Sunday, April 14, 2024

7 Cara Hilangkan Rasa Sunyi Selepas Raya

Setelah Allah hadiahkan beberapa siri kemeriahan semasa ramadhan dan raya, pasti kesunyian pula muncul buat ibu ayah di kampung atau di bandar apabila anak-anak pulang semula ke rumah masing-masing.


Namun, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa yang "tak best" itu.

Teruskan komunikasi : Manfaatkan teknologi seperti telefon atau video call untuk berhubung dengan anak-anak secara berkala. Berbual atau berkongsi pengalaman harian mereka boleh membantu meredakan kesunyian.






Terlibat dalam Aktiviti Sosial: Sertai aktiviti taman/surau/mesjid untuk bertemu dengan orang lain. Ini boleh mengisi masa lapang dan memberi peluang untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat.




Amalkan Hobi: Gunakan masa lapang untuk hobi atau minat yang telah lama diabaikan. Aktiviti seperti berblog, youtube, membaca, melukis, atau memasak dapat mengalihkan perhatian anda dari kesunyian.


Sertai Program Masyarakat: Sertai program sukarela atau kegiatan masyarakat untuk berinteraksi dengan orang lain dan menyumbang kepada komuniti. Ini tidak hanya membantu mengisi masa lapang tetapi juga memberi peluang untuk membina hubungan sosial baru.






Jaga Diri: Berikan tumpuan kepada penjagaan diri seperti berurut, buat rambut di salon,  mengamalkan senaman, menjaga pemakanan yang sihat, dan mengambil berat terhadap keadaan emosi. Memastikan keadaan kesihatan yang baik dapat membantu mengurangkan kesan kesunyian.

Setkan KPI untuk khatam Quran dan aktiviti2. keagaamaan.   Puasa sunat Syawal.

Jangan terlalu bersosial media jika itu hanya menambah rasa sunyi anda, tetapi kembalilah kepada Allah dan mantapkan keimanan.

Adakala sesetengah orang membuat perbandingan yang tidak realistik, dgn membandingkan kehidupannya dgn orang lain di sosial media hingga  menyebabkan mereka menjadi  sunyi.   Padahal manusia lazimnya hanya memaparkan yg indah2 berbanding situasi yg sebenar.

Dengan mengamalkan beberapa langkah ini, insha Allah, anda mampu mengurangkan kesan kesunyian selepas anak-anak pulang semula dan menjadikan pengalaman ini lebih positif dan bernilai tinggi.


3 comments:

  1. Satu pesen linda dr dulu... Tak kerap menelefon parents... Terbawak2 sampai tua nie haaa... Tp, wasap selalu... Kikiki

    ReplyDelete
  2. betul tu. jgn lah dibandingkan di sosial media kerna tak semuanya indah belaka hehehe

    salam syawal, mohon ampun & maaf segala salah silap ya :)

    ReplyDelete
  3. Saat ini medsos terkadang membuat sepi dan stress. Apalagi melihat berita yg makin seram di luar.. Krn nya saya pun terkadang detoks medsos, tak buka, sampai merasa siap lagi. Hari raya ini sama saja dengan tahun2 sebelumnya. Saya memang tak pernah pulang ke Medan kalo raya, Krn tiket pesawat gila2an, dan tak bisa cuti juga kan.

    Jadi tiap raya tak terlalu sepi sebenarnya. Apalagi ada anak2' dan kucing 😄. Hanya saja harap2 cemas kadang menanti asisten balik kerja lagi 🤣🤣. Memang tak bisa hidup tanpa asisten saya ini 😅. Alhamdulillah dah balik dia. Jadi dah tenang sikit.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.