Friday, October 4, 2024

Berakhir sudah.

Alhamdulillah berakhir sudah hidup berdua dengan MIL, kerana hari ni ramai yang pulang ke sarang termasuklah “Pak Hj Boroi.”    Jadi ai kena ringkaskan kenangan sepanjang seminggu di rumah mentua ini dengan mengupload gambar makanan (jangan tuduh mental pulak 😂😂).  Sebenarnya tak ada photo lain yg bersesuaian untuk menggambarkan cerita ini.




Tak tau la siapa jaga siapa sebenarnya sebab MIL yang terlebih rajin memasak. 😂 Takut menantu jadi kurus agaknya.  Menu2 macam ni memang my favourite.  Tapi kalau tinggal berdua memang makan hari la nak habis.  Hari ni dah masuk hari kedua kami recycle utk breakfast.  




Alhamdulillah masih dikurniakan “support system” di kala terdesak.  Kadangkala bila mood memasak ke laut, kami kirim staff atau pun Pak Supir untuk COD ke rumah.




My MIL selalunya ada “me time” untuk merayau2 ke bandar.   Bila balik bawak lah “jajan” macam2.

Sepanjang bersendirian (eh berdua dgn MIL) malam memang agak insomnia ler,  tapi lama2 ok je.   Tapi hobi menonton cerita seram terpaksa dibantutkan buat seketika untuk mengelakkan dari perkara2 lain yg tak diingini berlaku ketika ketiadaan Ketua Keluarga di sisi.



2 comments:

  1. Jajan otak-otak dengan pepes tu yang sedap sangat!

    ReplyDelete
  2. alahai kuih favourite linda tu...apam...sedapnya

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.