Innalillahiwainnailayhirojiuun. Ai baca sekali lalu je kisah artis Thailand yang meninggal, suspek difahamkan adalah kawan baik sendiri. Maka trending la ayat "Berjaga2 Dengan Best Friend" mewarnai newsfeed pesbuk.
Tidak dinafikan itu bisa terjadi tapi jangan la disebabkan itu maka habis segala kawan2 baik yang ikhlas bersahabat dengan kita, kita curigai sebagai musuh dalam selimut pulak. Tak baik bersyak wasangka. Cuma sebagai hamba-Nya yang kerdil kita berwaspada ikut akal fikiran kita, tahu batasan persahabatan dan berjaya menilai yg mana BFF dan yg mana BFFB (Best friend for benefit).
Musim2 covid begini ai tengok banyak hati2 yg fragile. Maka kalau ada jiran tetangga yg positive cobit tu.. pegi la hantar sup panas2 ke, lemon, roti dsbnya... sebelum mereka membuat spekulasi bahawa anda seorang sahabat yang....... (Sila isi tempat kosong, tak gamak ai nak tulis). Kalau tak de duit nak tolong, mungkin sekadar tanya2 khabar pun sudah memadai. Orang sakit memang mudah terasa hati.. lagi2 kalau badan tgh menggigil2 tak de apa nak dimakan sbb takde yg masakkan. Time tu kalau jiran bagi kentang rebus pun dah rasa mashed potatoes.
Tidak kurang juga ada yang minta muhasabah diri, dgn berkata.. time mereka sakit pening dahulukala, adakah si polan itu datang tolong?. Jadi sekarang mereka balas balik perkara yg sama.. Oooh gitu pulak... main balas2 rupa2nya macam berbalas pantun. Hihi.
Update :. Hasil siasatan polis mendapati kes kematian artis tersebut adalah akibat "kemalangan".
p/s. :. Istilah BFF itu memang berat. Jadi kalau takut dilambung ombak.. usah ditimang2 selalu (di puja puji).. sebab yg berhak untuk ditaksubi hanyalah Allah SWT. Insan yg paling dicintai oleh Allah adalah yg paling bermanfaat kpd org lain. Moga belog ini bermanfaat kepada anda.
Apapun muhasabah diri dahulu, adakah kita ikhlas berkawan?
ReplyDeleteApapun terima kasih ingatkan ya.