Saturday, March 23, 2024

Menu Berbuka Di Aussie.

Assalamualaikum guysss.


Dalam kebuntuan mikir menu iftar semalam, akhirnya hubby request masak lemak cili padi.  





Masak lemak memiliki pelbagai versi di dunia ini, tetapi walaupun saya orang JDT... eh! orang Australia. Ahakz!.  Tetapi biasanya, apabila membuat lomak cili api, saya lebih suka mengikut resepi negeri lain  kerana boleh menjimatkan bawang (tidak perlu meletak bawang). Cukup dengan kunyit hidup, serai, dan cili padi. Jika ingin lebih kuning, boleh tambahkan serbuk kunyit tetapi saya sengaja tak meletaknya (walaupun ada).   Sebab saya suka rempah ratus segar kecuali dah tiada pilihan.





Then bubuh nenas, jika tiada.. bubuh la belimbing buluh atau asam keping.

Jika di Malaysia, boleh la bubuh hirisan daun kunyit sebagai penyeri.   Itu ari, saya beli masak lemak udang kat bazaar di Malaysia, sedap pulak dia bubuh cendawan telinga kera. ( Yang hok itey2 tu lah).   Nanti nak cari la kat Perth ni.




Maka, itu sajalah menu iftar kami semalam di Aussie ni.   Masak lemak ikan mayong bernenas, sambal sotong dan sup ayam.   Alhamdulillah Allah berikan rezeki.





Waktu berbuka Perth semalam 6.24 petang.
Imsak 5 lebih.    Dulu selalu mikir, cemana la bulan puasa ketika summer, sebab selalu bulan puasa jatuh ketika musim sejuk, rupa-rupanya Allah permudahkan.  Tak la seteruk yg saya bayangkan.   


4 comments:

  1. Meriah hidangannya.
    Walaupun masak lemak cili padi tanpa bawang tapi rasanya tetap sedap!

    ReplyDelete
  2. Saya jadi ingin masak lemak Cili api. Dah lama tak makan ini. Selalunya saat sedang ke Malaysia lah. Tak pernah buat sendiri. Dan masakan yg ditambah nenas ke dalam, memang lebih segar kan 👍❤️❤️

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.