Sunday, August 4, 2024

Ceria Menunggu Isnin

Yeyyyy!.   Esok Isnin!.  Sapa lagi nak motivate kita kan kalau bukan diri sendiri.  Kalau manjang rasa demotivated, kita juga nanti yang akan kerepot.   Baik la kita ceria-ceria je macam Dato Vida.  Hihi.

Semalam "Mr. Big Boss" tak dapat join ke pasar malam asbab busy dengan assignment.    Jadi hari ni Mama bagi dia peluang untuk pilih nak pegi mana.    (Tapi sejak masing-masing dah hebat memasak ni, rasa ralat tak dapat join tu mengurang, jika kecik2 dulu mungkin dah nangis guling-guling).





Sebelum tu breakfast dulu sikit kat rumah.  Ada mac and cheese yang ai frozenkan aritu, tinggal panaskan je.  Orang2 tua kata tak elok makan tanpa pinggan (dalam container/daun pisang/pembungkus).  Ya ke?.   Nanti bertambah cantik. 😂😂   .        Oh ya, thanks Ain pilihkan susu formula ini untuk Mama.   Untuk info :  Kita kan tak boleh bawak bahan-bahan tenusu dari tanahair nak masuk Aussie ni, jadi kena beli lain kat sini.    


The most crunchiest chip in the world!.  



Kami berjalan-jalan di taman, menikmati keindahan alam. Tapi my son ni satu sikap dia paling tak suka diambik gambar, walaupun untuk simpanan peribadi (bukannya Mama nak post kat blog pun).  Dia tak tahu, kita emak-emak ni kan memang suka menyimpan gambar-gambar tu untuk melihat progress pertumbuhan.   Tapi bersyukur juga masa zaman PKP tu beliau nak juga selfie sesama.  At least "nostalgia pahit" tu dapat dijadikan "pelajaran bergambar". 

Ok la.. itu je diary kita arini.  Selagi Allah menganugerahi masa dan umur, ciptalah kenangan indah bersama anak-anak.


5 comments:

  1. betul la mak2 ni nk amik gbr sb masa tu cpt sgt berlalu..dlu baby tau2 da bsr pnjang...miss da moment

    ReplyDelete
    Replies
    1. M3A - kan. Zmn mereka kecik, gigih kami snap walau pun zmn tu "cuci gambar" kat kedai.

      Delete
  2. mak-mak mmg mcm tu lah, nak simpan memori bersama anak-anak dlm gambar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana - Ha'ah.. penting semua tu utk rujukan hari muka. Hihi.

      Delete
  3. Paham sangat dengan anak lelaki kakak. Krn dulu saya pun begitu. Tak sukaaa betul2 difoto. Sampai saya benci lihat foto lama saya banyak dipajang mama di grup keluarga. Alasan sbnrnya cuma 1, saya merasa tak fotogenik. Jadi malu melihat nya.

    Tp untung saat besar, agak berubah sikit. Masih belum 'gila foto' macam suami, tp dah mau lah sikit2 berfoto hahahah.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.