Wednesday, October 29, 2025

Senja-senja makan steamboat

Assalamualaikum guyssss…

Bersiaran dari bumi tercinta, Malaysia.    Singgah di Putrajaya.    Pappa Steamboat and Grill.   Walau pun kita ni Blogger JJCM sejak berabad lamanya tapi selalu ketandusan idea bila ditanya port makan area Selangor or Kay Ell.   Last2 kita cuba lah tempat ni pulak.






Pelbagai pilihan daging dan seafood juga ada.   Antaranya udang dan siput pahat.



Speghetti, nasi goreng dan makaroni dia sedap.



Untuk dimakan bersama steamboat, sebenarnya ada pilihan sup.  Untuk kuah tomyam ini kena extra caj RM8.  Dari segi rasa, kuah tomyamnya sederhana tapi cukup untuk bagi ai rasa segar bila diminum panas-panas. Tak berapa sihat ketika itu jadi bila dapat menghirup sesuatu yang panas alhamdulillah dapat melegakan.  



Orang lain mungkin akan masukkan telur puyuh mentah tu ke dalam kuah bersama kulit2nya, bagi OCD macam ai, biarlah ai bakar je kat tepi tu supaya kuman mati 😅.   Ok je.. elok je dia masak. 



This is my favourite area, iaitu meja dessert!  Kuih tart dia sedap. Begitu juga sago. Cukup sebagai penutup yang menyenangkan.


Sekian.

Just my personal opinion dan tidak mewakili tekak seantero dunia.



3 comments:

  1. wah...akak dah ada kat Malaysia...welcome back akak...

    ReplyDelete
  2. oke, ini menariiiik untuk dicoba :D.... saya sukaaa kalau steamboat begini..... memang dah niat cari makannya sekitar putrajaya saja nanti... dah terlalu sering ke KL ;p . putrajaya saya jaraaaaang eksplor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully you’ll like it, Fanny.. Kuahnya itu ada pilihan lain selain tom yam ada juga sup.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.