Thursday, February 29, 2024

Nak Tolong Kawan Cari Kerja Secretary

Assalamualaikum uollz!!

Dah habis kisah jalan-jalan Indonesia (sebab gambar dah habis 😁).  Maka kita tolong kawan saya ni cari kerja plak.. jom!.   



Maaf Kak, saya terpaksa screen shot our conversation sebagai bukti yg Akak memang sedang mencari pekerjaan.    Kot mana tahu ada rezeki dari teman2 blogger saya di sini yang perlukan PA.   Untuk info, kawan saya ni ibu tunggal, umur dlm lingkungan 50an.

Saya dah tanya juga kawan2 yg lain, tapi unfortunately kat Malaysia sana ada had umur plak lah.  Adehhh siannyaaa.   Kalau kat Aussie, adalah satu kesalahan besar jika dalam iklan ada menyebut umur, bangsa dan gender.    

Jika ada kekosongan jawatan Secretary/PA di area JB bagitau ye.   Thanks in advance.


Wednesday, February 28, 2024

Restoran VIP di Jakarta.

"I will never forget who helped me in difficult times, who put me in difficult times and who left me in difficult times."


Assalamualaikum guys..

Sessi menghabiskan gambar2 di gallery.  Memory pun dah full.   Bertabah saja lah ye.  
Jap lagi ai dah boleh delete semuanya.


First sampai malam tu kami makan di sini.



Tu la nama resto ni.  Sebutan : Rembulan. (Purnama).   Terletak di Grand Indonesia, Jakarta.







 Biar la gambar berbicara.   Penat nak menaip..😅😅.



Dapur Solo, Bandung

Saudara mara ai di Indo tanya juga.

"Pegi Jakarta nggak bilang2.".


Aduh Pak... maaf ya, semuanya last minute plan.   Moga next time dapat mengunjungi saudara mara pula.  Aamiin.


Whereas, teman-teman di Jakarta pula ramai yang tidak pulang ke "kampung", semuanya masih di Aussie.   My bestie pula jauh di Sulawesi.   Ah ya udah.. kami jalan2 shopping and makan-makan saja. 







Sedap pulak susu + ceramel ni.   








 




Ai beri 8 out of 10.   Sedap2 semua menu di resto ini.   Terletak di Ci Walk.


Java Kitchen Indonesia

Tak tau lah kenapa lebih banyak gambar makanan plak yg ai snap berbanding pemandangan.  😅.   Sebab ketika dah duduk makan la baru dapat pegang phone.   Ketika shopping (baju2 raya), memang fokus terus, tak sempat toleh kiri kanan  lagi.

Terletak di Grand Indonesia, Jakarta.   Sedap-sedap semua menu di gerai ini, especially ayam penyet.








Walau pun ini bukan first time makan cumi masin tapi pura2 terkejut plak kenapa ia masin. (Memang sifatnya masin macam telur masin).
Cumi ialah sotong ye.

Pix ni masa baru sampai.  Pix paling atas pula adalah kunjungan kali kedua ke gerai ini dan kali ni ai makan ayam penyet pula sebab terliurkan ayam penyet Cik Q di kunjungan pertama.



ABC



Nota :.  Just my personal opinion



Tuesday, February 27, 2024

Minum jamu di Jakarta

Kunjungan ke Indonesia ini nampaknya memberikan kesan yang sangat positif kepada anak-anak.   Terutamanya my son. Dalam satu skala dari satu hingga sepuluh, dia memberikan penilaian sepuluh. Kebahagiaannya terpancar jelas. Meskipun tidak sefanatik kakaknya dalam berbelanja,  Mr Big Boss menikmati perjalanan ini dengan caranya sendiri.  Menurutnya menu2 semua kena dengan seleranya.

Saya juga berasa sangat tenang di sini. Pelayanan yang ramah dan cuaca yang sejuk membuat fikiran rasa lapang. Alhamdulillah.  








Mula2 makan di kedai ini.  



Lepas tu, singgah minum jamu di Suwey Ora Jamu
yg bermaksud lama tak minum jamu.  (Eh! Mandai2 je ai translate, tapi rasanya betul kot?).




 Dah minum jamu terus badan rasa segar dan sambung makan megi goreng di kedai lain pula sebab di kedai Suwey Ora Jamu ni cuma jual singkong goreng saja.  (Tak ingat plak nama kedai ketiga tu.😅).   





Monday, February 26, 2024

Justus Steak House, Pascall Mall

Sepulang dari shopping2 di Ciwalk,  singgah pula di Pascall Mall. Thanks untuk teman kami dari Bali yang mencadangkan mall ini.  Lantas kami terjumpa steak yang sangat sedap ini di Justus Steak House.  Niat awal percutian ini sepatutnya  pegi rumah beliau di Bali, tapi dah tukar plan ke Jakarta plak.   Insha Allah next time moga dapat ke sana pulak.  Aamiin.

Walaupun ai tak order waghyu.. tapi not bad lah tenderloin steak dia ni.


 

Kawah Putih, Bandung

Assalamualaikum guys.    Bersiaran dari Jakarta!.

Alhamdulillah.   Thanks Cik Q belanja kami jenjalan.  Ma doakan moga rezeki anak Mama dilipatkali gandakan oleh-Nya.  Aamiin.

Hari kedua di sini kami ke Bandung.



Suspen naik train dari Jakarta ke Bandung.
Sebab tak pernah naik train yg laju sgt macam ni. 😁


Sewa payung 20,000.   Walaupun dah bawa 2 biji payung, tapi tak mencukupi.




"Difficult roads often lead to beautiful destinations, setelah melalui bukit bukau yg mencabar serta macet dan hujan lebat akhirnya sampai di Kawah putih ini."


Cik Q mulanya risau kami tak selesa sebab kalau kat Malaysia pun kami mengelak untuk jalan ke tanah tinggi (contohnya Cameron Highland).  Tetiba dah kat tgh jln, baru sedar, Kawah Putih ni perlu melalui semua keadaan itu, sangkakan cuma tepi2 dataran atau lembah.

  Tapi ternyata semuanya tak menghampakan.  Di atas bukit ada mussola yg menenangkan jiwa.   And it really worth it dapat melalui pengalaman ini.   Driver juga membawa kereta dgn baik dan selesa.



Ok la.. itu je nak cerita.  Bye.


Thursday, February 22, 2024

Ya Muntaqim

Kalau sudah cukup hebat untuk menyakiti orang lain, bererti sudah cukup kuat untuk menerima balasannya.





Tuhanku, aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.) kepada-Mu. Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.


 

Monday, February 19, 2024

Majlis Kahwin Di Shah Alam

Alhamdulillah dapat menghadiri majlis perkahwinan anak bestie semalam di Shah Alam.    Masa anak beliau yg sulong kawin, ai kat Aussie.   Syukur kali ni dapat pegi.
 



thanks for the door gifts.








Bukan ai je yg happy dapat jumpa kawan2 lama dalam majlis ni, hingga berat hati nak tinggalkan majlis.  Haha..  Malah Cik Q juga dapat berjumpa kawan Uni dia di sini.  Mudah-mudahan ini juga petanda keberkatan majlis ini dan kedua mempelai (Ammar dan Aida) juga akan kekal happy sampai bila2..  Aamiin.



Saturday, February 17, 2024

Random photo :. Cikgu saya.

Melihat gambar cikgu-cikgu saya di zaman dahulukala ni baru teringat, banyaknya kenangan manis di zaman persekolahan, hinggakan kalau Allah berikan keajaiban untuk memilih.. 

"Kamu ingin dilahirkan sebagai Sam atau sebagai Puteri Gunung Ledang atau Dayang Senandung.  Pilih salah satu?".

Of coz ai memilih untuk menjadi Sam.   Mati hidup balik pun nak jadi Sam... sebab best sangat  😁😁.   I love me.   Tengok pix ni baru teringat betapa banyaknya nikmat yg telah Allah berikan yg hampir dilupai.   




Pix - Credit to the owner.   



Kami start blaja ngaji guna muqadam yg ni.




Friday, February 16, 2024

Dapat hadiah tote beg.

Assalamualaikum uollz!.

Alhamdulillah dpt ole-ole beg lagi dari anak sepulang beliau dari travel. Masa diminta pilih warna,  mamanya ni tgh busy. Jadi pilih je lah kaler biru dgn anggapan ia akan match bila kita mengenakan jeans.   

Oh!. Lawa pulak rupa-rupanya bila depan2.   Thanks Cik Q.   In fact ai mulanya bukan peminat tote bag, especially yg tiada zip.  Rasa mcm takut dompet atau brg2 terkeluar dari beg.  Hihi.   Ada trust issue di situ sejak dompet kawan ai dilarikan mat gian kat depan mata.  Tapi beg yg Cik Q hadiahkan ni ai suka sgt sbb bertutup.   Pastu rasa macam kerepot pun menjauh dari muka kita bila memakainya sbb ala2 sweet mcm tu.🤪



Alhamdulillah boleh bubuh telekung juga.  Nowadays nikmat di tempat awam dah banyak yg Allah tarik balik.  Banyak shopping mall yg dah tak menyediakan telekung (mukena) macam dulu. Most probably mereka takut semakin ramai pelanggan kot, mungkin mereka dah banyak sangat duit lantas takut jadi kaya. 👻👻. 

Untuk yg rajin shopping, tote bags are a great eco-friendly alternative to plastic bags. Making the switch to tote bags is a simple yet effective way for individuals to contribute to sustainability efforts.    Pakai tote bag ni boleh mengurangkan penggunaan beg plastik.

Walaupun itu masalah bumi, tapi ai ajar anak3 untuk menitik beratkan.  Contohnya kalau nak naik lif pun, ai minta mereka tekan 1 saja lif, jangan tekan semua punat kerana ia akan membazirkan elekrik.

"Tapi.. bukan kita yg bayar (bil) pun Ma?.".  Tanya my son.

"Tak kisah la.. tapi ini sajalah sumbangan Mama utk negara dan juga dunia (global warming)."


Ha gitchew. Kekeke.

Thursday, February 15, 2024

Hikmah Anak Lahir Rapat2

Assalamualaikum guyss!.

Puan2, jika saat ini anda penat dan burn out menjaga anak2 kecilmu.   Bacalah coretan ini.

Saat si bongsu tiba-tiba muncul di dalam rahim, ketika itu si kakak belum lagi berhenti menyusu. Saya mengalami alahan teruk semasa trimester pertama. Awalnya,  agak  tertekan kerana tidak mampu bangun untuk memasak. Oh! Lupa bahawa kami ada upah "bibik", dan kini "bibik" tersebut telah menjadi Ketua Bahagian di sebuah sektor kerajaan. Pejabat untuk dia sendiri saja sudah sangat besar. Berbangga melihat kejayaannya hari ini. Siapa sangka kan dulu suka penangisan di rumah kami (penat agaknya jaga Cik Q. 😁😁) akhirnya membangun jadi insan berguna. Moral cerita ini ialah, duduk di bawah tidak semestinya selamanya di bawah. Begitu juga dengan yang di atas, tak selamanya akan di atas kerana kehidupan adalah umpama roda yang berputar.    Jangan sekali-kali sombong dan menzalimi orang lain.

Teruskan kuat dan bersabar kerana Allah mampu mengubah semuanya dgn sekelip mata.




Permusafiran kedua anakanda yg terkini.





Si Adik Jadi Mahram Ketika Musafir

Moral kedua yang ingin saya sampaikan ialah, kini kedua anak saya itu telah memasuki alam remaja. Hobi si kakak  melancong. Dalam Islam, wanita tidak dibenarkan bermusafir tanpa ditemani oleh mahram. Jika dilakukan tanpa pengawasan mahram, itu dianggap sebagai "maksiat" (nauzubillah). Setelah saya membaca tentang hal ini, saya bersyukur si bongsu dapat menjadi mahram pada si kakak ke mana pun dia pergi.  Lantas saya menyedari bahawa setiap kesukaran yang saya alami dalam membesarkan mereka memiliki hikmah tersendiri, walaupun pada mulanya agak meletihkan.  



Their latest holiday.





Sekian.  Coretan ini ditulis ketika saya tak pakai spek, salah silap harap maafi.   Tgh try contact lens.. rupa2nya tak de power utk rabun dekat plk.. hahahaha.  Redah je lah.


Wednesday, February 14, 2024

Yakin!.

Doa akan begitu ampuh jika seseorang berhusnuzon pada Allah. Ketika kita berdoa, kita harus yakin bahawa doa kita itu akan dikabulkan.


"If Allah didn't want to accept your dua, He would not have guided you to make the dua in the first place"

- Ibn Al Qayyim رحمه


Maksudnya, kalau Allah tak kabulkan, awal-awal lagi kita pun tidak akan digerakkan untuk menadah tangan kita.

Dengan menyertakan doa kepada orang lain, insha Allah doa kita  akan ampuh sebab malaikat2 akan turut mengaminkannya.   Sebab tu la, kawan2 ai kalau nak pegi ke Tanah Suci, siap2 dia buat announcement... "Sapa nak kirim doa?".    Sebab ada win-win situation.


Monday, February 12, 2024

Doa supaya terhapus takdir yg buruk

Kita tak pernah tahu seberapa kerasnya usaha org lain utk mencintai takdirnya maka jangan kita rosakkan dengan lisan kita yg tak bertanggungjawab.   Selalu kita dengar ayat ni kan?.  Well,  kalau boleh semua orang nak ditakdirkan lahir dalam perut isteri Sultan Brunei.. hihi. (Ini contoh je).   Tapi takdir yg tertulis untuknya lahir sbg anak org susah, misalnya.  Dah la susah,  sepanjang hidup penuh dengan tangisan dan hinaan.    

Tapi kan.... semalam scroll IG, muncul doa dari my favourite Ustaz, Ustaz Hannaki dari Indonesia.   Doa untuk mengubah takdir.  Entah la.  Wallahualam.  Tanya lah Ustaz.. tapi sempat lah ai salinkan kalau uollz nak.   Tak salah pun kita doa kan?.   Even kalau Allah kata, kat Syurga nanti binatang semua jadi pasir je.. ai tetap nak doa supaya Arwah Joko dimunculkan semula menjadi makhluk.. sbb time tu of coz apa2 yg kita nak je PLING!!!.  akan Allah munculkan.  

Doa Arab ai malas nak copy.. ai dictate yg BM je. (Rajin tewww Sam dictate guna shorthand.. fuyooo!!).  Sebab Ustaz baca laju sgt.  Tak terkejar kita.  By the way.. Thanks Ustaz Hanaki.  Qobiltu.

Doa.

"Ya Allah.   Seandainya Engkau mencatatkan aku termasuk orang yang celaka dan sengsara, maka hapuslah catatan itu Ya Allah.  Catatlah aku termasuk orang yang bahagia dan beruntung.   Sesungguhnya Engkau menghapus apa yang Engkau kehendaki dan menetapkan, dan di sisi-Mu lah ummul kitab.  Aamiin."


Apa2 U guys rujuk lagi Ustaz ye.  Biasa kalau kita nak dapatkan "ijazah" doa kena la sebut qobiltu pada yg mengijazahkannya, supaya lebih berkat. Tulis lah kat Youtube beliau.   ( Ai ni bukan Ustazah).    BTW, nak baca doa pun kena ada tata tertibnya supaya makbul.  Contohnya kena baca selawat dulu dan sbgnya.    Dan ingatlah.. DOA akan ampuh apabila seseorang itu berhusnuzon dgn Allah.


p/s :.   Sedangkan tu ari kawan ai doa supaya ai tak kerepot buat selama2nya pun Allah dah kabulkan.  Tengok ni.. cekang je muka ai hingga skg.   🤣🤣.   Intinya ialah.. jgn putus asa dgn rahmat Allah dan syukuri apa adanya.


Perangai ibu boleh terturun pada anak?.

"When we often think negatively, it's like holding a glass of water that isn't very heavy. But the longer we hold it, the more tired our hand becomes. Similarly with our minds, the longer we dwell on negative thoughts, the more exhausted we become, even though the issue isn't significant." (Ini topic yg ai bualkan dgn anak ai mlm td).

"Sam... napa kau cakap omputeh 😓😓?.  Aku terpaksa google translate tau baca blog kau.".   kata Puan Markonah bukan nama sebenar.  

Jadi arini.. ai translate siap2.  😁😁. 


"Bila kita selalu pikir negatif, ia ibarat kita pegang cawan yg ada air tapi tak la berat sangat pun.  Tapi makin lama dipegang, makin penat tangan kita.  Sama juga minda (otak) kita ni.. bila asik pikir negatif.. otak kita pun letih walaupun perkara tu tak la besar sgt pun.   Significant ni maksudnya macam.. "penting", "besar".   Jadi kalau isn't significant maksudnya "tak penting", "tak besar" mana pun masalah tu. Ok faham tak?.




Ai terpaksa cakap omputeh uollzzz sebab cucu2 ai omputeh. Hahahahaha.  Tapi sekarang masih kat alam roh lagi lah, belum masuk perut Mak dia lagi.   Budak masih belajar, kita bagi dia relax2 dulu, kang tak pasal nenek dia plak yg kena jaga.  Hihi..👵🏻.   But I loikeeeeee.



Ha ni nanti cucu ai..  Hahahaha.
(As U may know, ai kan mmg suka melukis.. kdg jadi doa).   Tapi arwah Atok marah anaknya ni melukis gambar makhluk.  



Malam tadi ai cakap dgn anak ai..

"Kalau boleh diputar masa, Mama nak exposekan Ain pada banyak perkara masa Ain kecik.".

Dah lama nak cakap macam ni pada Ain sebenarnya... supaya nanti bila dia ada anak, akan menyambung impian Mama ni.

Then dia reply..

"Mama..  dulu Mama paksa Ain belajar DARAB masa usia yg patutnya Ain belum boleh blaja pun.  Ain pun tak tahu napa Mama paksa blaja DARAB.. Tapi Ain blaja jugak dgn Mama."

Ya Allah!.  Mama pun lupa.  Sebab tu Mama kena blogkan semula ni.   Mungkin masa tu dia baru 4 tahun kot.   Tapi yg ai ingat, ngaji memang ai ada ajar sikit2 (sebelum dapat Ustazah dan Ustaz yg dtg ke rumah).. pastu paksa dia baca panjang2 sampai tak cukup nafas.   Hahaha.   

Dalam pada ai terasa macam tak buat banyak perkara, alhamdulillah dalam memory anak3 tersimpan perkara2 yg baik rupa-rupanya.  Syukur.

"Ain ingat dulu Mama kalau stress Mama buat donut, sampai sekarang Ain muak makan donut".  kata Ain di awal text.




Oh yang tu Mama tak lupa... sebab bukti bergambar sebagai pengumpul resepi donat yg tegar Ma dah patrikan di blog ini.

Yang peliknya skg ni habit ai tu dah terturun pada Ain, kalau stress mesti baking kek.. dia kata sampai orang kata peel dah macam nenek2.








Nota : It takes as much energy as negative thinking.   So, mari tulis perkara2 yg buat kita happy je.. contohnya testimoni dari anak3 tentang diri kita.   At least untuk muhasabah diri part mana kekurangan dan kelebihan kita supaya kita boleh decide mana yg boleh diwariskam atau dihentikan dari merebak ke 7 keturunan.   Kita tak dapat mengubah masa lalu tapi kita boleh perbaiki masa depan.


Friday, February 9, 2024

Mega Mall, Mid Valley setelah 10 tahun berlalu.

Mega Mall, Mid Valley, is a place filled with sweet memories, nestled in the heart of Kuala Lumpur. It has been a witness to the growth of our children, as we often accompanied their dad, who worked in this area, and stayed in one of the nearby hotels.

Countless nostalgic moments were crafted here. In those days, I was youthful and eager to socialize, so  this mall wasn't merely for shopping, it was a hub for gatherings, where we forged beautiful memories with loved ones.


Every nook and cranny of this mall echoes its evolution. I recall the tantalising aroma from the food court, enticing our appetites, and the vibrant energy surrounding this mall. I remember that the bookstore on the ground floor always served as our meeting place whenever we forgot the way home.





Yesterday, as we returned once more (after a couple of years), we noticed many changes, yet we were still happy to spend our evening here. For those who want to pray, there is a prayer room on the 5th floor. However, please bring your own prayer set.   








Pets Wonderland is still here, and so is the Arzu hijab store. I remember back then, buying a shawl for RM80 felt very expensive and became the talk of the town (jadi bahan gossipan). Nowadays, young people are buying hijabs for hundreds of ringgit.





Akhir kata, alhamdulillah.. walaupun 10 tahun berlalu, Allah masih beri peluang ke sini sekali lagi dalam keadaan cukup sifat.  Hihi. 


Tuesday, February 6, 2024

Kek Tapak Kuda Malaysia comot?

Kek tapak kuda Malaysia comot, tak sama dengan Brunei version?.    Terbaca status wassap seorang Ahkak Jelitawan.   Terus ai google kek tapak kuda Brunei.   Oh betul lah.. kek mereka nampak kemas.   Mungkin kerana kek ini berasal dari sana.

Tapi.. yang comot2 tu lah selalunya yg sedap.  Ai contohkan minuman2 dalam gelas lutsinar yang diberikan lelehan2 coklat di dinding gelasnya, ia lebih mengujakan pelanggan macam shaya.   Contoh :. Iced latte, ceramel boba, oyster with cheese, pisang goreng cheese.

Ada keunikan dan daya tarik tersendiri pada sesuatu menu yang tidak terlalu rapi namun penuh dengan cita rasa yang mantap.
Jika ada yg belum tahu, ini adalah ladam kuda yang dibubuh pada kaki-kaki kuda.  Jadikan ia benchmark jika ingin membuat kek tersebut.  Otherwise tukar nama jadi kek tapak gajah.  Haha.  Gurau je.. jgn marah.

Mungkin payah nak jumpa ladam kuda, so, pegi la makmal sekolah dan lihatlah magnet ladam kuda.. 😁.   Ada kot iras2.




Tahun 2021 ai masih rajin minum iced latte lagi.
Ni semua gara2 kecomotan yg dibuat (putih coklat) membuat kita teruja utk membelinya.  Zmn PKP kan tu.
(Aussie tak PKP).  Tu je la hiburan utk menghitung hari2 berlalu. 




Pelik tetapi mungkin benar :. Honey is literally processed bee vomit?.  Tapi ai tak kisah.. vomit pun vomit lah, lebah bukannya makan benda2 lain selain bunga.    


P/S :  Mungkin anda ada menu2 lain yang comot tetapi sedap, boleh kongsikan di ruangan komen untuk perkembangan minda kita bersama.  What food tastes better than it looks?