Monday, May 16, 2022

Terkena EVIL EYES di malam raya, muka bertukar HODOH

Assalamualaikum and morning!!!.

Selalu cuma dengar kisah orang je pasal evil eyes ni, tetiba  terkena pada diri sendiri.   Mari kita belogkan supaya menjadi pengajaran pada anak cucu, kisah di 10 malam terakhir.  Wajah bertukar hodoh menjelang aidil fitri.  Haha 🤣.


Sedikit penjelasan tentang evil eyes (penyakit ain) yg ai dengar melalui ceramah  ialah :.   Ia tidak semestinya dari mata orang2 yang dengki tapi dari orang yang memuji sesuatu tanpa menyebut nama Allah.




Eksited sangat nak sambut  raya masa tu, tengok muka pulak dah kembali flawless (MasyaAllah).   Sebelumnya ada kesan2 pores terbuka yang sengaja ai abaikan.  By the time nak raya tetiba kinclong semula atas izin-Nya.     




Baju2 raya yang diimport (as photo above) pun dah cantik "sempurna" terletak bila digayakan depan cermin (walaupun dibelikan hanya secara talian). Kasut pun dah beli yg paling meletop kononnya.  So.. kemahen la happy nak sambut raya kan?.

Tapi.... langit tidak selalu cerah.  Orang tua kan selalu pesan.. jgn nak happy2 sangat.  Jeng jeng jeng..





Selesai berbuka, kami ke mesjid.  Pulangnya eksited la nak ngopi (cappuccino) di sebuah kedai berdekatan.  Cuaca tengah sejuk kat Perth ni.. dapat ngopi di malam hari memang heaven.   Sapa2 nak kopi free sebenarnya bleh buat kat mesjid tapi kami memilih untuk ngopi kat kedai.

Di dalam remang2 cahaya bulan, menjinjit kain telekung di tangan bersama hati berbunga girang teringat aroma kopi.. langkah tetiba layu.. seperti ditolak sesuatu.  Tahu2 muka ai dah tersembam ke batu berdarah2. Pipi memar dan terluka kerana berbenturan  dengan batu jalan. Bibir pedih.  Dan2 ai  raba2 kat mulut.. takut juga kalau2 gigi patah.  Alhamdulillah tidak.   

Innalillahiwainnailayhirojiuun...





Spek pun pecah terkena batu di permukaan jalan yg bertar.



Jemaah2 lelaki yg lalu  di situ tertanya2 napa pompuan ni tetiba tertomos?.   Ingin memberi bantuan tapi ai kata.. 

"I am ok.. all good."





Melihat diri di cermin, dengan pipi yang sompek dan bibir terjuih.. semangat raya mula pudar.  Tetapi orang2 sekeliling memberikan harapan.  Pelbagai ubat2an disuakan.  Habis segala formula dicuba dan ditepek di muka.  Dalam hati ai.. habis la muka ai cacat.  Huaaaaaaaaaaaaa!!.     







Maka bermula la rutin mendisiplinkan diri memakai semua ubat2 tu ikut jadual.   Atas izin-Nya.. ia mula mengering.    Pagi raya kecacatan itu akhirnya dapat dilindungi dengan bantuan concealer dan sentuhan make up.   Langsung tak de yg perasan di balik blink2 kebaya yg ai pakai, tersembunyi "kecacatan wajah".   Part bibir memang dah tak dapat ditolong.   Dah bengkak. Botox percuma nampaknya ni.  Sapa2 yg pernah tengok gambar ai di pagi Syawal, mungkin akan nampak perbezaan itu.  Tapi ia bukan masalah besar yang mengganggu fikiran lagi.   Now kerumping2 tu dah pun tanggal.  Alhamdulillah.


BTW.. bukan sesaja ai nak kaitkan insiden ini dengan evil eyes.. tapi ciri2 tu ada... sebab beberapa hari sebelumnya kawan ai asik cakap muka ai mulus segala bagai.   Beliau lupa untuk menyebut "MasyaAllah".   Zaman Nabi SAW pun pernah berlaku ke atas Sahl Bin Hunaif. 


Begitulah ceritanya.    Sekian.

Nota :.   Gambar2 tu memang gambar masa raya 2022 tetapi sebahagiannya tidak berkaitan dengan isi cerita ye.


2 comments:

  1. W'salam Kak Hajah.. Aduhai tak pasal-pasal pagi raya macam lepas buat pembedahan plastik.. Terasa pedih dan sakit bengkak itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ - Haha .. Betul tu. Org kata 'bibir tanduk kerbau' yg artis2 tgh trend. Tapi ni dpt percuma.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.