Assalamualaikum uollz! 🌸
Sepulang dari Sweden, kawan ai sakit-sakit badan, rupa-rupanya tersepit train. Perkasa juga kawan ai ni macam mana boleh menyangga dua lapisan pintu yang berat tu. Ceritanya, dia tergopoh gapah mengejar anak dara dia yang dah meluru masuk ke dalam. Faham sangat perasaan tu, bila melibatkan anak, walau pun dah besar panjang, kat negara orang pula, memang boleh panik. Takut anak sesat la, dicolek la. Padahal, kalau difikir balik, jika tertinggal pun, tunggu je train yang seterusnya, nanti boleh jumpa balik kat stesen hadapan. Tapi naluri mak-mak, sanggup berkorban apa sahaja.
Semalam, situasi lebih kurang sama jadi kat ai pulak! Tapi versi ai, yang salah bukan anak ai tapi anak ibu mertua a.k.a my hubby 😩. Memang dah jadi habit en suami, suka jalan laju. Dah elok-elok jalan seiring menuruni tangga, sekelip mata entah hilang ke mana. Pusing kiri, tiba-tiba, nampak dah selamba berdiri dalam train, siap melambai-lambai dari dalam 🙄. Macam dalam filem pulak rasanya. Ai pun berlari. Eh! Tak sempat..
Bila train tu bergerak tanpa simpati, tak pasal-pasal sayu plak hati. Terasa macam seorang anak kecil yang ditinggal ibu pegi bekerja merintih nak ikut. Dah macam kat titian siratul mustaqim pulak terpisah antara syurga dan “belum syurga” (tak sanggup nak sebut neraka, nauzubillah).
Mungkin sebab dah senja kot. Agak touching sikit. Nasib baik ai dah ‘belajar’ dari kisah kawan tu. So, tenangkan diri.
Tetiba dia plak yang asik call and text minta jumpa di next stop. Haha. Menyesal letew. Ai pun tunggu je train seterusnya, rasa macam nak lambat2kan biar jadi pengajaran pada dia tapi ah malas plak nak berdrama…dan alhamdulillah jumpa balik kat next stop. Kat bawah nampak dia tersenyum-senyum tanda bersalah. Mungkin lepas ni dah tak de nak jalan menonong2 lagi kot. Harapnya lah. Haha.
Dah siap masak lemak tempoyak untuk makan malam, dihidang bersama bender goreng dan sambal belacan. Sekian.

Adoi...tak tau nak gelak ke nak kesian nie..nak mengusik lah tu inciksuami nya
ReplyDeleteKalau akak tu, pasti rajuk berpanjangan..
ReplyDeleteDiam seribu bahasa.
Hahahahahah, memang kesaaal kan kalo suami jalan laju sangat. Samaaaa lah kita kak. Ntah kenapa yaa mereka ini. Tak bisa apa jalan pelan sikit, menikmati kiri kanan... Tapi saya belum pernah tertinggal macam tuh. Yg ada dia ntah sudah di mana, saya pula Krn jalan pelan sambil window shopping, jadi tak lihat suami. Tp biasanya selalu dia yg akan cari saya 🤣. Sebab saya tak akan ketemu lah. Mata minus 4 pula 🤭
ReplyDeleteKalau SA kat negara org memang akan menangis la...hahaha...sebab tu hp kena pegang sentiasa takut benda2 macam ni jadi...org dewasa macam kita takpe kan kak..cuba anak2 kecik...haaaa jenuh
ReplyDelete