Wednesday, October 30, 2024

Lunch di Tanjung Emas

Malam ni kita habiskan gambar-gambar yang tersimpan dalam memory, sambil mengimbau kenangan makan di Tanjung Emas, Muar Johor ini.  Gerai ni memang tak pernah mengecewakan, sedap, kuah tak terlalu pedas, dan servis pun pantas. Jadi, tak rasa bersalah langsung nak buat entri secara percuma, kerana setiap suapan terasa berbaloi.  Selalu ai caj RM2000 per entri.  Kekeke.  (tipu). 




Asam pedas telur dan ikan jenahak jadi pilihan petang itu. Yang buat special kuahnya secukup rasa, tak terlalu pedas. Berbanding di restoran lain (di daerah lain) yang kami pegi semalam.. aduh Mak pedas giler sampai hilang nikmat makan.  Dah la 1 jam menunggu.  Balik rumah terus berasap perut. 😅.   



Gerai no 10.  Gerai sebelah menyebelahnya pun ok jugak kot agaknya.   Terperasan macam mereka menjual rojak dsbnya.  Cuma kali ni kami  direzekikan di sini.  Tertulis sejak di loh mahfuz.



Lama sangat tak pegi Tanjung Emas ni.. sampai dah terlupa.  Seingatnya dulu macam banyak monyet bermain2 di situ, kali ni pegi tak nampak bayang pulak.   


10 comments:

  1. tempat wajib pergi kalau balik Muar rumah adik lelaki SA...cuma blom pernah makan kat area Tanjung Emas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh SA ada adik lelaki di Muar. Byk kedai mkn sedap2 di sana.

      Delete
  2. Menarik warna asam pedas tu. Sedapnya asam pedas makan dengan nasi putih, ikan masin, ulam.

    ReplyDelete
  3. Saya dah diwanti2 suami, kalo tahun depan ke Malaysia lagi, dia tak nak Penang. Bosan, tiap tahun kesana 🤣🤣🤣. Dia nak Johor. Harus Johor 😅😂. Makanya saya lagi cari waktu utk kesana. Kalo suami nak merasakan Legoland, kalo saya wisata kuliner lah, apalagi 😄. Baca tulisan teman2, kuliner Johor nih nampak sedap semua 😍😍

    ReplyDelete
  4. Setiap kali balik Muar, ai kecewa bila teringin makan sini Kak Hjh, mesti penuh.. Asam pedas gerai ni memanggil tapi takde tempat lagi.. Entah bila ada rezeki makan sini..

    Tak silap LZ, kawasan banyak monyet jalan di hujung area rumah kerajaan dan club house..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ - oo penuh pulak?. Kena tunggu week day kot agaknya mcm kitorg ni.

      Delete
  5. Uiii sekali charge RM2000 per entry ... level level kayangan ni hahaha :D
    Kalau balik pontian nanti nak singgah la kedai ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT - Sesekali Ahkak nak fefilling ala2 Influencer famous. Influencer caj per task food review RM1.5K, kita mark up la plak RM2K. Kekeke.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.