Tuesday, March 26, 2024

Iftar Di Rumah Saja Buat Karipap Genit

Assalamualaikum guyssss!.

Nampak status abang ai tadi, Ustaz Baha.   
"Mulai malam nanti kita sudah berada di malam nisfu yg kedua dan mulai disunatkan membaca bacaan qunut untuk solat witir yg rokaat terakhirnya."

By the way ini kisah sebelum iftar tadi.  Tak tahu lah apa dosa rolling pin dan cawan-cawan penyukat di rumah ini, semuanya dah dibuang oleh anak2 ai masa ketiadaan Mama aritu.   Huaaaaaa!.  Tak pe la... husnuzon.   Mungkin Allah nak ganti dgn yang lebih baik, atau Allah nak suruh ai kuburkan segala nostalgia pahit.    Ya Allah sempena malam nisfu yg kedua ini, doaku moga KAU mudahkanlah segala urusan anak4ku... moga nanti mereka hadiahkan Mama dapur emas dan gadjet2 dapur yang hebat2.... Aamiin Ya Robbal Alamin.

Tengok la... sekarang Mama buat karipap dengan "penguli legend" ni.   Sukat pun guna enamel mug je... sebab semua dah dibuang.



Actually ai suka mengelim kulit karipap, ada sesetengah orang menci dan nyampah kan?.  Tapi ai pula sebaliknya, obses nak mengelim dan happy bila keliman tu menjadi.  Tapi hari ni akibat kesuntukan masa (iftar di rumah dan masak nasi biryani juga), jadi  ai terpaksa guna pencetak.   Pencetak pun ai beli baru sebab dibuang juga.   Huhu... sabo je ler.   Bertuah punya anak.   Nak minimalis katanya.



Resepi kulit karipap yang tak muak

2 cawan tepung gandum + sedikit garam.

1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan.

1/2 cawan air sejuk dari peti ais.

Step... macam biasa, buat kolam di tengah2 tepung dan masukkan minyak panas, biarkan jadi "serbuk roti" dan tuang air sejuk sedikit demi sedikit.




4 comments:

  1. Aduh sayang barang itu masih boleh pakai.

    ReplyDelete
  2. alahai anak..mama xde kat rumah dia mengemas and buang ye..macam my dania la kak..kalau dia mengemas kena cepat2 tengok apa dia kumpul and buang...

    ReplyDelete
  3. alamakkkkk berani ya anak-anak buang tolls mama?? nak minimalis yaaa? hehehe kesian mama kena beli baru hehe..

    wahhhh cantiknya kemas kejadian karipap! nak kena cuba juga buat karipap nti hehe

    ReplyDelete
  4. Hahahahahaha, anak2 kakak seperti saya rasanya. Semua buang kalo saya lihat tak pernah dipakai nampaknya pun 😅. Makanya adik2 saya dah takuuut kalo saya mulai bersih2 rumah zaman kami masih sekolah. Krn saya pasti buang semua barang yg saya anggab sampah 🤭😄

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.