Berbual dengan kawan ai ni ibarat membelek 'encyclopedia'. Mungkin sebab negara yg dijelajahinya telah banyak, maka banyak pengalaman hidup dapat dikutip darinya.
Komunikasinya selalu dalam Bahasa Inggeris tapi malam tu beliau berbahasa Indonesia, so ada sedikit silap pendengaran di telinga ai ni akibat dah lama tak menonton sinetron.
Malam tu one of our friend membuat announcement anak gadisnya yang cun melecun telah disunting, jadi topik kami hari tu ialah "Pengalaman Menjadi Raja Sehari".
"Syarat di negara suami saya, setahun sebelum majlis, calon suami perlu diumumkan di koran.". Ujarnya mengimbau nostalgia silam.
Koran?. Ketika itu ai ingatkan "Quran". Oh mungkin Quran itu nanti diletakkan di mesjid dan sapa2 yang terbaca akan dapat la berita pernikahan mereka. Daku bermonolog di dalam hati sambil makan pulut durian. Yummy.
Sampai rumah baru teringat.. "Koran" itu newspaper. Oh my goodness.
Jadi maksud beliau tadi tu, tujuan nama bakal suami diumumkan di akhbar ialah sebagai 'Perakuan Bujang'. Dalam setahun jika tiada wanita2 lain yg menuntut baru la approve. BTW sekarang syarat itu tidak digunakan lagi di negara suaminya itu.
"Bakal pengantin kena puasa garam.". Sambungnya lagi.
Motif puasa garam?.
"Supaya pengantin tidak mengeluarkan peluh. Make up jadi cantik.".
Oh begitu. First time pulak ai dengar. Anda pernahkah?. Tapi zaman sekarang ni rumah kat Msia dah banyak yang berhawa dingin, peluh pun takut nak singgah lagi.
p/s. :. Teringat masa kerja HR.. antara yang kami kena siapkan ialah "Surat Akuan Bujang" untuk staff2 yang nak kahwin. Mujur la semuanya memang bujang, kalau tak..... (sila sambung sendiri).
kawen tu sonok tau cikkak, nk jaga perkawenan tu yg x brape sonoknyer., huhuhu
ReplyDeleteWak Lat - Nasihat yg berguna tu utk pasangan muda mudi.
Deleteseronok kan ada kawan2 dari negara2 luar ni. boleh tau macam2. bahasa, budaya, makanan.. mmg seronok kawin waktu muda2. nak bertahan dan mempertahankan tu yg menguji diri sikit.
ReplyDeleteAzian - Betul tu. Banyak fadhilat mengenali masyarakat global.
DeleteHa'ah.. dunia perkahwinan, sabar kena extravaganza sikit.
Pertama kali juga dengar puasa garam. Aduh kurang rasa makanan tidak bergaram.
ReplyDeleteNA - ha'ah.. tak mampu Akak!.
DeleteRela berpeluh dari tak makan garam. Hahaha.