Monday, June 30, 2025

Akhirnya dapat makan Humble Pie Zahnita

Alhamdulillah, setelah sekian lama teringin nak rasa sendiri humble pie air tangan Zahnita. Ya, the Zahnita, supermodel Malaysia, akhirnya Allah rezekikan juga.

Bukan saja sedap pie-nya, orangnya pun memang humble, kekal jelita seperti dahulu. Tak tahulah kenapa, tapi bila terjumpa beliau malam tu, terus rasa happy. Auto happy dan terinspirasi.

Ai yakin, jika aura manis itu terus dikekalkan, bisnes yang diusahakan dengan penuh minat ini pasti akan terus sukses.

“Siapa Zahnita, Ma?” tanya Cik Q. Bukan Zahnita belum cukup terkenal ye tapi al maklumlah, my daughter kan baru je turun dari Aussie, hal-hal dunia selebriti Malaysia belum sempat dia catch up lagi.
Lantas ai suruh dia Google sendiri. 😄





Memang sedap, kulit dia lemak2 secukup rasa.  Sebab dia nipis jadi tak muak dimakan.   

Mesti pelik sebab watak Cik Q banyak mendominasi entry berbanding si kakak, sebenarnya kepulangan kali ni, Si Kakak tak dapat join sangat sebab busy menghadiri bachelorette party geng2 ex MRSM beliau. 


Saturday, June 28, 2025

Antara jeans dan barang kemas.


Assalamualaikum wbt.

2 Muharam 1447H
Selamat Tahun Baru Hijrah! 🌙✨ 

Terima kasih buat anak-anak tersayang yang sentiasa menghadirkan bahagia dengan cara yang tersendiri. Tahun baru ini, Mama terima hadiah istimewa dari dua puteri hati, Cik Q menghadiahkan sehelai jeans, dan si Kakak pula membelikan perfume serta sebotol madu Australia. Thank you!.  Masya Allah tabarakallah. 







Yang lawaknya, awalnya Cik Q nak belikan barang kemas.  Tapi bila dah ronda-ronda, hati ai terpaut  pada jeans, terus cancel plan emas tu. Jauh sangat beza tu, barang kemas dengan jeans. 😄 (Nak tahu tak?.  Di hari yang sama kami meneman Si Kakak beli subang pun dah cecah RM1K++ 😅).  Cenonet je pun. 

Tak apalah, Mama pun tak suka menyusahkan anak-anak. Kalau nak beli emas, Mama boleh je beli sendiri. Dapat jeans baru ni pun dah cukup menggembirakan hati, apatah lagi bila boleh ganti jeans lama yang dah tak berapa sesuai dengan usia  😄.  Sepulang Sydney aritu pun Cik Q ada belikan jeans baggy dan itu je yg selesa dipakai mutakhir ini.  




Hidup ini silih berganti antara pahit dan manis, tapi di situlah letaknya warna-warni kehidupan. Setiap detik, sama ada indah atau perit, membentuk siapa kita hari ini. Mari kita mulakan tahun baru ini dengan hati yang lebih lapang, semangat yang lebih tegar dan azam yang lebih jelas. Semoga Allah merahmati setiap langkah kita ke hadapan. 


Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak kebaikan buat kita semua, dunia dan akhirat.   Aamiin.


Wednesday, June 25, 2025

Sekali sekala bawa anak dara ke ladang.



“Mama kau ni dapat tempat-tempat macam ni, hiduplah dia…”. Saya tertawa kecil mendengar Encik suami berbual dengan anak daranya waktu kami turun kereta dan menyusuri denai di ladang.   Tawa yang penuh makna, sebab ya, memang betul pun hubby cakap. Saya dah lama rindu suasana begini. Melihat pondok kecil, rumput menghijau, sunyi yang damai. Bunyi unggas. Tapi jarang sangat dapat peluang.

Cik Q pula bila sampai?
Oh! Baru je beberapa hari. Jetlag dia pun tak habis lagi sebenarnya. Tapi semangat nak ikut Mama & Abah meronda ladang sambil niat untuk memenuhkan IG storynya dengan cerita budaya Malaysia lah tu agaknya. 
(Sebenarnya jetlag sangat pun taklah… beza waktu Malaysia–Aussie kan tak ada. Tapi lebih kepada letih dan culture shock dengan tanahair sendiri, itu mungkin ada 😌).   



Rumah kebun.


Sempat menukar high heel pada safety boot, longgar sikit sebab hubby punya.   



Orang kata batu ni dah macam “batu api”.   Jangan main-main dengannya dan suka2 nak alih2  nanti menderita dalam kubur.  Nauzubillah. 

Haha.   Batu sempadan lah.  




Sedap pulak gulai ikan tongkol saya masak kali ni.  Eh!.  Terpuji diri sendiri.  😂Anyway, bukan makan kat rumah kebun tu pun, sesaja upload kat sini untuk bagi dia nampak lebih sedap je.  Tak naik pun rumah tu.. sebab hari dah senja, badan pun dah rimas belengas.



Saturday, June 21, 2025

Belajar sampai tua 😅


For you, my kids… I’d move mountains.

And today, I moved a sprout.. just to stay awake during an online course. 

To stop myself from dozing off halfway, I kicked off the morning with some serious preparation.
Not with pens and notebooks. Nope!!. With snacks. 

✔️ Jackfruit and tapioca chips to jolt my senses awake.

✔️ Sweet mangoes as my personal power-up.






All of a sudden, I’d turned the whole thing into a mini picnic in front of the laptop.
But hey!! As long as I stay awake and look focused, I call that a win. 😄

p/s. :    Sapa pernah makan krepek nangka ni?.   Sedap juga rupa-rupanya ye.. cuma perut mcm sakit plk.  Now dah ilang.  Mungkin mkn pagi sgt kot.


Thursday, June 19, 2025

Nak aura cantik kena hindari keramaian.

Assalamualaikum guyss!!.

Bila teringat perempuan dalam “cerpen” ai yang lepas, sekonyong-konyong ai teringat satu pesanan yang pernah ai dengar secara random daripada seseorang yang ai kira agak arif tentang hal-hal makhluk halus. Dan bila difikirkan balik… eh, betul juga kan?. Mungkin ini adalah solution yang kita selalu abaikan.

Katanya begini:

“Kalau seseorang itu ada penyakit kemurungan, overthinking, atau emosi tak menentu, lebih-lebih lagi kalau ada unsur gangguan yang tak nampak.. kurang-kurangkanlah berada dalam keramaian. Demi menjaga aura sendiri.”


Bila direnung balik, macam masuk akal.  Sebab dalam lautan manusia yang ramai tu, kita tak tahu siapa yang “memakai-makai”, siapa yang sedang dalam rangka usaha untuk transfer energy, siapa yang sedang berusaha untuk mewariskan sesuatu.. contohnya saka, unresolved grief, atau aura negatif yang melekat pada mereka tanpa sedar.

Boleh jadi sebab tu mood seseorang itu tiba-tiba berubah. Boleh jadi tu lah puncanya kenapa seorang isteri tetiba rasa down atau melenting tanpa sebab, padahal pasangan dia tak buat apa-apa pun.

Boleh jadi, itu bukan rasa kita… tapi rasa yang “tersambar” dari medan aura sekeliling.

Aura kita ni ibarat kulit kedua. Bila kita tak jaga, ia mudah terdedah.  So, bila terlalu lama dalam suasana yang serabut atau penuh tenaga bercampur baur, fikiran kita boleh jadi kabur, hati pun jadi tak tenteram.




Selalu ai terbaca gen z mengadu, asal pegi pasar je, seller2 pompuan tergedik2 memanggil suaminya “abang2..”, beramah mesra… dengan dia tak ditegurnya pulak.   Ohhh itu ujian sebenarnya ye.  Apa kata try banyakkan solat taubat dan perbanyakkan istigfar, nanti ujian sebegitu akan mengurang.. kecuali kalau suami you memang hensem giler rasa nak simpan dalam almari, mmg tak bleh buat apa dah.

Kesimpulannya, jika masih dalam proses healing atau nak stabilkan diri, tak salah untuk kita pilih suasana yang tenang, circle yang kecil, dan aktiviti yang tak serabut.

Kadang bukan dunia ni yang jahat. Tapi aura kita yang terlalu terbuka sampai semuanya boleh tembus.  

Di akhir zaman ini,  effort memang kena lebih untuk membentengi diri. Cumanya, marilah  kita ubah cara pandang.  Setiap ujian bukan hukuman, tapi proses penyucian.   Lihatlah dengan husnuzon, agar hatimu tetap tenang.


p/s.  :   Teringat masa arwah abah mentua masih ada, beliau paling pantang kalau kami nak duduk bawah pokok besar, pergi gua atau melawat tempat2 angker.    

Tambahan pagi ini dari seorang Ustazah :

Di zaman yg penuh sihir & santau ini, kita dinasihatkan banyakkan berwudu.  Wuduk dgn air pili yg halus mengikut sunnah, banyakkan istigfar dan selawat.

Tuesday, June 17, 2025

Misteri meja hujung.

 Assalamualaikum guys!!. 

Asik buat entri masak je boring pulak kan?.   Kita buat “cerpen” lah pulak.  Kemarin ai makan di sebuah tempat yang agak ramai orang. Biasalah, bila orang ramai, tempat duduk pun jadi rebutan. Hubby offer diri untuk order makanan kegemarannya, sementara ai yang dah ada bungkusan di tangan  pula ditugaskan mencari tempat duduk. 

Dipendekkan cerita, setelah berpusing-pusing macam usb fan, ai jumpa satu meja kosong dekat hujung sekali. 

Duduklah ai sambil ralit makan pisang goreng yang sedap giler, rangup macam zaman makcik kantin. Sungguh nikmat sampai tak perasan tiba-tiba ada dua manusia muncul, seorang lelaki berbadan gempal dan anak kecilnya. Mereka ingin duduk di hujung meja yang sama.  Tak de hal, meja panjang boleh kongsi.  Yang penting “kerusi hubby” yang ai dah sorokkan ke dalam jangan diambil ye.

Tak lama lepas tu, hubby sampai dan kami pun mula makan bersama-sama. 


 Sekadar gambar hiasan, tiada kena mengena pun dgn entri.  Lain yg ai suruh lukis, lain yg dia buat.  My hubby tak semuda ini ye.



Selang beberapa minit, datang seorang wanita. Dari gaya dan raut wajah, ai agak itu isteri si lelaki berbadan gempal tadi. 


“Abang… kenapa makan kat sini?”  Rungutnya marah-marah.

Telinga ai terasa berdesing. Yang kena marah suami dia, tapi kenapa ai pula yang panas?.  Hahaha.  Mungkin sebab terganggu mendengar suara bingit tepi telinga ketika tgh best2 nak makan.


Tapi yang paling peliknya ialah... si isteri tadi tu tak nak duduk di sebelah suami dia, tau. Sebaliknya terus duduk betul-betul depan ai dan hubby. Depan, ye. Bukan serong, bukan tepi. Depan.  


Takkan sampai tahap tu sekali dia nak “jaga” suami dia? 😆 Dengan duduk betul-betul depan kami, maksudnya dia nak sekat pandangan mata suaminya ke arah kami ke macam mana?.   Kan ai ada hubby teww!.   Tak kan ler nak ngorat suami dia plak kot?.   Begitulah ai overthinking dan menterjemahkan body language. 

Sekian merapu hilangkan stress.  



 

Sunday, June 15, 2025

Ikan goreng masak air asam

Assalamualaikum guysss!!

Weekend ni memang tak ke mana sebab semalam dah berjalan.  Perut lapar, jadi kita geledah je la apa yang ada dalam esbok.   Hari minggu memang masa untuk gantung periuk, jika masih ke dapur itu adalah bonus.

Teringat video ikan goreng masak air asam di sos med. Rasa nak try.    Stok ikan banyak je sebenarnya dlm peti. Tapi yang lain dah siap berlabel dalam kepala.. (ikut citarasa En Suami), yang tu untuk masak tempoyak, yang ni untuk masak kari dsbnya. Tak boleh kacau. Maka  ambil satu jenis ikan yang tak terikat kontrak lagi.  Kebetulan terjumpa ikan lama2 yang sepertinya dah dianak tirikan (sebab terperosok jauh dlm peti), mungkin left over untuk buat asam pedas bulan lepas kot.

Untuk menu ikan goreng masak air asam ni,  baca review  kat mana2 kata sedap, sampai licin pinggan. So marilah kita cuba… mula2 goreng ikan sampai garing. Dlm kuali berasingan tumiskan bawang merah, cili padi, tambahkan air asam jawa, tomato sikit, garam, gula sesedap rasa. Masukkan ikan yang baru lepas naik dari kuali tadi.  Ok siap!!






Bila rasa?. Hmm… sedap tu ada. Tapi tak lah sampai tahap menambah. Maybe not my cup of tea. Atau… mungkin juga ada bahan rahsia yang depa tak share dalam video? Mungkin kena tambah belacan, taucu..entah la. 😏.   What you reckon guys?.   Ai ingat nak tambahkan chicken stock baru boleh menambah2 kot.   


p/s.  :    Tapi pelik kan, dulu masa dalam pantang, makan nasi panas berlaukkan air asam semata pun dah rasa terpaling heaven.  Ikan pun sekadar ikan bakar.


Update :  ternyata ia lebih sedap setelah dibubuh sedikit belacan.



Saturday, June 7, 2025

Aidil Adha 2025 - rahsia Laksa Johor dan kisah bibik

Assalamualaikum kepada yang tersinggah.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikan aidil adha beramai-ramai.  Tidak la sebatang kara.  Kekeke.    Jika sebatang kara pun tiada masalah, Allah ada.  Bear this ini mind ye guys.

Antara menu raya kami pagi ini ialah laksa Johor.   Dah tak ingat bila last buat laksa Johor (selalu buat laksa Penang) sampaikan terlupa cara potong timun laksa.  Ok mari kita simpan gambar untuk rujukan hari muka.  Nota : Untuk menjadikan ianya tampak berseri dan colorful tak perlu buang kulit.





Tip untuk kesedapan kuah :   ikan kering kurau jangan lupa.   Guna ikan tenggiri basah.   Laksa Johor memang tak boleh nak cut cost, nanti kurang umph.  Agak kayangan jugak la menu ni.  Asam keping bubuh sikit.. jgn byk nanti masam sangat dah orang ingat asam pedas pulak.  Hahaha.

Salam Aidil Adha buat semua umat Islam seluruh dunia. Moga ibadah korban kita diterima.   Tahun ni buat korban untuk seisi keluarga dan juga staffs.   Didoakan moga all our staffs hidup dalam keberkatan dan rahmat-Nya,   ikhlas berkhidmat kerana Allah.  Semoga roh pengorbanan Nabi Ibrahim (as) menjadi pedoman kita semua.  Aamiin.

Oh ye.. tertarik pulak dengan kisah BIBIK TUDUNG Datuk Aliff Syukri.   Rumah bibik di tanahairnya yang dahulu hanya berlantaikan tanah, kini dah bertukar banglo hasil kesabarannya bekerja selama 11 tahun.   Kata Datin Shahida, Bibik Tudung ni tak suka shopping, semua gaji disimpan.   Tapi sebenarnya keberkatan is the key, ia bukan soal gaji ciput mahu pun besar.   

Ok la itu je nak cerita.   Moga terinspirasi dengan kisah Bibik Tudung.   Bye.




Tuesday, June 3, 2025

Jika terpisah di stesen keretapi apa nak buat?

Assalamualaikum uollz! 🌸

Sepulang dari Sweden, kawan ai sakit-sakit badan, rupa-rupanya tersepit train.  Perkasa juga kawan ai ni macam mana boleh menyangga dua lapisan pintu yang berat tu. Ceritanya, dia tergopoh gapah mengejar anak dara dia yang dah meluru masuk ke dalam. Faham sangat perasaan tu, bila melibatkan anak, walau pun dah besar panjang, kat negara orang pula, memang boleh panik. Takut anak sesat la, dicolek la. Padahal, kalau difikir balik, jika tertinggal pun, tunggu je train yang seterusnya, nanti boleh jumpa balik kat stesen hadapan. Tapi naluri mak-mak, sanggup berkorban apa sahaja.

Semalam, situasi lebih kurang sama jadi kat ai pulak! Tapi versi ai, yang salah bukan anak ai tapi anak ibu mertua a.k.a my hubby 😩. Memang dah jadi habit en suami, suka jalan laju. Dah elok-elok jalan seiring menuruni tangga, sekelip mata entah hilang ke mana. Pusing kiri, tiba-tiba, nampak dah selamba berdiri dalam train, siap melambai-lambai dari dalam 🙄. Macam dalam filem pulak rasanya.  Ai pun berlari.  Eh! Tak sempat..






Bila train tu bergerak tanpa simpati, tak pasal-pasal sayu plak hati. Terasa macam seorang anak kecil yang ditinggal ibu pegi bekerja merintih nak ikut.  Dah macam kat titian siratul mustaqim pulak terpisah antara syurga dan “belum syurga” (tak sanggup nak sebut neraka, nauzubillah). 

Mungkin sebab dah senja kot. Agak touching sikit. Nasib baik ai dah ‘belajar’ dari kisah kawan tu.  So, tenangkan diri. 

Tetiba dia plak yang asik call and text minta jumpa di next stop. Haha. Menyesal letew. Ai pun tunggu je train seterusnya, rasa macam nak lambat2kan biar jadi pengajaran pada dia tapi ah malas plak nak berdrama…dan alhamdulillah jumpa balik kat next stop.  Kat bawah nampak dia tersenyum-senyum tanda bersalah. Mungkin lepas ni dah tak de nak jalan menonong2 lagi kot. Harapnya lah.  Haha.


Dah siap masak lemak tempoyak untuk makan malam, dihidang bersama bender goreng dan sambal belacan. Sekian.