Thursday, September 29, 2022

Sambut birthday Ain sambil menceceh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang menciptakan langit dan bumi.  

Sejenis kebahagiaan bagi seorang ibu itu ialah apabila anak kita dah jadi isteri orang, tapi kita masih diberi peluang lagi oleh-Nya untuk menyambut birthday bersama2.     Alhamdulillah.    

Ok semalam Mama belanja Ain anak yg solehah sempena birthdaynya yang ke..... ah biar lah dia sendiri yg sebut.



Kangkung goreng tauchu.


Sebenarnya bahagia itu mudah saja diperolehi bila kita ringkaskan saja konsepnya.  Kita tidak perlu mencari syarat yg rumit untuk mencapai sebuah kebahagiaan.   Pokok pangkalnya "Be content with Allah's decree." dan jangan kacau orang.


Kek Ain buat.


Hidup akan jadi mudah bila kita tak ambik pot segala benda.  Stop  making everything an issue or reacting to things we're not supposed to react at, be humble, be classy and be more thankful.  InshaAllah hidup akan selalu dalam ketenangan dan kebahagiaan.  

Eh!.  Mama menceceh topik yang tak de kena mengena dengan birthday Ain pulak ya?.  Ah tu Mama sambil2 menasihatkan anak cucu kerana ianya sangat berguna untuk perjalanan kehidupan di dunia yg fana ini.


Nota :.   Untuk tip rumahtangga pula, Ain baca la balik apa yang pernah Ain hujahkan pada Mama 10 tahun dulu.  Click here.   Tergelak2 bila Mama baca semula.   Kecik lg padahal Ain masa tu.. tapi ada je celotehnya yg menghiburkan hati mama.


2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.