Monday, December 2, 2024

Makan Malam Sekolah Teknik JB Sempena Jubli Emas

Assalamualaikum uollz.

Betul kot orang tua kata selalunya kalau nak pegi tu macam penuh cabaran dan kita tak berapa excited, selalunya itu lah yang berakhir dengan keceriaan.  Sebaliknya pula bila  kita over excited dan penuh perancangan rapi, nanti expection tak seindah realiti.

Punca tak excited sebab tanya member2 satu batch, ramai yang tak nak pegi disebabkan masalah2 peribadi. Then dalam pada ai berbelah bahagi tu ai pun register last minute lah, akibatnya meja batch ai dah penuh dan Urusetia kata ai kena duduk di meja lain.  

I was like…. “Alamak! Awkward la nanti.”.   Terus hati merundum. Tapi lepas tu ai cepat-cepat pujuk hati sendiri.  

“Perancangan Allah mesti yg terbaik untuk kita, tlg la redho Sam.”.  Bermonolog sorang-sorang sambil menarik nafas panjang.  Tak sampai lima minit ai pun ok. Challenge accepted!. 😂😁.  Tanpa cabaran macam mana kita nak berkembang.






Cabaran kedua pula, pegi kena naik flight (ikut je cakap hubby, malas nak bergaduh), lantas  terpikir cemana nak bahagi masa nak check in hotel, nak iron baju batik (kalau naik kereta kita boleh iron dari rumah dan sangkut je).  Make up… of coz ai skip part ni.  Tak payah nak solek beriya kadang makin jadi hodoh. 😅.  Lagi pun my special Make Up Artis tertinggal kat Aussie.




Alhamdulillah, rupa-rupanya ai dapat semeja dengan super duper senior yang ceria-ceria semuanya.  Terhibur pulak rasa. 😂  Tak rugi jika kita redho dengan ketentuannya.  And at the same time ai masih boleh mingle around mencari rakan-rakan 1 batch nun di meja sebelah.   Walau pun tak ramai tapi happy dan berpuas hati.   Malah hubby pun turut happy sama.




Akhir kata, tahniah untuk warga kerja TIJB di atas usaha yang murni ini.  Tahniah dah 50 tahun dan telah melahirkan ramai cendekiawan.  Alhamdulillah.

Moga Allah memberkati.  Menu pun sedap-sedap belaka.   






Malas nak tepek muka sendiri, kita upload je lah wajah beliau ni. Terima kasih Cikgu Hussin.  Moga terus sihat dan dipanjangkan usia.   Aamiin.



Good bye Thistle.  Pepagi buta dah kena check out dan terbang lagi.  Letih tapi alhamdulillah atas semua sweet memory.   

Untuk adik-adik yang masih di SMTJB, belajar lah bersungguh-sungguh.  Moga untuk sambutan yang ke 100 tahun nanti akan lebih hebat lagi.  Time tu jangan lupa sedekahkan al fatihah untuk Auntie Mirror, kot la dah berpindah alam.  😁


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.