Monday, May 15, 2023

Jambangan Bunga dari anak dan menantu

Mum is a blessing that no one can ever replace.

No one has loved you like her and no one ever will. Never!!!.  Her love is the purest of all.  Kasihnya pada kita tiada tarikh luput.  Tapi kasih orang lain pada kita adakala hanya tika kita berada dan tika hanya memerlukan saja..  ( Ai sebut "adakala" maksudnya tak semua orang macam tu lah kan).  




BTW.. tak semua anak bernasib baik masih ada ibu.. tapi ingatlah pesanan ai ni..

" Jangan bersedih jika tiada lagi kasih seorang ibu kerana kasih Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi kasih ibu kepada anak-anaknya."

Selama membesarkan anak2, banyak kasih sayang Allah yg tercurah. Diberi ujian adalah bentuk kasih sayang-Nya.  Dapat anak3 yg kreatif dan inovatif perlukan kesabaran yg tinggi.  Sbb tu bila anak2 wish (actually ai tak sambut pun mama's day ni), tapi kalau dorang wish peluang itu ai gunakan untuk minta maaf saja.. sebab selama membesarkan mereka mungkin Mama ada termarah, tercubit dsbnya.  

Alhamdulillah anak3 faham Mama buat semua tu untuk melindungi mereka.  Let say kalau Mama bebel tiap malam pun...at the end of the day.. gigi dorang juga yg cantik!.  Selalu juga bebelkan tak boleh itu, tak boleh ini.. ada la tu sebab2nya.  Kita dah lebih dulu makan frambozen kenari dari mereka.  Jgn2 frambozen pun mereka tak tau.

Well.. nak belek jap quote dlm boquet yang Ain dan menantu ai suprisekan pagi ni.  Terkejut Mama, ingatkan peminat mana la hantar bunga.

"Patience is not sitting and waiting, it is foreseeing. It is looking at the thorn and seeing the rose, looking at the night and seeing the day. Lovers are patient and know that the moon needs time to become full. - Rumi".


Terjemahan :-

"Sabar bukanlah duduk diam dan menunggu, ia adalah meninjau (memperhalusi). Melihat duri tapi yg terlihat adalah bunganya, melihat malam (gelap) tapi yg terlihat siangnya. Para Pencinta akan bersabar dan memahami bahawa bulan memerlukan waktu untuk menjadi penuh." - Rumi

Thanks Ain & my menantu.  Lebiuuu!.

5 comments:

  1. Frambozen itu apa eh?
    Mendalam petikan yang diberi. Alhamdulillah dapat anak ingat emaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - Frambozen kenari adalah my favourite kuih raya.. bertoppingkan almond flake + maringue. Ada lapisan blueberry jam.

      Alhamdulillah. Sy sendiri tak menyangka anak2 akan hantarkan suprise. May Allah bless them. Aamiin.

      Delete
  2. Someone Sometimes with visits your blog regularly and recommended it in my experience to read as well. The way of writing is excellent and also the content is top-notch. Thanks for that insight you provide the readers!AI Agents

    ReplyDelete
  3. Bestnya....SA x pernah dapat jambangan bunga...hahahaha...tapi alhamdulillah SA dapat jam tangan sempena mothers day dari En Tunang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - hamboii bestnyaa. Pandai tunang SA mengambil hati bakal ibu pada anak2nya.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.