Mungkin sebab kat Msia tengah musim kenduri kendara maka viral la polemik ini.
"Jangan tanya pekerjaan ketika berbual dgn orang yang baru dikenali di dalam majlis."
Setuju jugak. Betapa bahagianya hidup ini jika tak de orang ambik pot pasal personal hidup kita. Tapi soalan sebegitu tidak dapat dielakkan di mana2 majlis pun, di Malaysia mahu pun di Aussie ni. Ada kebaikan dan ada juga keburukan. Mari Miss Mirror huraikan..
Kebaikannya ialah... Siapa tahu org yg bertanya tu rupa2nya "Makhluk kiriman Allah" hasil anda bertahajud mlm2 minta Allah tunaikan hajat dapatkan kerja.... tak pasal2 anda dapat job baru atau customer baru untuk perniagaan juta2 anda itew. This is what we call as net working.
Bagi yg single. Boleh jadi rupa2nya itulah bakal Mentua. Terurai sudah simpulan teka teki yg sering anda panjatkan dlm istiharah yg kemarin.
Maka.. in my personal opinion... biar lah orang bertanya, asal bukan kita yg sibuk bertanya (hal pekerjaan mereka mahu pun suami mereka).
Cara terbaik bila jumpa orang yg baru dikenali ialah.. kita kena "kosongkan gelas" kita, anggap kita tak tahu banyak perkara dan melaluinya kita penuhkan gelas tersebut untuk menimba ilmu2 baru.
Meski terjumpa orang berlagak pun bukan bermakna kita perlu terus walk away. Melainkan kalau mereka dah tahap membawang.. seeloknya minta lah diri dgn sopan.
Sbg contoh.. di sebuah majlis.. datang seorang wanita di sebelah anda lantas dengan ramahnya bercerita.. (cerita sekadar rekaan ye).
"You know... ai baru balik London ni tau.. baju2 ai ni semua beli kat sana. Alah murah je... 5000 dollarsssssss jewwww!"
Apa kata jadikan ianya ilmu baru dgn bertanya lebih lanjut lokasi butik, hotel mana dia tinggal masa di sana, apa makanan halal yg ada.
Ha kan dah banyak ilmu yg anda boleh gali.
Pendek kata.. husnuzon je lah.. dan layan setiap karaktor itu dgn fikiran terbuka.. as long bukan dorang mintak duit kita. Bagus memanjang sillaturrahim ni. Agak2 tak serasi.. next time pilih la meja orang2 yg solehah sikit. Supaya aura2 solehah mereka tertempias pula pada kita.
Satu lagi.. umur. Ehhh itu memang sensitif bagi sesetengah org. Tapi nak wat guane kan.. dah adatnya manusia memang curiousity lebih.. apatah lagi bila kita bawa anak, disangka adik kita (ahakz.. ini contoh shj.. bukan kisah benar).. dan2 la mereka tros nak tau umur kita, kalau boleh nak tau tarikh nikah segala bagai. Terpulang kita nak jawab ke tak. Tak nak jawab.. senyum je lah.
Tapi kalau utk interview keja. Tak yah jawab umur. Kalau muda nanti dikata kurang pengalaman, kalau tua nanti dikata tak kudrat pula. Sebab tu kat sini iklan2 jawatan kosong mahu pun interview dilarang membuat limit umur. Berbeza di Malaysia kan?. Kesian kadang2 ai tengok Makcik Pakcik yg dah lanjut usia nak mintak kerja dah susah. Dah la baru kehilangan suami misalnya.. bila nak apply keja semua limit umur sekian2. Hikmahnya.. terpaksa la jadi boss sebab dah susah nak cari keja sesuai umur. Moga anda semua terus sukses!.
P/s :
Tapi kalau nak tanya secara halus and indirect boleh juga. Ya la kalau nak kepochi sgt kan?. Tip2nya ai dah cerita di entry zaman Tok Kaduk.. tiada siaran ulangan lagi.
Selagi kita boleh adapt kita layankan je. huhu
ReplyDeleteHahaha.. kannn.
DeleteSelagi tak sampai pukul kita.
Layankan je.