Wednesday, March 16, 2022

Persiapan Bulan Puasa

Alhamdulillah some of my kids dah start bayar puasa hari ni (bunyi macam ramai sangat anak), jadi InshaAllah ramadhan nanti mereka tak terkejut sangat.  

Aritu ada yg bertanya, bagaimana untuk mengajar anak kecil berpuasa di negara omputeh ni?.   Harapnya Allah permudahkan "saudara2 kita" itu ye Puan2.  Cuaca pun dah mula redup sekarang ni.   

Teringat masa mula2 puasa kat Aussie ni, anak ai gena gestrik.    Alhamdulillah cool pulak ai masa tu.. entah lah padahal sensorang kat sini ngadap anak sakit perut muntah2 terbaring.   Kuasa Allah semua tu.. yang memberikan perlindungan dan ketenangan kepada kita.

Year after year baru ai tahu kenapa, masa tu ai rajin bawa balik coleslaw.  Mungkin kesan2 vinegar yang terkandung di dalamnya.    Asbab lain juga adalah stress yang berlebihan di kalangan mereka akibat penyesuaian diri di rantau orang.   So, tak mo stress2 ye..  belajar memang kena bersungguh2 tapi jgn sampai stress.  




Berus periuk pun satu persiapan puasa juga tau!.  Tak dapat jenis ni bleh jadi sado tangan kita. Minggu lepas dah terbeli jenis lain sebab tak jumpa lagi yg ni.  Walaupun agak mahal AUD7.00 (RM21).




Beli lah juga koleksi stokin baru, face mask extension dan sebagainya.    Entah apa relevennya dgn bulan puasa, itu hanya Miss Mirror je yang tahu.  Haha.   Tak kan semua ingin diperincikan bukan?.   Kita bukan artis.


Selain tu... ada beberapa benda asas yang penting untuk kegunaan sahur sebagaimana berikut :-

1).  Kurma.

2).  Kicap kipas udang.

3).  Cili padi.

4).  Telur .

5).  Belacan.

6).  Ikan bilis.


Sayur-sayuran dan buah2an juga penting, tapi ni ai cerita perkara asas.  

Jika anda ada tambahan menu, sila kongsikan di ruangan komen.  Terima kasih.


3 comments:

  1. Hehe itu semua boleh masak ringkas terutama ketika sahur.
    Kalau saya ada roti ok juga.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah selesai ganti puasa. Senarai penting tu, sedap semua..

    ReplyDelete
  3. ada bawang, cili, ikan bilis..jadi dahhh

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.