Friday, October 21, 2022

Rempeyek Dicampur Gado2?. Sedap ke?

Assalamualaikum...   

Selain tudung bokitta, corn dog juga satu 'entity' yg  jarang muncul kat Perth ni.   Sebab tu bila sekali sekala nampak kelibatnya (tertulis di pintu kedai fast food yg berstatus halal di sini), bersegera la ai menarik tangan "my food friend" untuk masuk ke dalam kedai.. sapa lagi kalau bukan my son.

Walaupun tak boleh lawan Malaysian version yg gebuz lemak2 masin spt yg pernah kami makan  di Kay Ell dan Jay Bee tapi boleh la dari terpaksa buat sendiri.   

 






Then.. masuk ke kedai lain pula... Oh ye, lupa nak tulis, area kedai2 makan semua ni berlokasi di Victoria Park.   

Next is Bintang Cafe.  Sebuah restoran kecil tapi meriah.






NASI PECEL :  Selama ni ai musykil bila kawan2  kata mereka makan rempeyek bersama pecel (gado2).    Rupa2nya kombinasi itu sangat lah sepadan kerana rasanya yg masin itu menyeimbangkan kuah pecel yg manis2 pedas.   Tapi kena make sure rempeyek haruslah crunchy baru la umph.   Ini adalah kali kedua ai order Nasi Pecel di restoran tersebut sebab sesuai selera. 


Nota :.    Sebenarnya pecel dan gado2 ada lah dua menu yg berbeza dan resepi pun berbeza.  Tapi untuk memudahkan pemahaman kita sbg Malaysian ai gubahsuai.  Hihi.    Sbb Pecel kalau kita .. macam pecel terung, pecel ayam dll.  



2 comments:

  1. pecel tu bukan sayur-sayur yg dimakan bersama kuah kacang ke? makanan jawa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pecel ada 2 maksud. 1 yang sayur2an berkuah kacang tu, 1 lagi pecel ialah ayam bakar atau terung bakar dicurah santan + cili padi + cekur dan lain2.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.