Assalamualaikum guyss..
Malam tadi terbaca satu penulisan yang buat hati benar-benar tersentuh sampai keinsafan menjelma. Sampai lupa suami dan anak. Kekeke.
Pagi tadi nak cari semula, tapi tak jumpa dah. Memang betullah, buta IT 😬.
Tulisan itu tentang kisah ikrar janji kita di Alam Ruh. Betapa tenangnya roh2 kita semua berada di sisi-Nya waktu itu.
Sebelum ditiupkan roh ke jasad, setiap kita mengakui keesaan-Nya dan bersetuju dengan ikrar yang dilafazkan di hadapan Allah. Segala ketentuan rezeki, ajal, kehidupan dan kematian sudah pun diperlihatkan sejak dari awal.
Dikisahkan, roh kita bersedih kerana terpaksa “berpisah” dengan Allah.
Namun Allah berfirman:
“Aku akan bersamamu walau di mana pun kamu berada.”
Bila roh ditiupkan ke dalam jasad, di dalam kandungan emak kita, tabir ingatan pun diturunkan. Kita lupa segalanya. Dan bermulalah perjalanan hidup di dunia ini, membawa amanah dan janji yang suatu masa dahulu pernah kita ikrarkan sendiri.
Ada netizen berkongsi, katanya waktu kecil dia seolah-olah masih teringat kehidupannya di alam roh, bermain2 dgn kanak2 lain tetiba diperlihatkan layar tentang perjalanan hidupnya, tetiba semuanya jadi putih, tiba2 didukung dua orang wanita. Kuasa Allah, siapa kita untuk menafikan. Mungkin wali Allah kot, siapa tahu kan. Kalau macam ai ni, masa lalu yang paling ai ingat cuma ketika umur 4 tahun pakai kurung cotton biru duduk bersimpuh depan family berkongsi juadah berbuka.
Ada sesiapa di sini boleh ingat kurang dari umur tu tak?.
Ada juga yang menulis, mungkin sebab itulah bayi menangis saat dilahirkan, sedih berpisah dengan Rabbnya. Tangan tergenggam seolah sedang memegang janji. Wallahualam. Semuanya rahsia Allah.
Namun yang paling menyentuh hati tetaplah firman Allah itu tadi:
“Aku sentiasa bersamamu walau di mana pun kamu berada.”
(Surah Al-Hadid, 57:4)
Ayat itu membuat ramai sebak.
Kerana hakikatnya, kita semua pernah sedekat itu dengan Allah. Mungkin sebab itulah hati manusia akan selalu rungsing bila jauh daripada-Nya, dan tanpa disedari terus mencari jalan pulang kepada-Nya.

Yang ingat umur 5 @ 6 tahun, tak pergi tadika..siap cakap dengan jiran depan, saya sakit perut..tak boleh pergi sekolah..kikiki
ReplyDeleteKalau SA banyak je yang amsih ingat dan bermain di ingatan...traumatized masa koma dulu almost 16tahun dah..tapi tetap terbayang diruang mata...dan paling x leh lupa bila arwah mak meninggal..masih trbayang-bayang
ReplyDeleteKalo masa kecil, yg paliiiiing teringat oleh saya, ketika jatuh ke kolam ikan yg sebenarnya tak dalam bagi dewasa. Tapi usia saya saat itu 4 maybe. Saya teringat berpegangan pada tepi kolam kuat2, menggigil, sementara sepupu panggil bantuan..macam trauma jadinya...
ReplyDeleteAdalah beberapa ingatan yg saya ingat masa kecil. Tp rasa2nya usia 4 yg paling saya ingat. Usia 3 ke bawah, saya tak terlalu ingat lagi