Assalamualaikum guysss.
Banyak sebenarnya kejadian di bulan Ogos yg ai dah snap sampai dah nak meletop handphone cuma malas je nak mengarang ayat. Jadi hari ni ai try letopkan satu2 dengan berkongsikan resepi pecel terung ni dulu.
Macam biasa, bila dinamakan "pecel" bermakna ada proses penghangusan.. so terung dibakar bersama kulit. Boleh bakar dlm kuali tanpa minyak atau apa2 jua medium pembakar masakini yg selamat.
Bila dah sejuk, kupas kulit terung. Tapi ada sesetengah orang tak buang kulit pun.. suka hati lah janji bahagia.
Potong daun cekur - ketepikan sebentar. Cekur adalah watak utama untuk resepi ini tapi jika tak suka boleh ganti dgn daun limau purut.. cuma rasa lari sikit lah kan.
Bahan2 utk ditumbuk. Antaranya bawang merah, bawang putih dan 3 ketul cekur dan belacan.
Cili merah sebijik je cukup.
Ikan bilis dan cili padi. Tambah garam dan sedikit gula.
Hidupkan api stove. Masukkan santan diikuti bahan2 yg ditumbuk tadi. Ada orang tak didihkan pun santan tu,.. tapi ai suka versi pemanasan supaya tak cepat basi.
Begitulah kejadiannya. Sedap dimakan bersama nasi panas, ikan kering dan sambal belacan juga ulam ulaman.
nota :. Jika tak suka terung boleh ganti dgn ayam bakar atau pun pari bakar. Tidak menjadi masalah.
lauk mcm ni sedap... mkn dgn nasik putih je dh cukup
ReplyDeleteKak Mim - Kannn..
DeleteMacam lawar juga apabila baca bahan-bahannya.
ReplyDeleteNA - Betul. Bezanya lawar diperah dgn limau kasturi.
DeleteKalau NS kami panggil Lawar Terung Kak...lama x makan..kalau masak mcm ni speciality air tangan Mak Pah, sygnya Mak Pah dah x kuat dah nak masak
ReplyDeleteSA - Oh ada rupa2nya di NS. Akak belum pernah mkn lagi versi Lawar walau pun selalu asik nak melawa. Kekeke. (Just kidding).
Deletenyum.. nyum..
ReplyDelete