Baru nak eksen dan membuktikan pada Encik Suami bahawa seorang Blogger mampu memberikan fakta dengan terperinci sebab kita ada 'Jurnal'. Segala penceritaan ada bukti bergambar yang sahih dan jitu.
Tapi niat nak eksen tak berhasil bila mana godeh punya godeh dari malam tadi tak jumpa pulak entri kedai cendol misteri tu. Entah la sama ada ai terdelete atau mungkin ai menulisnya hanya di FB atau tak menulisnya langsung.
"Kita kan makan di kedai (cendol) tu.". kata suami tanpa keraguan.
"Ya ke?. Bukan kita cuma lalu je ke kedai tu?". tanyaku sebab ingat-ingat lupa.
"Kita balik dari mana masa tu?". tanya ibu mentua pula. Ibu mentua pun menjadi saksi kejadian misteri itu, begitu juga Cik Q yang turut serta tapi masih terlalu kecil.
"Tak ingat balik dari mana. Ok tak pe.. nanti ai tengok balik kat blog." sambungku lagi dengan level confident yang tinggi.
Peristiwa itu sudah terlampau lama, malah si bujang ai pun belum kenal ABC lagi waktu tu mahu pun alif ba ta. Yang dia tahu hanya lah menjawab teka teki arwah Atok Aki yang rajin melayannya dalam kereta supaya kami semua tak mengantuk.
bila org setempat yg terkejut kata mana ada kedai situ, waduhhh mula meremanggggg huhu
ReplyDeleteAnamizu - haha.. begitu la seingatnya sebab cerita ini dah berbelas tahun berlalu.
Deleteada benda yang kita sukar percaya tetapi ia memang wujud...tiada paksaan untuk percaya kerana bukan kepentingan juga
ReplyDeleteSetuju.
DeleteHahaha... lucu pulak baca mcm terkait jugak dgn diri sendiri... itu yg bagusnya tulis blog... kalau nak refer, search je di blog... tp masalahnya kekadang post kt ig, ingat tulis di blog, ataupun upload gambar tapi rupanya masih draft... hahaha
ReplyDeleteKak Mim - Haha.. lawak kan.
Delete