.debar menjadi legakann syukur..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah betul saya tangguh daftar mySejahtera. Lagipun saya pun beri peluang pada orang yang betul-betul hendak dan memerlukan. Macam saya bukan jenis hadap orang ramai macam front liners atau kerja servis khidmat pelanggan.
    Hehe saya gigil masa dos pertama. Entah betul hendak cepat dapat dos ke-2. Doakan saya hadapi dengan tenang.
    Lega ya Puan Sam sudah lepas 2 dos.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, dah selesai. semoga asbab vaksin ni kita dilindungi dgn izin Allah.
    kita just usaha nk bantu gov nk perangi covid

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah sempurna sudah C19 dose.
    semoga kita sentiasa dilindungi dari sebarang penyakit/wabak yang merbahaya

    ReplyDelete
  5. Tahniah anda telah di vaksin.

    Kalau tau ambil vaksin dia Australia boleh memflawlesskan kulit without botox, cocox... I pun nak ambik jab kat situ ahaksss

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.